Wednesday, June 29, 2011

Israq dan Mikraj

 Malam yang penuh hikmah itu
Malam Sang Penghulu memula langkah
Sang Jibrail menjadi peneman
penghilang kekusutan
Menemui Tuhan sang pencipta Alam

Ditunjukkan baginda pelbagai keadaan
Si Jibrail pelerai segala pertanyaan
Melalui 7 pintu langit, si buraq meluncur
Tak tercapai akal, bagi mereka yang tidak bersyukur

 Disyariatkan solat ketika itu,
5 kali sehari semalam,
pahalanya bak melakukan 50 kali sehari semalam
Lalu bermulalah sebuah pengabdian kekal bagi mereka
Yang hidup dan nafasnya kerana Allah

Tuesday, June 28, 2011

israq dan Mikraj


Asalamualaikum sahabt blogger sekalian, entry terbaru ku ini merupakan entry khas yang di buat bagi mengingati sebuah perjalanan yang amat penting.. bukan sahaja bagi aku tapi bagi seluruh umat islam di seluruh pelusuk dunia di mana.

Tanggal 27 Rejab merupakan sebuah perjalanan mistik yang sukar di tafsirkan dan di takwilkan melalui akal pemikiran sahaja. Ia mesti di sandarkan kepada  iman yang kuat kepada Allah yang Maha segalanya. Sebuah pengembaraan oleh seorang hamba Allah yang di lantik  bagi memimpin umat islam kejalan kebenaran di bawah panji “La ilah ha ilallah” tiada tuhan selain Allah.

Semasa diceritakan pengembaraan ini kepada orang-orang di zaman ketika itu, mereka mengatakan cerita itu semua tipu belaka dan hanya rekaan, orang gila katanya. Tapi tidak bagi seorang yang bernama Abu Bakar, setelah mendengar bicara dari junjungan besar itu, dia segara membenarkan kata baginda. Lalu mendapatlah dia sebuah gelaran As-Siddiq.

Di dalam perjalanan yang penuh hikmah ini , baginda yang di temani oleh Jibarail telah di tunjukkan pelbagai pekara aneh dan setiap pekara itu telah Jibrail terangkan satu persatu. Dengan menaiki buraq selaju cahaya naiklah baginda melalui langit- langit Allah dan bertemu denganNya. Di perintahkan Allah umatnya mengerjakan Ibadah yang di kenali solat sebanyak 5 kali sehari semalam yang pahalanya seperti melakukan 50 solat dalam sehari semalam. Dengan penuh tawaduk dan rendah diri baginda menerima dan disampaikan kepada umat islam. Sesungguhnya sungguh besar nikmat yang telah Allah berikan kepada umat Muhammad.

Banyak lagi kisah yang berlaku dalam perjalanan ini, maka suburkan lah hari ini bagi mengetahui kisah yang berlaku dan mencari keberkatan daripadaNya.

Sebuah sajak yang Tuah ciptakan,,,,

Malam itu....
malam penuh hikmah...
Malam Sang Penghulu memula langkah....
Di temani Sang Jibrail menjadi peneman..
penghilang kekusutan...
Menemui Tuhan sang pencipta Alam....

Ditunjukkan baginda pelbagai keadaan...
Si Jibrail pelerai segala kekusutan...
Melalui 7 pintu langit, si buraq meluncur...
Tak tercapai akal..bagi mereka yang tidak bersyukur..

 Di syariatkan solat ketika itu,
5 kali sehari semalam...
Lalu bermulalah sebuah pengabdian kekal bagi mereka
Yang hidup dan nafasnya kerana Allah...

p/s
Jika terdapat kesalahan dalam post kali ni...di harapkan memberitahu...insyallah.

Thursday, June 23, 2011

Melayu yang hilang @ kita yang hilang


Tidak  Berjaya Ke?

‘Budi bahasa Budaya Kita’ adakah releven slogan ini di perkatakan dan di praktikkan lagi?. Persoalan ini muncul di benak Tuah ketika sekarang, media massa sedang hangat memperkatakan isu-isu mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan berlaku….banyaklah pihak yang bersuara mengeluarkan “fatwa”.

Menjadi adat bila seseorang bersuara dan yang membalasnya pun banyaklah juga…..ada sesetegah pihak kalau tidak bersetuju mengeluarkan perkataan yang kenkadang…malampau dan kadang kala erti ayat tu  ……

Tidakkah kita orang melayu kaya dengan pembendaharaan kata…dan jika dalam memberi nasihat penuh dengan  hikmah dan kata berlapik…adakah kita berada di zaman di mana kita melupakan sejarah dan kenal erti budaya bahasa.. Adakah kita patut menunding jari kepada orang lain jika bangsa melayu di di dolak dalihkan.Tidak! Pandanglah diri sendiri..cermin lah diri sendiri….

Perhimpunan Bersih....aman ke tidak?
Kenkadang Tuah bosan dengan sikap segelintir masyarakat yang terlampau fanatik dengan kefahaman mereka menyebabkan mereka lupa yang mereka itu sebangsa malah seagama. Adakah mereka lupa akan sejarah islam seperti perang jamal dan siffin di mana kita satu ummat islam  berperang….amat sedih jika itu jadinya pada satu hari nanti…igtlah kata-kata…sejarah tidak pernah lupakan kita..tetapi kita selalu lupakan sejarah…..

Gambaran perang
Dari pandangan Tuah juga sikap cepat melatah menjadi masalah, bila kita di ajukan masalah, tanpa berfikir panjang terus bersuara, sedangkan kita harus mendengar semua pihak agar kata kita akhirnya tidak di bangkang ataupun menjadi isu lain pula…Ceteknya ilmu dikalangan yang berkata itu menjadi masalah juga….mereka senang di pengaruhi dan di jadikan boneka….




Penulisan ini sekadar luahan dan pandangan.....Bagi yang tidak menerima ...saya hormat keputusan anda..jika terdapat fakta yang salah hamba mohon di perbetulkan...

Sunday, June 19, 2011

hAdE HaKu kEsAh!!: menyangkal kiamat 2012 [][]ape yg aku dah bce[][]

Salam sahabt blogger..kali ni Tuah nak berkongsi ilmu dengan kalian.....ni Tuah ambik dari bloggger kawan mengenai buku yang di bacanya...memang sesuai bagi mereka yang dahagakan ilmu dan mahu menambah ilmu......so kliklah di bawah ini...

hAdE HaKu kEsAh!!: menyangkal kiamat 2012 [][]ape yg aku dah bce[][]: "assalamulaikum.. skrg ni terdetik plak hati nk membace buku ilmiah skit selepas habis duit bli buku komik je.. buku MENYANGKAL KIAMAT 2012 n..."

Biarlah Ia Berlalu....

Kenkadang bila kita melihat kembali masa lalu,
kita memerhatikan banyak yang silap, 
dari segala tiap aspek dalam kehidupan,
Hati kita selalu, mengatakan "takpalah da berlalu da"
tapi kenkadang secara tidak sengaja, kita akan terfikir juga.

Yang peting, setiap tindak tanduk kita, tidak buatkan hati terluka,
Kerna aku pernah melalui semua itu, terluka dan di luka,
Hati ini, sekeras mana pun akan terluka @tercalar...
Maka sentiasalah berhati-hati

Jangan memberi janji kalo tak mampu di kota
Jangan memberi cinta kalo tak mampu membalasnya

Pekara yang lepas tak usah di kenang....
Jangan Pandang belakang lagi...biarkan ia berlalu....

Saturday, June 18, 2011

Dalam Proses Penulisan....

Asalamualaikum....sebenarnya Tuah dalam pembacaan buku-buku berkaitan sejarah islam selepasa khulafa Al-Rasyidin dan kalo tidak ada aral yang melintang..mungkin Tuah akan membuat penulisan tentang ini...dan tulisan ini sekadar ringkasan dari bahan yang Tuah baca dan dapat..
Semoga Tulisan itu akan dapat menjadi rujukan kepada sesiapa sahaja..yang dahagakan ilmu .....

Wednesday, June 8, 2011

ASB(Amanah Saham Bumiputera) HALAL or HARAM? Fakta Terkumpul..

Asalamualaikum dan salam satu Malaysia....
Topik yang Tuah cuba bawak ni rasernya dah lama di perkatakan di media masa dan internet...So tuah pun mencari serba sedikit maklumat dan cuba paparkan di dalam blog sebagai bacaan umum...biarlah pembaca yang menilai sendiri kesasihan ...Tuah just dapatkan dan kumpulkan maklumat...

Menurut penulis dari Pengurusan Kewangan di Malaysia mengatakan;


Dari laman web JAKIM (seacrh ASB di http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf )
Mengikut fatwa negeri Perak dan Kedah, pelaburan dalam ASB adalah harus dan dividennya halal .Merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah melabur dalam ASB adalah harus. Tuan dinasihatkan supaya melabur dalam mana-mana institusi yang telah difatwakan halal. Mengikut fatwa negeri Kedah dan Perak hukum melabur dalam ASB adalah harus dan dividennya halal 
.
Keputusan Fatwa Negeri Terengganu http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=756
Mesyuarat bersetuju menegaskan bahawa sebarang pelaburan yang menyalahi hukum syarak adalah haram. Oleh itu pelaburan dengan mana-mana pihak yang menjalankan urusniaga secara tidak pasti halalnya hendaklah diberhentikan.
 
Keputusan Fatwa Negeri  Selangor http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1155

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB

Keputusannya :
” Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara’ “

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah


Keputusannya
” Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Tambah penulis bagi menyelesaikan masalah adalah dengan katanya

"Tidak dinafikan terdapat pelaburan dalam saham-saham yang bermasalah (dari segi syarak). Namun ASB dan ASN juga adalah satu program pembangunan ekonomi negara yang besar manfaatnya (kepentingan negara).Sebagai jalan keluar, asingkan keuntungan (dividen)dari pelaburan yang “bermasalah” dan berilah kepada orang miskin.Setelah bertanya dari pihak PNB, jumlah saham yang bermasaalah adalah sekitar 2%. Oleh itu asingkan 2% dari keuntungan (dividen dan bonus), dan berilah kepada orang miskin.Misalnya keuntungan (dividen dan bonus)anda adalah sebanyak RM 1,000, maka asingkan 2% dari RM1,000 iaitu RM 20 dan berilah kepada orang miskin."

 Menurut Fatwa Kebangsaan pula hukumnya harus.....

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dipetik dari Laman Web JAKIM:

Harus Melabur Dalam ASN dan ASB

Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-80 bermula pada 1 hingga 3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa Hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima. (http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2925 pada 22 Mac 2008)


keratan Akhbar :

KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus. "Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini. Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Pendapat lain pula seperti yang di tulis oleh penulis blog ibnu muslim @ Ustaz Muhmmad Naim Hashim /Dr Asmadi Mohamed Naim

Ulasan saya (Dr Asmadi Mohamed Naim):

Pertamanya, ini ialah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu badan tertinggi pembuat keputusan mengenai sesuatu hukum di Malaysia. Berdasarkan kaedahnya, hukum yang dikeluarkan boleh membatalkan ijtihad fardi (ijtihad perseorangan). Oleh itu sebarang ijtihad fardi boleh ditolak dengan berpegang kepada ijtihad ini. Pihak yang mengeluarkan fatwa menanggung akibatnya samada di dunia mahupun di akhirat. Kedengaran rakan-rakan yang suka melabur berkata: “Saya akan mula melabur, sekiranya ada urusan yang berdosa, saya sandarkan dosa tersebut kepada ahli Majlis Fatwa Kebangsaan”.

Sebelum anda melabur, bacalah padangan di bawah dan tanyalah fatwa dari hati anda tentang persoalan ini….

Keduanya secara umumnya kedudukan sesuatu fatwa tidak tertolak dengan fatwa setarafnya, kecuali sekiranya suatu majlis fatwa yang lebih besar membatalkan keputusannya. Ia berdasarkan kaedah:

Bermaksud: Ijtihad itu tidak dibatalkan dengan ijtihad setarafnya tetapi dibatalkan dengan ijtihad yang lebih besar darinya.

Ketiganya, fatwa ini menggunakan hujah yang menganalisis isu secara makro, contohnya apa akibatnya sekiranya umat Islam tidak menguasai ASN & ASB? Bagaimana kedudukan kewangan PNB dan kesannya pada penguasaan ekonomi orang Islam. Maka diharuskan pelaburan ASN dan ASB atas dasar maslahah.

Persoalannya, adakah ianya benar-benar maslahah dharuriyyah yang boleh memghalalkan perlakuan PNB SECARA SENGAJA melabur dalam produk-produk haram? Dan adakah juga boleh menghalalkan perbuatan pelabur sengaja menyerahkan wangnya kepada PNB yang sememangnya sengaja melabur dalam institusi yang diharamkan?

Keempatnya, transaksi yang dilakukan PNB ialah melaburkan wang-wang pelabur ke dalam syarikat-syarikat patuh syariah dan syarikat tidak patuh syariah (bank-bank riba dan sebagainya).

PANDANGAN PERIBADI (Dr Asmadi Mohamed Naim)

##Pendapat peribadi saya mungkin tidak setaraf untuk membantah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan. Cuma untuk renungan pembaca, saya bentangkan pandangan peribadi saya iaitu:

i. PNB secara sengaja melabur dalam syarikat tidak patuh syariah, maka haram hukumnya. Pelabur pula secara sengaja melabur dalam ASN dan ASB yang diketahui melabur secara sengaja dalam perkara-perkara haram tersebut, maka haram juga perbuatan pelabur tersebut. Sekiranya berterusan pelaburan tersebut, maka berterusan perbuatan haram tersebut.
ii. Setelah memperolehi hasil pelaburan (setelah terlibat dalam perlaburan bercampur tersebut), pelabur wajib mengeluarkan atau menyedekahkan kadar keuntungan/ dividen dari pelaburan yang haram dan hanya menggunakan kadar dari pelaburan yang bersih.

Walaupun begitu, pandangan saya masih bersifat peribadi, kerana ijtihad berkumpulan itu lebih kuat. Namun saya suka merujuk kepada fatwa Majma’ al-Fiqh al-Islami (Akademi Fiqh Antarabangsa) di atas sifatnya sebagai institusi fatwa yang lebih besar walaupun perbahasannya mengenai pembelian saham pada syarikat bercampur halal dan haram:

International Fiqh Academy Resolution on mixed company (Jeddah, 1995)
Company equities
i. The basis of muamalat is permissible, thus the establishment of public equity company on shariah compliance activities is permissible.
ii. There are no dispute view on prohibiting the purchase of equities in the company where the main activity is non shariah compliance, such as riba, or producing and supplying prohibited items or services.
iii. The basis principle is prohibition in purchasing equities of companies which participate in muharramat, although its core activities are shariah compliance activities.

Wallahu a’lam.
22 MAC 2008

Dr Asmadi Mohamed Naim
(Berkelulusan PhD & Sarjana (Fiqh & Usul Fiqh)(UIAM), B. Syariah (Fiqh & Tasyri')Universiti of Jordan)

MAKA TERSERAHLAH PADA DIRI KITA UNTUK MENILAI OK!
KALO RASER SYUBAHAH HINDARILAH SEMOGA KITA MENDAPAT KEBAIKAN DARIPADA ITU
BAK KATA ORANG MELAYU MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI....
TEPUK DADA TANYALAH IMAN.....
NAK DAPATKAN KEPASTIAN LAGI?????
TANYALAH KAT JAKIM TU YER......INSYALLAH MEREKA DAPAT JAWAB....



Blogger Redisign

Assalamualaikum dan salam satu malaysia

Semalam semasa Tuah membuka Dashboard blog ni, terkejut di buatnya!.Bukanya apa....Rupanya ada design baru bagi dashboard WOW! best...kalau eden....eden kasi 5/5....

kat sebelah ni ambik kat page diorang Blogger in Draft.....so sesiapa nak tengok leh lah g kat sana..... just klik kat gambar tu...k

Ni lak contoh page kat Dashboard Tuah........

Student Star: The Savior Of Torah

Seorang sahabat Tuah Yang juga berminat dalam pengkajian sejarah dan sedang berjinak-jinak dalam arena penulisan blog...sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengannya.....

Student Star: The Savior Of Torah: "Ezra, is the son of Sherahyâ (Seraiah), and he is a prophet that God inspired to him, and some groups of jews said that Ezra is the son of G..."

Tuesday, June 7, 2011

Pengharaman Rasuah dan Mahasiswa

Mungkin soalan di atas agak berat ditanya dan susah di jawab (melainkan jawapan tersebut sekadar melepaskan batuk di tangga).Tuah juga merupkan seorang mahasiswa, so dengan senang Tuah akan jawab "Say No To Rasuah!" .Sekarang isu rasuah semakin menjadi-jadi sebagai contoh terpampang di surat khabar harian melaporkan ahli sukan juga ada yang berasuah dengan alasan gaji yang di terima selama ini tidak mencukupi.


Baru-Baru ini Tuah sengaja memberi satu soalan rambang kepada sahabat Tuah dalam laman sosial Facebook.Soalannya berbunyi jika ada menjadi seorang planner...Adakah anda akan menerima duit suapan bagi mempercepatkan satu proses kelulusan. 


Majoriti yang menjawab tidak dan tidak kurang yang berseloroh. Bagi yang menjawab tidak, satu persoalan adakah benar mereka tidak akan menerima sedangkan pekara belum pernah berlaku dalam hidup mereka. Duit yang mereka pakai sekarang adalah datangnya dari kedua-ibubapa mereka. Tapi bila mereka sudah memasuki alam pekerjaan mampukah mereka menolak pujukan duit dalam pada masa yang sama mereka terdesak memerlukan duit?

Pikirkan....dan ketika itu iman dan  nafsu akan bergelut dan syaitan pun akan berbisik dan hanya mereka yang benar-benar kuat sahaja yang mampu menolak semua godaan itu. Semoga semua sahabat Tuah termasuk di dalam golongan yang berjaya menolak Rasuah.


Dalam islam menegaskan hukumnya haram seorang muslim mengambil rasuah. 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) diantara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” – (Al-Baqarah: 188)



Firman Allah yang bermaksud: “Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakansegala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Al-Ma’idah: 42)




Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang
mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum- hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamumenjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.” – (Al-Ma’idah: 44)



Begitulah betapa Allah  menekankan tidak mengambil  rasuah. Maka kita sebagai umat  islam harus ingat akan bahana mengambil rasuah.Pada  zaman sekarang isitilah duit  kopi  sering di gunakan bagi menggantikan nama rasuah, sedangkan dalam  islam jika asalnya tidak boleh ,kekallah ia tidak boleh.



Hukum memberi duit kopi atau disebut sebagai upah dalam keadaan dan situasi seperti di atas adalah haram dan dikira sebagai rasuah.

Ini kerana antara takrif rasuah ialah “Memberikan apa jua bentuk pemberian seperti hadiah dan wang tunai untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan , pertolongan , diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan dan sebagainya dengan jalan yang salah.
Ini kerana , dalam situasi seperti di atas , seseorang pekerja tersebut telah pun mendapat gaji atau upah terhadap pekerjaannya.Maka ia tidak boleh mengambil apa sahaja bentuk upah yang lain selain daripada ganjaran yang sepatutnya , iaitu gaji.

Ini jelas diterangkan oleh Baginda saw dalam sebuah hadisnya yang bermaksud :
“Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan)”
(HR Abu Daud : 2943, Dinilai oleh Albani sebagai SAHIH ; Ma’alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 , Dar Kutub Ilmiah)

Begitu juga dengan sebuah riwayat yang menceritakan bagaimana Rasulullah saw pernah mengutus seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Rawahah ke Khaibar untuk melakukan penilaian dan pembahagian hasil tanaman buah kurma kerana Rasulullah saw telah menetapkan bahawa hasil tanaman kurma tersebut mestilah dibahagi kepada dua bahagian : Setengah daripadanya untuk Kaum yahudi dan setengah lagi diberikan kepada kaum muslimin.
Apabila Abdullah sedang sibuk menjalankan tugasnya , maka datanglah orang-orang yahudi membawakan kepadanya pelbagai hadiah dari barang-barang perhiasan dan sebagainya serta berkata kepada Abdullah :
“Perhiasan ini untuk kamu wahai Abdullah, Maka ringankanlah kami dan berikanlah kepada kami hasil kurma itu lebih dari separuh,” Lalu dijawab oleh Abdullah menjawab, “Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!” Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, “Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!”
[Imam Malik, Al Muwattha':1450].



 Sebagai tambahan  dalil Pengharaman Rasuah

1. Allah SWT berfirman
Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya) (Surah al Maidah : 42)
Al Hassan dan Sa’id bin Jubair RA berkata bahawa “Segala yang haram” yang disebut di dalam ayat ini bermaksud rasuah. ( Wizarah al Auqaf Kuwait, al Mausu’ah al Fiqhiyah al Kuwaitiah, cet ke 2, Maktabah Darul Salasil, 1404-1427 H, bahagian 22, ms 221 )


2. Allah SWT berfirman
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Surah al Baqarah : 188)
Dr Wahbah Zuhaili berkata bahawa maksud “makan harta dengan jalan yang salah” ialah melalui apa cara sekalipun. Antaranya riba, rasuah menipu dalam perniagaan dan sebagainya. ( az Zuhaili, at Tafsir al Munir, Dr Wahbah Zuhaili, cet ke 2, 1418 H, Darul Fikr Damsyik, tafsir Surah al Baqarah ayat 188, bah. 2, ms 164 )

 
3. Hadis Nabi SAW
لَعَنَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ
Rasulullah SAW melaknat orang yang memberi rasuah, dan penerima rasuah
( Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, Muhammad bin Hibban bin Ahmad Abu Hatim at Tamimi, cet Mu’assasah ar Risalah Beirut 1414 H, tahqiq keluarga Arnauth, no. 5076, bah. 11, ms 467 )
 
 
Mengikut penulisan dari Ustaz  Zaharuddin rasuah secara umum di bahagikan kepada ;
 
  • Meminta / Menerima Rasuah. Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta / menerima / bersetuju menerima suapan rasuah (wang / benda / perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal / majikan berkenaan.
  • Menawar / Memberi Rasuah. Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta / menerima / bersetuju menerima suapan rasuah (wang / benda / perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal / majikan berkenaan.
  • Membuat Tuntutan Palsu. Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal / majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan dengan tujuan untuk mengeliru / memperdayakan prinsipal / majikannya.
  • Menyalahguna Jawatan / Kedudukan. Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan agar membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara-maranya atau sekutunya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.
 Jika kita kaji dan meneliti kehidupan harian kita, kita sebenarnya tidak terlepas daripada pekara ini. Lebih-Lebih lagi yang terlibat dalam bidang yang berkaitan dengan politik dan malah keewangan. Yang menjadi pendinding mereka adalah iman dan amal yang mereka simpan selama ini.
 
Maka tepuk dada tanyalah iman! tanyalah di mana letaknya diri kita dan pabila kita menemui tuhan pencipta alam...bagaimanakah kita hendak menjawabnya? Sedangkan hidup kita bergelumang dari rezeki yang tidak halal.! 


Hari Alam Sekitar Sedunia (world Environment Day)


Hari Alam Sekitar Sedunia dan Hari Lautan Sedunia

Asalamualaikum semua, hari ini post Tuah adalah tentang Hari Alam Sekitar Sedunia yang di sambut 5 Jun dan Hari Lautan Sedunia yang di sambut hari ini 8 Jun. Mungkin sebahgian pembaca blog, tidak sedar akan kehadiran sambutan yang datangnya tiap 5 dan 8 tiap jun pada setiap Jun. Malah Tuah percaya ada yang tidak tahu langsung mengenai adanya sambutan ini. Di mana silapnya, semua menunding jari (ada ke?) . Mana tidaknya, media massa pun tidak kisah sangat kerana, mereka lebih gemar membuat liputan berita tentang benda lain sebagai contoh mengenai politik negara yang hentah bila akan berakhir dengan skandal seksnyalah, pemimpin guna duit rakyat untuk kepentingan peribadilah, perjuangan Negara islam terkuburlah aish macam-macam ler. Tidak mengapa itu kita cerita lain kali. Ok!

Biar Tuah mulakan dengan HaRi Alam sekitar, 

Kalau menurut wikipedia

World Environment Day (WED) is a day that stimulates awareness of the environment and enhances political attention and public action. It is on 5 June. It was the day that United Nations Conference on the Human Environment began. The United Nations Conference on the Human Environment was from 5–16 June 1972. It was established by the United Nations General Assembly in 1972. The first World Environment Day was on 1973. World Environment Day is hosted every year by a different city with a different theme and is commemorated with an international exposition in the week of 5 June. World Environment Day is in spring in the Northern Hemisphere and fall in the Southern Hemisphere.
 
Theme 2011
Forests-Nature At Your Service-cover one third of the earth’s land mass, performing vital functions and services around the world which make our planet alive with possibilities. In fact, 1.6 billion people depend on forests for their livelihoods. They play a key role in our battle against climate change, releasing oxygen into the atmosphere while storing carbon dioxide. Thousands of activities were organized worldwide, with beach clean-ups, concerts, exhibits, film festivals, community events and much more.This year's global host,India - a country of wide biodiversity.

Kalau menurut UNEP

World Environment Day (WED) is an annual event that is aimed at being the biggest and most widely celebrated global day for positive environmental action. WED activities take place all year round but climax on 5 June every year, involving everyone from everywhere.

WED celebration began in 1972 and has grown to become the one of the main vehicles through which the UN stimulates worldwide awareness of the environment and encourages political attention and action.
Through WED, the UN Environment Programme is able to personalize environmental issues and enable everyone to realize not only their responsibility, but also their power to become agents for change in support of sustainable and equitable development.
WED is also a day for people from all walks of life to come together to ensure a cleaner, greener and brighter outlook for themselves and future generations.
Everyone counts in this initiative and WED relies on you to make this happen! We call for action – organize a neighborhood clean-up, stop using plastic bags and get your community to do the same, plant a tree or better yet organize a collective tree planting effort, walk to work, start a recycling drive . . . the possibilities are endless. Check out the WED pack for interesting suggestions on what you could do
Whatever you do, tell us about it! We will post your activities on this website and make it part of the Wide World of WED map.

Pada tahun ini, INdia menjadi Tuan Rumah ....serba sedikit kenapa india jadi TUan Rumah:

The Republic of India will be the host for World Environment Day, 5 June 2011, for the first time since the celebrations began in 1972. This year’s commemorations are expected to be the largest and most widely celebrated globally.
India is the second most populous nation in the world with around 1.2 billion people. It has the seventh largest land mass on the planet, 3.28 million square kilometers, providing home to a largely Hindu population.
The country faces serious environmental challenges related to population increase and uncontrolled urbanization, industrialization, and the massive intensification of agriculture. The problems include deforestation, pollution, loss of water resources and wildlife trade. As the economy continues to grow, however, India is seeking solutions to tackle these issues.
Releasing a major report on the assessment of the impact of climate change last year, the Minister for Environment and Forests, Mr. Jairam Ramesh, noted that, “There is no country in the world that is as vulnerable, on so many dimensions, to climate change as India is. This makes it imperative for us to have sound evidence-based assessments on the impact of climate change… We must continue this focus on rigorous climate change science.”
Among some of the rare species found in India are the Golden Langur monkey, which was first discovered in the 1950s, and the Royal Bengal Tiger. The Golden Langur is the most endangered primate in India, named after is beautifully colored coat. It is a secretive leaf-eating monkey that spends most of its time on top of high trees and seldom descends to the ground. They are also found in the foothills of Bhutan's Black Mountains.
India is estimated to have 1,500 of the 8,000 Golden Langurs left in the world.  This number however represents a 30% decline in the last 30 years. A major threat to these monkeys is the loss of habitat due to the destruction of forests. Increasingly, the population of this species is restricted to fragmented forest pockets. 

Dan jika di lihat dari defnasi dari united nation environment day 2011 Pittisburgh-


World Environment Day was established by the United Nations General Assembly in 1972 at the Stockholm Conference on the Human Environment. Another resolution, adopted by the General Assembly the same day, led to the creation of the United Nations Environment Programme (UNEP).

Commemorated each year on June 5, World Environment Day is one of the principal vehicles through which the United Nations stimulates worldwide awareness of the environment and enhances political attention and action. With thousands of events in UNEP's six global regions, namely, North America, Latin America and the Caribbean, Africa, Asia and the Pacific, West Asia and Europe, World Environment Day is considered one of the largest environmental events of its kind.

Since 1972, 37 World Environment Day celebrations have been held around the globe. World Environment Day 2010 in Pittsburgh marked the most recent celebration.

World Environment Day is designed to:
  • give a human face to environmental issues;
  • empower people to become active agents of sustainable and equitable development;
  • promote an understanding that communities are pivotal to changing attitudes towards environmental issues; and
  • advocate partnership which will ensure all nations and peoples enjoy a safer and more prosperous future.
On World Environment Day, heads of State, Prime Ministers and Ministers of Environment deliver statements and commit themselves to care for the Earth. Pledges are made which lead to the establishment of permanent governmental structures dealing with environmental management. It also provides an opportunity to sign or ratify international environmental conventions.
But World Environment Day also is a people's event. People around the globe celebrate with colorful activities such as street rallies, city-wide walks, scientific forums, bicycle parades, green concerts, essays and poster competitions in schools, tree plantings, as well as recycling and clean-up campaigns.

Kalo kita lihat banyak definasi yang di keluarkan oleh organisasi yang terlibat. Tetapi bermatlamatkan satu tujuan iaitu menyelamatkan bumi dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan alam sekitar. 


Kita ni sebagai orang yang di beri akal yang sempurna perlu menjaga alam sekitar. Dalam islam juga kita di kehendaki menjaga alam sekitar, kerana sesuagguhnya Allah telah menciptakan dunia untuk manusia dan cara terbaik adalah bersyukur dengan menggunakkan nikmatNya kejalan yang di rehadai olehnya .Amin.....



Di bawah merupakan senarai tema yang berlangsung tiap tahun dan tempat diadakan sambutan tersebut:
1974 Only one Earth
1975 Human Settlements
1976 Water: Vital Resource for Life
1977 Ozone Layer Environmental Concern; Lands Loss and Soil Degradation
1978 Development Without Destruction
1979 Only One Future for Our Children - Development Without Destruction
1980 A New Challenge for the New Decade: Development Without Destruction
1981 Ground Water; Toxic Chemicals in Human Food Chains
1982 Ten Years After Stockholm (Renewal of Environmental Concerns)
1983 Managing and Disposing Hazardous Waste: Acid Rain and Energy
1984 Desertification
1985 Youth: Population and the Environment
1986 A Tree for Peace
1987 Environment and Shelter: More Than A Roof Nairobi, Kenya
1988 When People Put the Environment First, Development Will Last Bangkok, Thailand
1989 Global Warming; Global Warning Brussels, Belgium
1990 Children and the Environment Mexico City, Mexico
1991 Climate Change. Need for Global Partnership Stockholm, Sweden
1992 Only One Earth, Care and Share Rio de Janeiro, Brazil
1993 Poverty and the Environment - Breaking the Vicious Circle Beijing, People's Republic of China
1994 One Earth One Family London, United Kingdom
1995 We the Peoples: United for the Global Environment Pretoria, South Africa
1996 Our Earth, Our Habitat, Our Home Istanbul, Turkey
1997 For Life on Earth Seoul, Republic of Korea
1998 For Life on Earth - Save Our Seas Moscow, Russian Federation
1999 Our Earth - Our Future - Just Save It! Tokyo, Japan
2000 The Environment Millennium - Time to Act Adelaide, Australia
2001 Connect with the World Wide Web of Life Torino, Italy and Havana, Cuba
2002 Give Earth a Chance Shenzhen, People's Republic of China
2003 Water – Two Billion People are Dying for It! Beirut, Lebanon
2004 Wanted! Seas and Oceans – Dead or Alive? Barcelona, Spain
2005 Green Cities – Plan for the Planet! San Francisco, United States
2006 Deserts and Desertification - Don't Desert Drylands! Algiers, Algeria
2007 Melting Ice – a Hot Topic? Tromsø, Norway
2008 Kick The Habit - Towards A Low Carbon Economy Wellington, New Zealand
2009 Your Planet Needs You - UNite to Combat Climate Change Mexico City, Mexico
2010 Many Species. One Planet. One Future Kigali, Rwanda
2011 Forests:Nature at your Service New Delhi, India    

Keistimewaan Rejab

Sedar tak sedar kita sekarang berada di satu masa yang dekat dengan bulan yang penuh dengan kemulian, iaitu bulan Ramadhan....sebahgian post sahabat tuah dalam Facebook pun sudah memulakan langkah untuk menyambut bulan Ramdhan. Sekarang kalo nak tahu kita berada di bulan Rejab dan pada masa yang sama ketika Tuah melayari laman sesawang untuk mencari info mengenai bulan Rejab terjumpalah Tuah suatu pemceritaan tentang puasa di bulan rejab...

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.

Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).

Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

begitulah bacaan yang Tuah dapat semoga kita dapat berkongsi ilmu ya..kalo ada yang silap minta di perbetulkan. Kita berkongsi ilmu...dan sebenarnya masih banyak keisimewaan yang ada dalam bulan ni..bersama- samalah kita mencari dan berkongsi.....amin...

Maklumat didapati dari : http://al-islam.wikidot.com/bulan-rejab

Monday, June 6, 2011

Sejarah dan Politik

Sejarah dan Politik sekilas pandang
Tuah Pengembara

Salam to all, hari ini Tuah nak cakap yang Tuah sanggup baca buku setebal 300 pages yang berkaitan sejarah dari buku yang berkaitan politk dan malas nak masuk campur sangat..kerana ;

 1. Politik sekarang dah makin pening, putar sana belit sana.
 2. Sumber dah banyak sangat sampai kesasihan dah jadi macam cerita manjalara dah...
 3. Ahli politik sekarang banyak bercakap dari buat...sampai sekrang yang tertindas tetap tertindas...yang paling kecian yang duduk di tengah-tengah. Bak Kata orang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Sapa cakap tidak ...ada punyer.percayalah...
4.Banyak ahli politik sekarang tak tetap da.....kononnya ikut peredaran zaman..tapi masalahnya,,,,benda yang di perjuangkan dah elok da..wat pa tukar2 tak istiqmah..tak ker dalam islam ada konsep..tak tahulah kalo aku salah...hutm
5. Mahasiswa macm aku ni, pun ada gatal2 nak ikut politk..pelajaran pun tunggang langgang...kalo bijak takpa gak..time dulu ..semua yang terlibat berilmu....sekarang...fikir sendiri...
6.Kalo korang perasan, ada sebahagian ahli politik ni dah terkena fahaman luar yang jauh nun aku sendiri tak tahulah asal dari mana.....
7 Ni lagi best ada jugak ahli politik yang tak reti-reti nak berundur sekejap kerana masalah sosial dan kes mahkamah..kalo ia pun berhenti lah dulu ....represent diri sebagai rakyat biasa sudah......kalo tak ...muka depan surat khbor penuh ngan muka ahli-ahli politik...asih..baik letak berita orang susah yang memerlukan bantuan..lagi bagus...
8.Politk sekarang dah banyak pakai duit...serius dua-dua pakai duit,,takyah ler nak nyembang2 tuduh sesama sendiri..adeh...takkan nak berperang kut...

kalo eden tgok banyak yang tak kena..tapi itu lah dalam dunia mesi ada dua pihak ..yang saling lengkap melengkapi....so ada juga pihak yang suka duk tengah2 sambil nunggu dan lihat sapa yang menang..masa itu lah taring mereka di perlihatkan dan suara "aku sokong parti******" tapi time susah ....muka pun tak pernah nampak....tu lah gelagat orang sekarang...

Tapi aku tak nafikan dalam politik ni masih ada yang bersih..tapi nak cari memang payah sebab apa?
senang ja yang gelap lagi banyak so camna yang terang nak nampak kan? pakai logik suda....

Teringat aku kat satu ayt" sejarah akan berulang jika orang itu lupa akan sejarah" dalam maksudnya itu. Lagipun Tuah risau kalo sejarah macam empayar khalifah kita musnah akan berulang kembali.....kerana ada duri dalam daging..dan tiadanya sifat berjuang......Pemimpin jadi Boneka yang di gerakkan.......kalo kita lihat sekarang dunia timur dah banyak pergolakkan yang berlaku..tu di sebabkan pemimpin yang hanya mementingkan harta dari rakyat....

Bagi Tuahlah harta paling bernilaikan bagi seorang pemimpin adalah rakyatnya..tanpa rakyat..takderlah pemimpin....Bilalah agaknya pemimpin tawaduk seperti umar Abdul Aziz akan muncul?Pemimpin yang kuat jihadnya Salahuddin Alayubi? Pemimpin yang bijak dan berani Sultan Muhammad Al fateh? akn muncul....

Hanya Allah yang mengetahui bila tiba saatnya......

P/S; Penulisan di atas adalah sekdar pandangan dan tidak berniat mengutuk mana-mana pihak.......

Penghinaan ISlam Apa kita Buat?

Penulisan kali ini Tuah dapatkan dari web Berita Harian On line dan Tuah berasa sanagt penting kita membacanya dan memahmi....dan bagi mereka yang berfikir...Kita sebagai orang islam dan apa yang kita boleh lakukan....

Menangkis penghinaan terhadap Islam
Oleh Shamrahayu A Aziz


2011/06/07

PENGHINAAN terhadap agama Islam berlaku lagi. Seperti dilaporkan akhbar semalam, pengendali laman sosial Twitter yang mengaku beragama Islam dikatakan telah menghina Islam. Sementara itu beberapa keping gambar lucah telah diselitkan dalam surah Yasin bacaan jemaah lelaki di sebuah masjid di utara tanah air.

Kedua-dua kejadian itu sungguh mengejutkan kerana saya anggap masyarakat kita sudah memahami kesan buruk perlakuan sebegini. Walaupun pihak berkuasa belum mengenal pasti siapa pelakunya atau motif perlakuan itu, saya percaya kita tidak mahu lagi mendengar berita sebegini. Ia sudah tentu memualkan.
Sudah beberapa kali saya menulis mengenai undang-undang berkaitan menghina Islam di ruangan ini. Ia mungkin akan membosankan pembaca sekiranya saya mengulanginya. Oleh itu, cukuplah sekadar saya sebut bahawa, dalam aspek perundangan (secara tersuratnya), kita mempunyai undang-undang yang agak mencukupi dalam menangani masalah penghinaan terhadap agama.
Namun, saya sering menyebut bahawa atas beberapa faktor, undang-undang adakalanya tidak dapat menyelesaikan semua masalah yang kita hadapi, terutama perkara berkaitan sensitiviti keagamaan seumpama penghinaan terhadap agama. Kita tidak boleh hanya berharap kepada undang-undang semata-mata dalam menangani masalah ini.

Saya bukan bermaksud merendahkan sistem perundangan kita, tetapi ia adalah hakikat kerana undang-undang yang kita ada adakalanya tidak dapat menerapkan rasa tanggungjawab ke dalam diri setiap individu. Walaupun kita boleh mendakwa seterusnya mahkamah boleh menghukum pelakunya, ia mungkin tidak dapat mengawal daripada berlaku seterusnya. Saya tidak nafikan perundangan adalah antara mekanisme penting dalam menangani perkara ini, tetapi ia juga perlu disokong beberapa faktor lain. Perkara berkaitan sensitiviti agama memerlukan kematangan dan strategi untuk menghadapinya.

Kita mungkin tidak begitu pasti mengenai motif penghinaan terhadap agama Islam. Lebih-lebih lagi sekiranya kenyataan berupa penghinaan itu datang daripada mereka yang mengaku beragama Islam sendiri. Adakah ia bertujuan mengelirukan orang Islam dari segi akidah dan syariatnya atau adakah penghinaan itu bertujuan menjatuhkan agama Islam itu sendiri?

Walaupun kita belum dapat pastikan motifnya, apa yang jelas ialah umat Islam perlu menghadapinya. Umat Islam perlu menjadi sensitif mengenai perkara ini dan kita tidak boleh membiarkannya berterusan berlaku begitu saja. Oleh itu, dalam menangani perkara sebegini umat Islam hendaklah sentiasa berada di barisan hadapan dengan mengambil pendekatan yang bersesuaian. Ia memerlukan sifat berani sebagai penentu, bukan semata-semata sebagai pemerhati, berdiam diri dan pasif tanpa sebarang tindak balas. Seperti ajaran agama Islam itu sendiri, umat Islam hendaklah sentiasa memajukan diri dalam semua bidang dan tidak membiarkan agama Islam diperkotak-katik sewenang-wenangnya.
Mungkin apa yang saya perkatakan ini hanya satu ulang siar kepada pembaca tetapi sebagai peringatan, kita harus hargai pandangan ini dan tidak memandang sepi terhadap kepentingan untuk sentiasa berada di barisan hadapan.

Selain itu, walau apa pun motif penghinaan terhadap Islam, umat Islam harus lebih mengenali agama dan syariatnya serta sifat kerohaniannya. Umat Islam hendaklah sentiasa memperkukuh pengetahuan dan amalan berkaitan agamanya. Hanya pengetahuan yang lengkap mengenai sifat agama ini dan nilai kerohaniannya dapat menangkis apa juga cabaran penghinaan terhadap agama. Melalui teori yang agak mudah, sekiranya kita tidak mengenali agama ini dan tidak memahami nilai kerohaniannya, maka agak mustahil untuk kita berdepan dengan penghinaan ini.

Pengetahuan dan pemahaman mengenai agama akan dapat menyelamatkan umat Islam daripada diperolok-olok oleh mereka yang berniat jahat. Dalam era teknologi maklumat, langit terbuka dan kebebasan bersuara ini umat Islam perlu mengukuhkan pemahaman dan hujah mengenai nilai agama serta aspek kerohanian agama Islam dengan berguru kepada mereka yang betul-betul memahami Islam. Ini akan menjadikan umat Islam lebih gagah dan berwibawa menghadapi cabaran dan penghinaan terhadap agama sehingga dapat menghalangnya.

Sekiranya rapuh pengetahuan terhadap agama, sudah tentu dengan sendirinya agama itu akan turut rapuh - akibatnya agama itu akan mudah dipatah-patah dan dipijak-pijak. Kita tidak boleh membiarkan kecetekan pengetahuan agama menggagalkan kita untuk mempertahankannya. Andainya ini berlaku, ia akan menjadikan kita golongan yang rugi.

Sekiranya umat Islam benar-benar mengenali Islam, maka sudah tentu sebarang penghinaan terhadap agama akan dapat dihalang - walau apa atau sejahat mana motif penghinaan itu – sama ada bertujuan melemahkan atau memecahbelahkan umatnya. Semakin hebat penghinaan terhadap Islam, seharusnya pengetahuan umat Islam mengenai agamanya semakin tebal dan semakin kukuh. Ini menjadikan sumber pertahanan umat Islam semakin teguh dan umat Islam tidak mudah ditambat atau dijerut lehernya.

Oleh yang demikian, kekuatan dalaman umat Islam mengenai agamanya dan kesungguhan menjaga agamanya adalah antara resipi utama untuk menangani penghinaan terhadap agama Islam.

Penulis ialah Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia