Wednesday, June 8, 2011

ASB(Amanah Saham Bumiputera) HALAL or HARAM? Fakta Terkumpul..

Asalamualaikum dan salam satu Malaysia....
Topik yang Tuah cuba bawak ni rasernya dah lama di perkatakan di media masa dan internet...So tuah pun mencari serba sedikit maklumat dan cuba paparkan di dalam blog sebagai bacaan umum...biarlah pembaca yang menilai sendiri kesasihan ...Tuah just dapatkan dan kumpulkan maklumat...

Menurut penulis dari Pengurusan Kewangan di Malaysia mengatakan;


Dari laman web JAKIM (seacrh ASB di http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf )
Mengikut fatwa negeri Perak dan Kedah, pelaburan dalam ASB adalah harus dan dividennya halal .Merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah melabur dalam ASB adalah harus. Tuan dinasihatkan supaya melabur dalam mana-mana institusi yang telah difatwakan halal. Mengikut fatwa negeri Kedah dan Perak hukum melabur dalam ASB adalah harus dan dividennya halal 
.
Keputusan Fatwa Negeri Terengganu http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=756
Mesyuarat bersetuju menegaskan bahawa sebarang pelaburan yang menyalahi hukum syarak adalah haram. Oleh itu pelaburan dengan mana-mana pihak yang menjalankan urusniaga secara tidak pasti halalnya hendaklah diberhentikan.
 
Keputusan Fatwa Negeri  Selangor http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1155

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB

Keputusannya :
” Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara’ “

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah


Keputusannya
” Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Tambah penulis bagi menyelesaikan masalah adalah dengan katanya

"Tidak dinafikan terdapat pelaburan dalam saham-saham yang bermasalah (dari segi syarak). Namun ASB dan ASN juga adalah satu program pembangunan ekonomi negara yang besar manfaatnya (kepentingan negara).Sebagai jalan keluar, asingkan keuntungan (dividen)dari pelaburan yang “bermasalah” dan berilah kepada orang miskin.Setelah bertanya dari pihak PNB, jumlah saham yang bermasaalah adalah sekitar 2%. Oleh itu asingkan 2% dari keuntungan (dividen dan bonus), dan berilah kepada orang miskin.Misalnya keuntungan (dividen dan bonus)anda adalah sebanyak RM 1,000, maka asingkan 2% dari RM1,000 iaitu RM 20 dan berilah kepada orang miskin."

 Menurut Fatwa Kebangsaan pula hukumnya harus.....

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dipetik dari Laman Web JAKIM:

Harus Melabur Dalam ASN dan ASB

Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-80 bermula pada 1 hingga 3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa Hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima. (http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2925 pada 22 Mac 2008)


keratan Akhbar :

KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus. "Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini. Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Pendapat lain pula seperti yang di tulis oleh penulis blog ibnu muslim @ Ustaz Muhmmad Naim Hashim /Dr Asmadi Mohamed Naim

Ulasan saya (Dr Asmadi Mohamed Naim):

Pertamanya, ini ialah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu badan tertinggi pembuat keputusan mengenai sesuatu hukum di Malaysia. Berdasarkan kaedahnya, hukum yang dikeluarkan boleh membatalkan ijtihad fardi (ijtihad perseorangan). Oleh itu sebarang ijtihad fardi boleh ditolak dengan berpegang kepada ijtihad ini. Pihak yang mengeluarkan fatwa menanggung akibatnya samada di dunia mahupun di akhirat. Kedengaran rakan-rakan yang suka melabur berkata: “Saya akan mula melabur, sekiranya ada urusan yang berdosa, saya sandarkan dosa tersebut kepada ahli Majlis Fatwa Kebangsaan”.

Sebelum anda melabur, bacalah padangan di bawah dan tanyalah fatwa dari hati anda tentang persoalan ini….

Keduanya secara umumnya kedudukan sesuatu fatwa tidak tertolak dengan fatwa setarafnya, kecuali sekiranya suatu majlis fatwa yang lebih besar membatalkan keputusannya. Ia berdasarkan kaedah:

Bermaksud: Ijtihad itu tidak dibatalkan dengan ijtihad setarafnya tetapi dibatalkan dengan ijtihad yang lebih besar darinya.

Ketiganya, fatwa ini menggunakan hujah yang menganalisis isu secara makro, contohnya apa akibatnya sekiranya umat Islam tidak menguasai ASN & ASB? Bagaimana kedudukan kewangan PNB dan kesannya pada penguasaan ekonomi orang Islam. Maka diharuskan pelaburan ASN dan ASB atas dasar maslahah.

Persoalannya, adakah ianya benar-benar maslahah dharuriyyah yang boleh memghalalkan perlakuan PNB SECARA SENGAJA melabur dalam produk-produk haram? Dan adakah juga boleh menghalalkan perbuatan pelabur sengaja menyerahkan wangnya kepada PNB yang sememangnya sengaja melabur dalam institusi yang diharamkan?

Keempatnya, transaksi yang dilakukan PNB ialah melaburkan wang-wang pelabur ke dalam syarikat-syarikat patuh syariah dan syarikat tidak patuh syariah (bank-bank riba dan sebagainya).

PANDANGAN PERIBADI (Dr Asmadi Mohamed Naim)

##Pendapat peribadi saya mungkin tidak setaraf untuk membantah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan. Cuma untuk renungan pembaca, saya bentangkan pandangan peribadi saya iaitu:

i. PNB secara sengaja melabur dalam syarikat tidak patuh syariah, maka haram hukumnya. Pelabur pula secara sengaja melabur dalam ASN dan ASB yang diketahui melabur secara sengaja dalam perkara-perkara haram tersebut, maka haram juga perbuatan pelabur tersebut. Sekiranya berterusan pelaburan tersebut, maka berterusan perbuatan haram tersebut.
ii. Setelah memperolehi hasil pelaburan (setelah terlibat dalam perlaburan bercampur tersebut), pelabur wajib mengeluarkan atau menyedekahkan kadar keuntungan/ dividen dari pelaburan yang haram dan hanya menggunakan kadar dari pelaburan yang bersih.

Walaupun begitu, pandangan saya masih bersifat peribadi, kerana ijtihad berkumpulan itu lebih kuat. Namun saya suka merujuk kepada fatwa Majma’ al-Fiqh al-Islami (Akademi Fiqh Antarabangsa) di atas sifatnya sebagai institusi fatwa yang lebih besar walaupun perbahasannya mengenai pembelian saham pada syarikat bercampur halal dan haram:

International Fiqh Academy Resolution on mixed company (Jeddah, 1995)
Company equities
i. The basis of muamalat is permissible, thus the establishment of public equity company on shariah compliance activities is permissible.
ii. There are no dispute view on prohibiting the purchase of equities in the company where the main activity is non shariah compliance, such as riba, or producing and supplying prohibited items or services.
iii. The basis principle is prohibition in purchasing equities of companies which participate in muharramat, although its core activities are shariah compliance activities.

Wallahu a’lam.
22 MAC 2008

Dr Asmadi Mohamed Naim
(Berkelulusan PhD & Sarjana (Fiqh & Usul Fiqh)(UIAM), B. Syariah (Fiqh & Tasyri')Universiti of Jordan)

MAKA TERSERAHLAH PADA DIRI KITA UNTUK MENILAI OK!
KALO RASER SYUBAHAH HINDARILAH SEMOGA KITA MENDAPAT KEBAIKAN DARIPADA ITU
BAK KATA ORANG MELAYU MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI....
TEPUK DADA TANYALAH IMAN.....
NAK DAPATKAN KEPASTIAN LAGI?????
TANYALAH KAT JAKIM TU YER......INSYALLAH MEREKA DAPAT JAWAB....



1 comment:

anonym0053 said...

Pendapat peribadi saya disini - http://anonym0053.wordpress.com/2014/01/08/hukum-pelabura…bumiputera-asb/ ‎