Tuesday, June 28, 2011

israq dan Mikraj


Asalamualaikum sahabt blogger sekalian, entry terbaru ku ini merupakan entry khas yang di buat bagi mengingati sebuah perjalanan yang amat penting.. bukan sahaja bagi aku tapi bagi seluruh umat islam di seluruh pelusuk dunia di mana.

Tanggal 27 Rejab merupakan sebuah perjalanan mistik yang sukar di tafsirkan dan di takwilkan melalui akal pemikiran sahaja. Ia mesti di sandarkan kepada  iman yang kuat kepada Allah yang Maha segalanya. Sebuah pengembaraan oleh seorang hamba Allah yang di lantik  bagi memimpin umat islam kejalan kebenaran di bawah panji “La ilah ha ilallah” tiada tuhan selain Allah.

Semasa diceritakan pengembaraan ini kepada orang-orang di zaman ketika itu, mereka mengatakan cerita itu semua tipu belaka dan hanya rekaan, orang gila katanya. Tapi tidak bagi seorang yang bernama Abu Bakar, setelah mendengar bicara dari junjungan besar itu, dia segara membenarkan kata baginda. Lalu mendapatlah dia sebuah gelaran As-Siddiq.

Di dalam perjalanan yang penuh hikmah ini , baginda yang di temani oleh Jibarail telah di tunjukkan pelbagai pekara aneh dan setiap pekara itu telah Jibrail terangkan satu persatu. Dengan menaiki buraq selaju cahaya naiklah baginda melalui langit- langit Allah dan bertemu denganNya. Di perintahkan Allah umatnya mengerjakan Ibadah yang di kenali solat sebanyak 5 kali sehari semalam yang pahalanya seperti melakukan 50 solat dalam sehari semalam. Dengan penuh tawaduk dan rendah diri baginda menerima dan disampaikan kepada umat islam. Sesungguhnya sungguh besar nikmat yang telah Allah berikan kepada umat Muhammad.

Banyak lagi kisah yang berlaku dalam perjalanan ini, maka suburkan lah hari ini bagi mengetahui kisah yang berlaku dan mencari keberkatan daripadaNya.

Sebuah sajak yang Tuah ciptakan,,,,

Malam itu....
malam penuh hikmah...
Malam Sang Penghulu memula langkah....
Di temani Sang Jibrail menjadi peneman..
penghilang kekusutan...
Menemui Tuhan sang pencipta Alam....

Ditunjukkan baginda pelbagai keadaan...
Si Jibrail pelerai segala kekusutan...
Melalui 7 pintu langit, si buraq meluncur...
Tak tercapai akal..bagi mereka yang tidak bersyukur..

 Di syariatkan solat ketika itu,
5 kali sehari semalam...
Lalu bermulalah sebuah pengabdian kekal bagi mereka
Yang hidup dan nafasnya kerana Allah...

p/s
Jika terdapat kesalahan dalam post kali ni...di harapkan memberitahu...insyallah.

No comments: