Thursday, March 3, 2016

KETENTUAN ALLAH DAN DIMANA LETAKNYA TANGGUNGJAWAB

Artikel DULU DISANJUNG, KINI HIDUP MEREMPAT diterbitkan oleh Sinar Harian pada 4MAC2016.


Aku jarang untuk share cerita/artikel tapi kali ini aku share adalah untuk mengingatkan diri aku dan juga sekalian sahabat. Ada pekara yang boleh dijadikan iktibar dan renungan

1. Betapa Allah berkuasa menentukan hala tuju kehidupan kita, setinggi mana pun kite berada, sejauh mana pun kite mengembara, tetapi jika Allah berkehendakan sesuatu, terjadilah. Apa yang berlaku pada masa hadapan tidaklah ada sesiapa yang mengetahui. Sekiranya ada mahluk-mahluk yang dia mengetahui apa yang berlaku esok, maka lihatlah dalam diri dan amalam mahluk tersebut. Kisah yang belaku pada hari esok hanya  sekadar penceritaan fiksyen semata. Sekiranya ada yang mengetahui masa hadapan, tidak perlulah nabi-nabi kita bersusah payah berdakwah dan menyampaikan ajaran Islam. Ini sangatlah bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh agam kita. Setiap manusia seharusnya hanya bersiap untuk hari esok, mana tahu esok merupakan hari terakhir kita di dunia ini. Mari kita bermohon supaya Allah menempatkan kita dalam keadaan terbaik dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Ujian Allah pasti ada, sediakan hati yang tabah dalam menghadapinya.


2. Jika aku melihat reaksi beberapa pihak (hasil pembacaan artikel), begitu mudah mereka melepaskan tanggungjawab mereka. Bukanlah aku nak cari kesalahan orang tapi respond ini hentah bagi aku what???. Jika sebahagian pihak hanya tahu "Itu bukan Tanggungjawab kami". Maka sepatutnya keluarlah daripada memakai "jubah kami" maka pakailah "jubah aku". Maka ayat seperti "Sekiranya 'kami' tak membantu, biarlah aku yang menolong". Tidakkah ini amalan yang diajarkan oleh Nabi semasa kaum Ansar dan Muhajirin menjadi satu. MAKA JANGANLAH SESENANG HATI MENGATAKAN AKU MENGAMALKAN SUNNAH NABI, TETAPI BILA TIBA MASA ENGKAU BERPALING DENGAN MENGATAKAN "TIADA KAITAN DENGAN AKU". SUNGGUH MALU!

3. Kenyataan ini sekadar pandangan peribadi aku, sekiranya ada yang tidak berpuas hati, tidak mengapa ini adalah hak semua orang untuk bersuara. Cuma janganla emosi kerana bergaduh disebabkan pendapat tidak akan menyelesaikan masalah. Moga Allah membantu keluarga ini.


TUAH PENGEMBARA