Friday, September 23, 2011

Pusat Islam Ground Zero DI buka...


Semasa aku melayari internet aku terjumpa dengan keratan akhbar yang menarik perhatian...ni mungkin kesan daripada 11/9 yang menggegarkan dunia. 

Dan ini merupakan satu sebab kita perlu memahami agama islam secara mendalam supaya tidak berlaku tanggapan negetif masyarakat....lebih-lebih lagi yang bukan islam.

Pusat Islam Ground Zero dibuka


SEORANG anggota polis berkawal di hadapan pintu masuk ke Pusat Komuniti Islam Park51 dekat Ground Zero di New York, kelmarin. - REUTERS


NEW YORK 22 Sept. - Sebuah pusat budaya Islam berhampiran bekas tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Ground Zero di sini, dibuka secara senyap-senyap semalam walaupun mendapat tentangan hebat daripada penunjuk perasaan berhubung perkara tersebut pada tahun lepas.
Upacara pembukaan pusat yang diberi nama Park51 itu turut dilengkapi dengan pameran gambar bertajuk NYChildren yang mempamerkan lebih 160 potret kanak-kanak dari golongan pendatang di bandar raya New York.
Park51 terletak dua blok dari bekas tapak WTC pada mulanya menimbulkan kekecohan dan perdebatan hebat mengenai kedudukan Islam dalam kepelbagaian agama di Amerika Syarikat (AS).
Tidak mahu mengalah dengan diskriminasi yang melanda, Park51 berikrar untuk menawarkan perkhidmatan sosial dan rekreasi termasuk kesihatan serta kemudahan pendidikan selain isu-isu agama.
"Park51 kini dibuka untuk semua golongan masyarakat di New York," kata sebuah kumpulan di laman web pusat tersebut.
Tahun lepas, beribu-ribu penduduk New York melancarkan protes membantah pelaksanaan projek tersebut.
Selain itu, projek tersebut turut mendapat tentangan daripada pastor Kristian yang mengancam untuk membakar beratus-ratus kitab suci al-Quran sekiranya ia dilaksanakan. - AFP

Sumber uTusan Malaysia Online...

Sunday, September 18, 2011

Tak Berkenan......

Aku ni bukan manusia yang baik mahupun menjadi role model dalam sesuatu bidang.....
dan sebagai manusia perasaan tak berkenan pasti jua melekat dalam hati ini.....

1. Perangai yang sentiasakan risau tak tentu pasal
 - Payah kalo ada orang macm ni...bukan pa ..risau kenkdang tak masuk akal....plizlah ....macm lah akan sentiasa berlaku yang buruk.....yang penting jaga diri....
2. Bila berjanji ..hampeh...lewat selalu
- Nilah perangai yang PALING aku benci....bukan pa kalo lewat bersebab tapi cuba bayangkan kalo ada sebab pun tak masuk akai....tapi nak buat macm mana..aku rasa dah jadi macm budaya....hurm ....kalo aku...sorylah .....BYE-BYE lah.....

3. Bila kita tanya elok2, jawapannya ngalahkan cakap ngan budak 3 tahun
- ni pun satu lagi perangai yang aku selalu jumpa......aku berpegang pada falsafah "TAKDER SEBARANG SOALAN YANG BODOH" ......so jganla....sebut soalan tu bodoh....yang memberi jawapan..berilah jawapan yang paling baik...

Friday, September 16, 2011

IMpian SAng Tuah

Tiap orang pasti ada impian bukan..takpun mimpi indah....aku pun jua pasti ada....bnyak impian aku ingin capai tatkala masih berpijak di bumi dan bernafas dalam atmosphera....bumi ini.....

IMpian Yang pertama

Melawat a.k.a Melancong ke Eropah dan Timur Tengah.....


BUkan pa.....kalo aku dengar kenkawan yang beljar nun jauh kat tempat tu.....macm best pulak rasernyer...bukan pa nak merasa tempat orang...melawat tempat sejarah....melawat tempat indah..hurm gitulah....Lagipun kita hidup kat dunia pun hanya sekajap so tambah pengalaman.....kat negara.....ai bila agaknya ya????huhu

Impian Yang Kedua

Belajar main drum muzik....


Eden ni taklah pandai sangat bab seni muzik ni...tapi bila nampak orang main drum mcam menarik lak.....lagipun muzik drum rancak....so leh lah time aku tension aku ketuk drum tu kuat-kuat...tapi masalahnya..kat rumah aku tu tak der bilik serap bunyi..karang takpasai aku kener baling selipar dari rumah sebelah....

IMpian Yang Ketiga.....

Nak Benda yang memang time sekarang emang payah nak dapat......


ni lah impian yang paling best.....contohnya....kemera DSLR. Basikal moutain bike, motosuperbike, PC tuk gamerz....hehe