Sunday, June 10, 2012

Tidak ada rakyat, tiadalah Raja. Raja dan rakyat berpisah tiada


Berita ini di ambil dari Berita harian Online bertarikh 11/6/2012.... bagi aku cerita ni agak menarik tu yang aku nak kongsi .....


Sultan Johor sebak

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersalaman dengan rakyat yang menyertai ‘Himpunan Menjunjung Kasih dan
Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor’ di pekarangan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Baginda yang
terharu kelihatan sebak sambil mengesat air mata ketika bertitah pada perhimpunan itu (gambar kecil).
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersalaman dengan rakyat yang menyertai ‘Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor’ di pekarangan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Baginda yang terharu kelihatan sebak sambil mengesat air mata ketika bertitah pada perhimpunan itu (gambar kecil).
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitiskan air mata di depan kira-kira 30,000 rakyat negeri ini daripada pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi di sini, semalam. 

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda yang berangkat hadir pada Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu tiba-tiba menjadi sebak ketika bertitah ringkas kepada hadirin.
Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini (semalam), titah baginda sambil mengesat air mata, diiringi gema laungan Daulat Tuanku oleh rakyat yang menghadiri perhimpunan anjuran Majlis Penyelaras Gabungan NGO (badan bukan kerajaan) Melayu Negeri Johor (GABUNG) itu.
Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang juga kediaman rasmi Sultan Johor, pada jam 2 petang.

Peserta turut menyanyikan lagu Negeri Johor diikuti dengan bacaan Ikrar Sumpah Taat Setia yang diketuai wakil GABUNG yang juga Ahli Persatuan Penjaja, Peniaga, Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor, Ahmad Tarmizi Yusof, sebelum menyerahkan watikah ikrar sumpah setia terbabit kepada Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim yang berterima kasih kepada mereka yang hadir, bertitah adalah menjadi amanah baginda sebagai Sultan Johor untuk menyayangi rakyat.

“Tidak ada rakyat, tiadalah Raja. Raja dan rakyat berpisah tiada,” titah baginda sambil mengingatkan seluruh rakyat negeri Johor, tanpa mengira kaum dan agama, supaya terus bersatu padu. 
“Jika bersatu, kita akan kuat,” titah baginda yang ditemani isteri, Raja Zarith Sofia dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris serta kerabat diraja Johor lain.

Perhimpunan itu diakhiri dengan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadot mengetuai bacaan doa dan Sultan Ibrahim berkenan bersalaman dengan hadirin hampir 40 minit dalam keadaan panas terik.

Baginda kemudian turut menunjukkan kepada pemberita PROTON Neo oren yang menggunakan nombor pendaftaran WWW1 yang diletakkan di pekarangan istana berkenaan.

Perhimpunan itu berlangsung sebagai reaksi terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Thursday, June 7, 2012

Status: PSM da antar...

Akhirnya PSM aku da hantar kat pensyarah.....  Aku dah buat yang terbaik...sekarang pasrah...dan dalam masa sebulan lebih lagi...aku akan habiskan pembelajaranku di UTM....hajat hati untuk sambung master masih difikirkan....

Banyak perkara yang berlaku...tapi aku akan hadapi dengan hati yang tenang..moga dipermudahkan...
sekrang nak tunggu VIVA yang start 20.6 neh...dan aku harap aku dapat reader yang ok.......

12 aku da start exam da...so gud luck for me......for all the thing that happen in my life....

Solat Gerhana Bulan (solat sunat “khusuf”)

Gerhana Bulan Tanda kebesaran Tuhan
Pada dua ari lepas.....aku g solat magrib  jemaah kat Masjid UTM.... pastu sebelum solat ada satu pengumuman

"Insyallah selepas solat magrib dan solat sunat, kita akan adakan solat sunat gerhana"

So aku terfikir....ni kena solat neh..bukan senang nak dapat...... tapi aku tak tahu nak buat...
akhirnya.... sebelum solat...imam ada bgtahu cara nak lakukan .....

Akhirnya aku lakukan jua...... Alhamdulilah.....





Cara Solatnya adalah:


Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Fadilatnya adalah seperti berikut:
Berdasarkan hadis :
عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
(Sahih Muslim 2-hlm: 81)

 Secara ringkasnya seperti berikut : 

Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir


Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang. ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir. iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya. iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )
Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.
Contoh : i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah. ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu. iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.

Matla’ Badrain. Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa. Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.

p/s: untuk mendapatkan penjelasan lebih, bertanyalah pada guru agama yang bertauliah di tempat anda .


Solat Gerhana bulan esok 4 Jun 2012

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua masjid dan surau mengadakan solat sunat “khusuf” berserta khutbah sempena gerhana bulan separa Isnin ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha, berkata fasa pertama gerhana itu dijangka bermula pada 4.49 petang (waktu Malaysia) dan mencapai tahap kemuncak pada 7.03 malam.
“Gerhana dijangka berakhir pada 9.17 malam. Justeru, umat Islam disunat menunaikan solat sunat “khusuf” berjemaah disertai dengan khutbah gerhana,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, JAKIM akan menganjurkan solat sunat itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara selepas solat Maghrib.
Katanya, Seksyen Falak jabatan itu dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia akan mengadakan aktiviti cerapan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari berkenaan.
“Orang ramai terutama penduduk Putrajaya dijemput menyaksikan fenomena alam semula jadi serta menunaikan solat sunat itu,” katanya. – BERNAMA

Saturday, June 2, 2012

Sebuah kehidupan- nak sambung master ker tak nak?

Ari neh macm biasa nak buat tesis pun aku tak dapat komen daripada sv aku so aku menghabiskan masa aku untuk baca novel english ..sampai semalam baru sampai bab 5 ..haha banyak lagi nak habiskan....

pagi neh aku tgok FB macm2 status yang kawan aku kuarkan...tetitaba aku terfikir....sungguh indah kehidupan ini...tapi bila difikirkan kembali kehidupan didunia luar sana tak sama ngan kehidupan di dalam universiti....

semoga bila aku kuar dipersenangkan segala.....dalam hatiku sekrang ada hajat nak sambung master ...tapi bila memikirkan ibu bapaku yang sudah lanjut usia..bila lagi aku nak berbakti pada mereka......

ader sesaper nak bagi pandangan ??

Kemana halatujuku selepas habis ijazah???

kerja ??

@

master ??