Sunday, January 16, 2011

Resensi....Rayyan Fantasi...

Sekali lagi, penulis no 1 thriller di Malaysia Ramlee Awang Murshid, telah berjaya sekali lagi membawa pembaca ke sebuah penceritaan di luar imiginasi kita....kali ni..Tuah baca buku ngan laju..bukanya apa....cerita kali ni penuh tanda tanya..dan membuatkan Tuah ingin tahu apa yang ada ...pada setiap muka surat....

sinopsis ringkas yang Tuah dapat beri mengenai buku ini adalah, mengenai Aiddin seorang Mahasiswa di UKM, yang mempunyai rahsia dalam susur galur keturunan, dan hanya mengetahuinya setelah, dia hilang semasa pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu. Ayahnya Ibrahim, juga mempunyai rahsia yang pasti membuka mata semua pembaca (termasuklah Tuah). Sebelum pendakian itu, Aiddin telah di sahkan menghidap barah tahap 4, dan pendakian tersebut, merupakan satu hasrat terakhir beliau.

5 tahun berlalu, Aiddin telah mucul dan mengudang pelbagai peristiwa aneh yang tidak mampu di tafsirkan oleh akal. Maka dari situlah simpul rahsia terungkai..rahsia yang telah lama di simpan terlerai.....Kaum Rayyan, Kaum Aloi, Plannet Rayyan,Mij-giljon, dan Mika.....semuanya terungakai, nak tahu lebih lanjut, dapatkan karya terbaru Ramlee Awang Murshid di Pasaran ...dengan harga RM19.50.

teknik penceritaan kali ini masih menggunkan cara yang lama, seperti dalam novel-novel yang terdahulu, tetapi berjaya memberi kesan, debaran semasa membacanya. Tak lama lagi,karya seterusnya akan datang...Sutera Bidadari..tak sabar Tuah nak baca...

Seed of Hope- Saving The Earth start with You!

Skudai- Hari ni Tuah berpeluang meluangkan masa di sebuah pameran yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar UTM, pemeran yang bertujuan mendidik mahasiswa dalam menjaga alam sekitar telah selamat di rasmikan oleh Pengetua Kolej Rahman Putera-Dr Mohad Anizu...Pameran ini, amatlah berfaedah kerana banyak input menarik yang Tuah dapat.





Tuah Pengembara.........

Sahabat Penulis....minat dengan alam semulajadi..

Antaranya mengenai...Earth Charter ataupun piagam bumi...dan perubahan adalah bermula dari kita sendiri dan dari situ ia berkembang kepada pihak lain sehinggalah ke pihak kerajaan.... malah ada juga maklumat mengenai tokoh -tokoh yang berkorban demi menyelamatkan bumi antaranya Hezel Anderson,....so nak tahu lebih lanjut..datang tengok sendiri di pameran tersebut....memang BEST!....lebih-lebih lagi yang meminati alam sekitar dan ingin menjaganya....

Thursday, January 6, 2011

Politik Mahasiswa “Mandul”


"kenyataan yang di keluarkan "
Mungkin tajuk di atas akan mengundang kontroversi, tapi sekejap!..ada cerita sebenarnya...semasa Tuah dalam perjalanan makan tengah hari, mata Tuah terpandang dengan slip yang terselit, di atas tembok batu di salah satu Arked yang ada dekat UTM ni ....rupa-rupanya slip adalah berkenaan mengenai politik U.

Apa yang menarik bagi Tuah adalah slip ini berkenaa perjuangan pihak yang di kenali “pro Mahasiswa”, dalam slip ini juga menekankan persoalan “benarkan perjuangan mereka?” dan persoalan yang paling menrik “di manakah mereka setelah menduduki 18 kerusi MPM mandulkah mereka?”

Sebenarnya Tuah merasakan ini satu provokasi oleh pihak-pihak tertentu, lebih-lebih lagi pilihan raya kampus yang semkin menjelang tiba. Pada masa inilah kredibiliti semua pihak akan teruji, lebih-lebih lagi Mahasiswa yang bertanding pada masa itu.

Mandul adakah kenyataan itu sangat keras ataupun kejam?. Tapi itu lah kenyataan yang akan dihadapi oleh semua pemimpin yang terpilih, tapi dari skop ini kita lihat mahasisiwa sebagai wakil mhasiswa. Mungkin ada sebahgian pihak yang merasakan suara mereka tidak di bawa ke atas, itulah yang menybebkan mereka marah dan menyebabkan mereka mengeluarkan kenyataan seperti dalam slip itu. Ini satu teori.

Teori yang lagi satu, ada pihak yang suka melihat orang lain bertikam lidah dan bergaduh, dan mengambil kesempatan di atas masalah orang lain. Pihak ini lah yang boleh di lebelkan sebagai musuh dalam selimut, dalam diam mengaut keuntungan  di atas masalah orang lain.

Kita sebagai mahasiswa harus berpandangan terbuka dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar seperti slip yang Tuah jumpa ini. Kita harus menyiasat terlebih dahulu sebelum menuduh! Itulah yang tuah fikirkan yang terbaik...

P/s : Penulisan ini sekadar pendapat peribadi penulis sahaja.


Wednesday, January 5, 2011

Malam peralihan tampok kepimpinan JKM Kolej Rahman Putera


Malam semalam Tuah sempat pergi ke satu majlis yang di anjurkan oleh pihak kolej. Majlis yang bertujuan memperkenalkan JKM yang baru di lantik bagi menggantikan tampok kepimpinan yang lama. Turut di raikan JKM lama iaitu 2009/2010 yang telah berjasa. Mereka telah di berikan sijil pengharagaan atas jasa dan sumbangan mereka dalam mengharumkan nama kolej tak kira dalam apa jua acara.

Dalam ucapan aluan oleh pengetua kolej Dr Mohad Anizu, beliau telah menerangkan serba sedikit mengenai kepentingan dalam menyertai JKM itu sendiri malah menerangkan kelebihan yang ada bila menyertainya. Beliau juga sempat memberi khabar-khabar angin yang mengatakan blok peremuan di bawah kolej akan di ambil oleh pihak universiti untuk di jadikan sebagai bagunan baru bagi post graduate. Kesasihan berita itu masih tidak di ketahui.

Tuah rasa JKM merupakan jalan alternatif bagi mahasiswa yang ingin menceburkan diri dalam bidang kepimpinan, mereka dapat mengasah bakat mereka supaya lebih terserlah dan dapat menjadi insan yang berdaya saing. Malah ini merupakan platform yang terbaik bagi melangkah lebih jauh seperti MPP Universiti. Mereka akan di beri peluang menguruskan program dan majlis, supaya mereka tidak kekok bila keluar nanti. Malah barulah mereka akan berpeluang merasa kerenah yang akan di hadapi bagi memastikan program yang mereka mahu laksanakan.


Antara VIP yang hadir

Mantan JKM 2009/2010

JKM  baru JKM 2010/2011

Ayahanda Pengetua KRP Dr Mohad Anizu

Sesi Ikrar JKM baru

Tuah Pengembara
5 Januari 2010