Sunday, January 31, 2010

Daun dan Mawar

Hidup sebagai manusia di dunia bagai daun-daun yang hidup
Dapat memberi oksigen kepada kita
Tapi ada juga manusia yang hidup bagai mawar merah 
Cantik di pandang tapi bila di pegang durinya
Bakal melukakan jari kita.

Jadi adakah kita mahu menjadi daun atau mawar?

Trip

hurm nak cerita tuk post ni
aku pun tak tahu nak cerita pasal pa...
aku cerita pasal mcam mana aku buat questionare
pun best gak
huhu.....
penat tapi best(dapat makan free)
pegi jer rumah orang ada jer rezeki 
hehehe..

balik-balik perut sudah full da
ari ni pergi buat interview
interview pengusaha restaurant kampung Tanjung Langsat
pastu wakil ketua kampung

hehehe paling best 
dapat makan mee bandung udang free
kat rumah wakil 
ketua kampung makan sekali lagi 
nasi putih ngan sambal udang
best 
lazat dan menyelerakan


Wednesday, January 27, 2010

PILIHAN RAYA KAMPUS UTM

PADA HARI INI IAITU 28 JANUARI 2010 TELAH BERLANGSUNG PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BAGI MEMILIH WAKIL
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2009/2010

MAHASISWA DAN MAHASISWI UTM
MARILAH TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI 
PENGUNDI

Monday, January 18, 2010

Pengembaraan Ke Melaka

Kalau dahulu aku mengembara nun jauh ke Kampung Tanjung Langsat, kali ini akan kubawa kalian ke tempat di mana pahlawan terbilang orang melayu Hang Tuah di lahirkan dan melakarkan sejarahnya tersendiri. Lain tidak lain Melaka Bandar bersejarah atau sekarang lebih di kenali Bandar warisan dunia . Bandar yang dahulunya merupakan simbol kegemilangan zaman kesultanan melayu Melaka dan di sini jualah menyaksikan bagaimana jatuhnya Kegemilangan Melaka pada satu malam sahaja. Dan di sini juga lah tempat menyaksikan jatuhnya darah pahlawan dan hulubalang Melaka ketika itu yang  mempertahankan Bandar Melaka dari jatuh ke tangan Portugis.

Tapi kini ia hanya tinggal kenangan, yang masih menjadi ingatan hanyalah monumen bersejarah yang tiada tolok bandingnya harganya, dan tidak mungkin dapat di ganti dengan segunung emas pun. Bangunan yang terkenal seperti A Famosa dan Stadyus masih kekal utuh di pelihara agar generasi sekarang dapat melihat kesan yang di bawa oleh penjajah dahulu kala.

Aktiviti pada waktu malam dan siang sentiasa hidup. Lebih –lebih lagi oleh peniaga yang mencari rezeki demi menyara hidup mereka. Pemandangan  waktu malam amat mengasyikkan dengan di terangi dengan lampu neon pelbagai warna menghidupkan lagi suasana malam yang sejuk. Kesibukan peniaga menjual barang, menggamatkan lagi keadaan.

Bila memasuki Bandar Melaka seperti anda memasuki Melaka pada zaman dahulu kerana reka bentuk zaman kolonial masih di kekalkan. Persaan seperti anda pada era kegemilangan Melaka terasa dekat di hati. Tapi yang menyedihkan adalah arus kemodenan yang tidak di kawal telah menyebabkan banyak warisan sejarah yang tiada tolok banding hilang begitu sahaja.
Pada hari terakhir aku bersama rakan-rakan menyiapkan tugasan akhir untuk asigmnent urban design, aku pergi hampir pergi ke semua tempat yang harus yang kami pergi. Aku sangat suka dengan perjalanan ini kerana dapat melihat bangunan yang memang susah nak di dapati lebih-lebih lagi di Johor Bahru. Seni Kolonial masih di kekal. Kedai yang rapat kedudukannya menambahkan perasaan seperti berada di zaman dahulu. Suasana orang berniaga oleh peniaga cina amat menambahkan keselesaan. Perniagaan yang di jalanakan ialah perusahaan antik, makanan, decrtion untuk rumah dan juga persiapan perkhawinan.
Aku paling suka tengok barang antik ada jam bandul yang lama mencecah ribuan ringgit dan tel jenis lama ada juga di jual dan mencapai RM 1200. Tak sangka makin lama makin bernilai. Bangunan di sana mempunyai nilai seni yang berlainan dan mengamalkan perwarnaan bagi menarik perhatian. Sebenarnya kawasan itu di panggil Jonkong street or paling senang cerita china town di Melaka. Tak sangka aku kawasan ini masih hidup di dalam pembangunan moden masa kini. Terfikir aku tentang baik buruknya kawasan ini. Tapi bagi aku baguslah kerana masih ada nilai sejarah  yang masih tinggal. Kalo tak bagaimana anak cucu cicit kita nak tengok sejarah lama. Takan nak dengar cerita yang sentisa bertokte zok tambah dan tak tahu kebenaran yang sebenarnya.

Dalam kawasan yang majoriti cina terdapat petempatan orang melayu yang di namakan Kampung Katek. Aku dan kawan-kawan aaku ada juga memasuki rumah penduduk ini. Rupanya rumah ini merupakan salah satu daripada warisan Melaka dan rumah ini telah di ‘renovate’  oleh kerajaan Melaka. Rumah ini kecil dan bagi aku comel, kerana rumahnya kecil.

Bumi melaka ini tak lama lagi akan kami tinggalkan, trip perjalanan ini merupakan antara yang paling best dalam siri perjalanan aku ke seluruh Malaysia. Walupun ia di gabungkan dengan site visit aku tetap berpuas hati dapat merantau ke negeri orang dan merasai kehidupan yang berlainan dengan kehidupan aku yang lain. Rasa seperti di zaman dahulu ada juga kut. Satu hari nanti aku akan pasti ke sini lagi. akan  Bernamalah kata-kata pujangga ‘kita akan menghargai sesuatu, jika kita sudah kehilangannya’
Kehilangan nilai sejarah, merupakan pekara yang paling menyedihkan kepada sesiapa pun. Dari sejarah kita menilai siapa diri kita. Dengan sejarah kita hidup lebih bermakna.

waktu malam di Jonker Street...lively
Kapal aku di atas darat!!!
Satu malam kat sungai Melaka



Monday, January 11, 2010

Sehari di Tanjung Langsat 2


Hurm sapa ya??hehehe


Salah Satu Rumah di sana


Jalan menuju ke kampung


salah satu warung di sana


Depan sekali kampung Tanjung Langsat

Sehari di Tanjung Langsat

Matahari yang membahang kepala dan muka bukanlah penghalang bagi kami bagi merasai pengalaman berada di tapak bagi mengkaji tempat Bagi projek studio kami. Site yang terletak nun jauh di Pasir Gudang telah kami terokai dengan jayanya.

Temapat yang bergelar Kampung Tanjung Langsat telah berjaya kami takluki. Bagi aku kampaung itu kecil tapi penduduknya ramah. Di temani penduduk kampung yang namanya Pak Ya, dia telah menerangkan serba sedikit menganai kampung itu. Dia tidak lokek untuk memberi maklumat yang di kehendaki , kami berhutang budi dengannya.

Apa yang istimewa mengenai kamapung ini, terdapat sebuah rumah yang menjadi Juara Rumah Tercantik kerana landskap yang cantik. Malah mewakili daerah Pasir Gudang. Itulah yang di perkatakan oleh Pak Ya kepada kami. Kemudahan asas seperti air dan elektrik telah di sediakan oleh pihak berkuasa. kemudahan untuk bersosial juga turut di sediakan tapi yang memberi masalah adalah tiada maintanence.

Jika rosak di biarkan sahaja tanpa ada pihak yang bertanggungjawab. kemudahan sekolah dan masjid juga di sediakan bagi penduduk. Terdapat juga warung yang membolehkan orang-orang kamapung duduk bersantai setelah penat bekerja.

Terdapat pembangunan yang berlaku di sana. Kerana Kampung in terlibat dengan pembangunan dalam IRDA. Pada pendapat aku kampung ini sekarang terperangkap dengan pembangunan yang sedang di jalankan. Di sekitar Kampung tersebut pembangunan dari segi industri banyak di jalankan.

Setelah penat berjalan kami "melepak" pula di warung dan kami semua manikmati juadah, mee bandung seafood plus 4 ekor udang ...memang sedap dan menyelerakan. Takpa lain kali aku akan pergi lagi menyantap makanan itu .....


Gambar-gambbar yang membawa seribu makna....

Thursday, January 7, 2010

Rundingan Baling 2

Info: Rundingan Baling


September 1955: Tawaran pengampunan beramai-ramai kepada komunis dan 40 juta risalah 'Tawaran Menyerah Diri' serta 12,000 pas pengampunan digugurkan di hutan belantara dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil.

Kandungannya 'kalau kamu menyerah diri, keluar dari hutan, kamu tidak akan dihukum kerana kesalahan yang kamu lakukan berhubung darurat'.

Akhir September 1955, Chin Peng memberi jawapan bertulis menyatakan perjuangan komunis berakhir dan meminta gencatan senjata serta rundingan menamatkan perang.

Surat itu dihantar dari Kampung Kelian Intan, Keroh, Perak kepada Tunku Abdul Rahman; Ketua Menteri Singapura, David Marshall; Sir Tan Cheng Lock dan pemimpin Parti Perikatan lain.

Pertemuan awal: kerajaan diwakili Timbalan Menteri Pelajaran, Too Joon Hing dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu, Ian C Wylie, manakala PKM oleh Chen Tien.

Tiga rundingan awal berlangsung di Kampung Kelian Intan (sehingga November).

Wylie yang juga bekas Pegawai Pasukan 136 ketika Perang Dunia Kedua cukup kenal Chin Peng dan Chen Tien kerana berkhidmat dalam pasukan sama.

Tiga hari selepas Tunku pulang dari Indonesia, Chin Tien membawa surat Chin Peng mengandungi cadangan rundingan.

Tempoh 10 hari terakhir Disember, pasukan keselamatan diarah melaksanakan gencatan senjata mengejut meliputi kawasan 400 batu persegi termasuk Baling, Kroh (Pengkalan Hulu), Kelian Intan dan sempadan Thailand.

Tiada kata sepakat dicapai selepas PKM enggan menerima pelan damai kerajaan dan meneruskan gerakan bersenjata.

Sumber di perolehi dari Berita Harian

Mari kita hidupkan 1 Malaysia

Rundingan Baling 1

Terdetik hati ini untuk mempamerkan artikel mengenai rundingan baling. Artikel ini di ambil dari berita harian.

Pemimpin PKM itu tunjuk sikap angkuh mahu ideologi komunis diiktiraf

SEMINGGU lalu, genap 54 tahun peristiwa bersejarah Rundingan Baling 1955 yang diadakan selama dua hari pada 28 dan 29 Disember 1955 bertempat di Baling English School atau nama barunya, Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putra (SRKTP).

Rundingan khas atau 'Baling Talk 55' antara Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng itu antara usaha menuntut keamanan, menghentikan pertumpahan darah, kekejaman dan kezaliman ke atas rakyat.


Proses rundingan di daerah pedalaman Kedah itu juga boleh dianggap antara usaha terakhir kerajaan meyakinkan British bahawa anak tempatan layak memerintah negara sendiri dan bersedia menuntut kemerdekaan.

Buktinya, beberapa hari hari selepas pertemuan bersejarah itu berlangsung, Tunku terus berangkat ke London meneruskan pula rundingan kemerdekaan dengan British.

Namun, Rundingan Baling dikatakan gagal - puncanya cukup mudah, iaitu kerana sikap ego, degil serta keengganan Chin Peng menerima keamanan, tidak sanggup menyerah diri dan memilih pertumpahan darah sebagai saluran perjuangannya

Sepanjang rundingan, Chin Peng sudah memperlihatkan sikap tidak percayakan sesiapa, sedangkan kerajaan bersusah payah menjayakan proses itu serta gencatan senjata bagi memastikan pertemuan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Sedikit suntingan catatan Setiausaha Peribadi Tunku, Tan Sri Shafie Abdullah yang menyertai rundingan itu dan catatan wartawan, Harry Miller, memperlihatkan belang sebenar Chin Peng, tetapi maklumat berkenaan sebenarnya jarang dihebahkan.

Catatan berbunyi: "Pada petang 28 Disember 1955, masuklah Tunku bersama Encik David Marshall (Ketua Menteri Singapura), Encik Hamid Jumat, Datuk (Sir) Tan Cheng Lock, Encik Yaacob Latiff, Encik Too Joon Hing, Encik TH Tan dan Tuan Syed Jaafar Albar ke bilik rundingan.

Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin dibawa masuk ke bilik rundingan melalui jalan belakang, iaitu dari rumah penginapan mereka oleh Encik John LH Davis (Pegawai Daerah Butterworth). Chin Peng duduk bertentangan dengan Tunku dan diapit Rashid dan Chin Tien

Sebaik saja duduk, Chin Peng terus memperlihatkan sikap curiga, memerhati keadaan sekeliling seolah-olah tidak percaya jaminan keselamatan yang dijanjikan kerajaan. Chin Peng curiga melihat sesuatu yang dilekatkan pada siling bilik rundingan.

Tunku menjelaskan, ia sebenarnya perakam suara untuk merekodkan butiran perbincangan dan meminta Chin Peng supaya yakin, bahkan membenarkan beliau sendiri memeriksa alat itu jika tidak berpuas hati.

Chin Peng bangun, diikuti Chen Tien lalu memeriksa bilik sebelah dan sekeliling tempat rundingan. Selepas berpuas hati, barulah mereka kembali semula ke kerusi rundingan."

Sikap tidak percaya dan curiga itu berterusan hinggalah tamat rundingan hari pertama. Chin Peng dan rakannya disediakan sebuah bilik tidur di bangunan bersebelahan tempat rundingan. Asal bangunan itu adalah rumah guru dan kini dijadikan galeri pameran.

Individu yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan buat pemimpin PKM itu ialah Jaafar Ismail, 83, tukang kebun sekolah yang bertanggungjawab menyiapkan keperluan rundingan, termasuk makanan dan minuman Chin Peng.

Membahasakan dirinya sebagai Pak Lang, Jaafar berkata, Chin Peng turut curiga dengan kemudahan yang disediakan di tempat penginapan dan langsung 'tidak menikmati' apa yang diterimanya.

"Saya diarahkan British supaya menyediakan bilik tidur, menyiapkan makanan dan minuman mereka. Sebuah bilik kecil mempunyai dua katil, siap dengan meja kecil untuk meletak makanan.

"Tetapi, sepanjang dua hari (rundingan), mereka langsung tak sentuh makanan. Langsung tak terusik, bila saya masuk selepas rundingan, keadaannya sama seperti asal. Ada yang kata, mereka takut makanan itu diracun," katanya.

Ketika diberi amanat penting itu, Pak Lang yang berasal dari Kampung Seberang Pekan, Baling, menyediakan roti, susu dan minuman yang semuanya diletakkan dalam bekas tin bertutup.

Anak jati Baling ini juga hairan bagaimana pemimpin PKM itu boleh bertahan dua hari tanpa makan dan minum. Terdetik dalam hatinya, jika beginilah keadaannya, rundingan pasti gagal kerana Chin Peng langsung tidak percayakan sesiapa.

Memang benar telahan itu kerana ketika rundingan tiba di penghujungnya pada hari kedua, Chin Peng sekali lagi memperlihatkan keangkuhannya untuk meneruskan ideologi komunis tetapi mahu memastikan kerajaan Tanah Melayu dan Singapura berkuasa penuh mengawal urusan pertahanan negara.

Chin Peng berjanji akan menghentikan peperangan serta merta jika syarat itu dipenuhi, lalu Tunku menjelaskan satu daripada sebab beliau ke England ialah untuk mendapatkan kuasa mengawal sendiri keselamatan dalam negeri.

Namun, Chin Peng menegaskan, meletak senjata bukan maksudnya menyerah senjata kepada kerajaan, keputusan yang kononnya hanya akan diambil mereka sekiranya PKM diakui dan kebebasan mereka tidak lagi disekat.

Sikap angkuh itu ditamatkan dengan kata-kata Chin Peng: "Berdamai ertinya menyerah diri. Menyerah diri ertinya satu penghinaan. Kami tidak akan menyerah diri tetapi akan berjuang sampai ke titisan darah terakhir".

Dengan tegas, Tunku membalas: "Kalau saudara tidak mahu menyerah kalah, kami juga tidak sanggup menerima saudara sekalian menjadi rakyat negeri ini. Kalau keamanan hendak dicapai dalam negeri ini, salah satu pihak daripada kita mesti menyerah.

"Saya tidak sanggup membiarkan Malaya menjadi seperti Korea atau Vietnam. Saya sendiri tidak akan menyerah, sebab itu saudaralah yang mesti menyerah diri," katanya.

Rundingan berakhir begitu saja disebabkan sikap Chin Peng yang angkuh, sedangkan pada pandangan Tunku, tempoh sehari sudah memadai untuk menyelesaikan rundingan.

Namun, Bapa Kemerdekaan ini sanggup memberi ruang dan peluang mendengar penjelasan Chin Peng hingga ke hari kedua, tetapi proses itu tetap juga menemui jalan buntu.

entry kemudian akan aku masukan pula info lain mengenai rundingan baling.
hayati sejarah Malaysia
Hidupkan 1 Malaysia
sumber: Berita harian