Sunday, March 28, 2010

Pascamodenisma....

Kamus Dewan pasca bermaksud selepas, sesudah atau setelah. Moden pula bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru dan mutakhir.

¢Jean Francois Lyotard dalam tulisannya “The Postmoden Condition” menyatakan “incredility toward metanarratives” yang akhirnya membawa kepada penafian terhadap wahyu kepada pandangan dunia yang berasaskan sains semata-mata (scientific worldview).

¢Zakaria Stapa, “Fahaman yang bersifat anti agama dan anti Tuhan, kerana ia merupakan lanjutan dan edisi baru kepada fahaman sekularisme Barat moden.”

¢Shaharom T.M Sulaiman, “Dominasi budaya atau logika budaya dari sebuah budaya agung kapitalisme yang bermula pada Perang Dunia Kedua.”

ciri -ciri pascamodenisma.....


1) Timbulnya pemberontakan secara kritis terhadap projek modenisme, memudarkan kepercayaan pada agama yang bersifat transenden dan semakin diterimanya pandangan pluralisme-relativisme kebenaran.


2) Meledaknya industri media massa sehingga ia seolah-olah merupakan kesinambungan daripada sistem indera, organ dan saraf manusia. Keadaan ini pada gilirannya menjadikan dunia dan ruang realiti kehidupan terasa menyempit. Lebih daripada itu, kekuatan media massa telah menjelma menjadi agama dan tuhan baru yang menentukan kebenaran dan kesalahan perilaku manusia.

3) Munculnya etnik yang radikal dan keagamaan. Fenomena ini muncul sebagai reaksi manakala orang semakin meragukan kebenaran ilmu, teknologi dan falsafah moden yang dinilai gagal memenuhi janji emansipasi untuk membebaskan manusia dan menciptakan kehidupan yang lebih baik.

4) Munculnya kecenderungan baru untuk menemukan identiti dan apresiasi serta keterikatan romantisme dengan masa lampau.

5) Semakin besar wilayah perbandaran (urban area) sebagai pusat kebudayaan dan sebaliknya, wilayah perdesaan (rural area) sebagai daerah pinggir. Pola ini juga berlaku bagi menguatkan dominasi negara maju (Negara Dunia Pertama) atas negara membangun (Negara Dunia Ke-3).

6) Semakin terbukanya peluang bagi pelbagai kelas sosial atau kelompok minoriti untuk mengemukakan pendapat secara lebih bebas dan terbuka. Dengan kata lain, era pascamodenisme telah mendorong proses pendemokrasian.

7) Munculnya kecenderungan yang menimbulkan campur aduk pelbagai nilai, keyakinan dan potret serpihan realiti sehingga sekarang sulit untuk menempatkan suatu objek budaya secara ketara pada kelompok budaya tertentu secara eksklusif.

8) Bahasa yang digunakan dalam diskusi pascamodenisme seringkali dikesan tidak lagi memiliki kejelasan makna dan konsistensi sehingga bersifat paradoks (bertentangan dengan pendapat atau penerimaan umum).



Di petik dari nota kuliah islam dan isu-isu semasa.....

Butakah CInta...

bila aku dengar lagu ni...teringat pulak dulu-dulu .....:p


Spring

Butakah Cinta

Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga teguhnya pendirian di hati

Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang... aku curahkan
Buat mu seorang...

Kiranya semua itu
Tak bermadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu
Ku tak tahu...

Kau hilang bila ku tiba
Kau datang bila ku kecewa...
Terasa diri...di persenda...
Dimana berakhirnya nanti
Permainan sendiwara mu ini...
Sesungguhnya aku... tak mengerti...

Jika benar cinta itu buta...
Butakah mata ku...
Berkali terluka masih jua... ku menunggu...
Apa yang ku inginkan...
Cuma kejujuran dalam perhubungan...

Jika itu tiada...
Apalah ertinya...
Penantian ini hanya sia-sia...( 2X )

 P/S.. Ku tujukan kepada yang berkenaan dan tidak berkenaan huhuhuhu..
JUST FOR HIBURAN .....

Berfalsafah atau bersampah?

kehidupan kita sehari-sehari di hiasi dengan banyak perkara yaang cantik dan indah.
kadangkala yang buruk itu indah dan indah itu buruk.
Ada juga yang pandai bercakap tapi tak melakukan
tapi ada yang tak pandai bercakap@berhujah pandai melakukan kerja.
Inilah yang di namakan keseimbangan Alam @ the balance of nature.
Tak semua akan berjaya tapi kita di suruh untuk tidak pernah mengalah dan menyerah pada nasib.
Itu lah yang di ajarkan kepada Tuah .
Tapi masih ada lagi yang menyerahkan takdir untuk menentukan segalanya.
pemikiran sebagini haruslah di buang jauh kerna
ia dapat merosakkan sistem keyakinan dan yang pling teruk sekali
kehilangan dalam menikmati kehidupan.

Mungkin tajuk Tuah ni agak lama tapi itu lah hakikat yang telah berlaku pada zaman sekarang.
Ramai yang pandai berkata tapi takda benda yang berlaku@perubahan ....
hurm fikirkanlah ....

Tuah Pengembara.......



Saturday, March 27, 2010

Honey Moon Vs Study Week

hari ini masuklah minggu yang di nantikan oleh semua mahasiswa iaitu study week.
Bagi aku ini macam medan terkahir untuk berlawan tapi bukan guna pedang tapi mata pena
yang akan membawa kita ke arah kejayaan dan mendapat keputusan yang flying colors lah kata orang putih....

tapi percayalah masih ada yang akan berlengah dan dalam Bulan Honey moon. Bukan nak cakap budak u ini malas tapi itu lah kebenaran. Selagi malas ada ,selagi tiu lah Honey Moon tu ada....

Thursday, March 25, 2010

Master Plan

 karya Nurul Iqlima binti Che Omar (AB080137) dan Mohd Farid bin Md Yunos (AB080109)


 karya Mohd Saiful Zaidi bin Mazlan (AB080110)
Karya oleh Hafizah Anuar ( AB080099)

Projek.....Studio



Thursday, March 18, 2010

Umar Al- Khattab -Reformis Dunia islam


Buku ini sedang di telaah dan di baca..
sesiapa yang berminat boleh cari di pasaran 
sekarnag berbaloi kalo beli 
anda akan tahu kisah dengan teknik penceritaan 
yang menarik