Thursday, July 28, 2011

Global Outreach--Meh Bergambar Meh...Berha

Lompatan Mantap di Candi Brobodur

Bergambar bersama Mahasiswa Insitut Teknologi Bandung
Di Tangkuban Perahu

Perjalanan yang memenatkan dari Semarang - Bandung (15 jam kut)


Meh beli kacang ,,,meh

Singgah Beli buah duku

Presentation di Universti Diponogero (UNDIP)





Perbincangan workshop bersama Mahasiswa UNDIP


Rehat sekejap



Tuesday, July 19, 2011

Malam sebelum perjalanan....



Malam itu berkumpulah kami di studio bagi mempersiapkan segala kelengkapan terakhir sebelum memulakan perjalanan ke yongjakarta Indonesia, separuh daripadanya mengukuhkan seni dalam gerak tarian rampai dan bakinya berlatih persembahan Boria dan kesemua ini bakal kami persembahkan dihadapan penuntut di Universiti Yongjakarta Indonesia. Malah ada juga yang menyiapkan Slide pembentangan yang akan di bentang di sana nanti. 

Perjalanan ini yang bermula dari UTM ke LCCT Kuala Lumpur dengan menaiki bas dan kemudian menaiki kapal Terbang Air Asia ke Yongjakarta melibatkan seramai 23 orang termasuk 5 pensyarah pengiring. Program yang di kenali sebagai Global Program Outreach (GOP) adalah salahsatu daripada usaha universiti dalam memberi peluang kepada mahasiswa dalam menimba pengalaman di negara orang, dan menikmati pengalaman berada di negara luar. Walaupun perjalanan ini sekadar pergi ke seberang Malaysia. Tapi pengalaman yang akan di timba oleh para pelajar adalah lebih bermakna.

Bagi memberi gambaran semasa perjalan aku dan sahabat aku selama hampir 9 hari perjalanan, aku akan sentiasa mengupdate perjalanan harian melalui blog ini dan melalui facebook(Jika ada kesempatan masa). Semoga perjalan yang di tempuh akan memberi seribu makna kepada aku dan kawanku.

Thursday, July 14, 2011

Perjalanan Yang Jauh

Asalamualaikum dan salam sejahtera para blogger.....
Dalam masa terdekat ini, kaki aku akan melangkah ke tempat yang asing bagi diri akusendiri, walaupun nun hanya di pisahkan dengan selat melaka, aku harapakn perjalanan yang jauh ini, bakal menjadi titik tolak dalam perjalanan hidup akudalam pengembaraan ke negara orang.

walaupun sekadar pergi dalam tempoh masa 9 hari, aku berharap semua yang aku lalui bakal menjadi sejarah hidup yang aku kenang sampai bila-bila.Insyallah jika aku ada kesempatan masa aku akan update pengembaraan ini.....supaya ilmu dapat di kongsikan bersama....