Tuesday, April 28, 2009

my feeling

ni lah perasaan tiap kali habis sem or hbis sekolah ,bila menjelang hari cuti panjang aku rase sangat sangat sedih,sepatutnya aku rase sedih sebeb aku rehat daripada study,tapkat i realitinya aku rase sangat rindu kat suasana belajar,jumpa kawan ,jumpa lawan,jumpa awek n macam 2 lah.......aku terasa sunyi pulak bila duduk sorang2 aku rase sebak n sdih....(ni laj perasaan aku bila dah hbs boarding school kat SMSSI).mungkin aku teringat kat kawan aku yang sentiasa buat aku tergelak,walaupun ka tak berapa ngan diaorang ,mereka tetap kawan aku.

sebenarnya dalam semester ni kau banyak buat salah ngan kawan -kawanku,kadangaku benci dengan diriku ini,sebab masih belum matang.tapi aku akn still belajar.HIDUP MESTI DI TERUSKAN WALAUPUN APAPUN CABARAN.

 Ya Allah aku mohon peyunjuk daripadaMU kaulah yang menguasai alam ini dan aku akan kembali padaMu jua,ku mohonkan keberkatan daripadaMu amin ya Rabalalamin.
 kepada ibunda dan ayahnda anakanda sentiasa merinduimu,anaknada ini terpaksa berkorban demi tugas dan pasti bila tugas habis ,kaki ku ini akan menjejak kan kaki ke rumah tercinta,dan merasi nikmatny masakan bonda.Nasi goreng kampung yang bonda masak masih terngiang di kepala.....lazatnya......RINDUNY AKAU PADA KAMPUNG HALAMAN.

Awek aku lak ngah lepak kat ruamahlah tu ,cemburunya aku hahahahaha.Takpe nanti aku balik jugak hehehehehe.Jam ditangan ku ini menunjukan pukul 3.30 pagi waktu Malaysia.Mataku masih segar maybe pe kena nescafe (sebenarnay tak leh tido.....kalo tersedar dari tido,rase sangat sunyi dan sedih,betul aku tak tipu,tu lah perasaan aku )

k lah daripada aku membebel lagi panjang dan merapik..aku chow dululah...aku nak cari cara nak tido...maybe main lompat2 ..nanti penat ...then tido..........zzzzzzzzzzzzzzzz selamat malam @pagi .............zzzzzzzzzzz...

selsema babi




Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalamimutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.Antara simpton yang boleh dilihat.


         Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagaikecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.



         Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine,rimantadineoseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.



SEBAGAI RENUNGAN FIRMAN ALLAH:


Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Nahl Ayat 115

Monday, April 27, 2009

hidup selepas peksa ????

    Asalamualaikum, peksa ku kini dah berakhir,ingat nak balik awal tapi apakan daya tugasku sebagi jawatankuasa kolej mahasiswa KRP menyebabkan aku tinggal di kolej sehinnga akhir sem,awek aku lak dah balik,tinggal lah aku bersama latop ku sahaja aku cemburu ngan awek aku dapat bersama keluarga tercinta.Aku rindu kat parent aku.Takpe nanti aku tel perent aku Jadi sepanjang minggu ni aku kan menghabiskan waktu di depan computer sambil layari internet dan menyumbang bakti pada KRP.Tak pun bergayut nagn awek aku(kalo ade kredit lah hehehe).aku punye duit pun nak habis dah nak minat anagn perent aku,diorang pun takde.....camnelah nak hidup ni..terpaksalah aku berjimat cermat huhuhu
susah sangat aku puasa je...tapi last time nak bukak pakai banyak duit jugak...hahahaha..k lah aku chow dulu..gua ank smabung tido(mate dah spet dah ni)..malam nanti nak main internet lagi hehehehe
asalamualikum

Saturday, April 25, 2009

Patut baca

Hari ini aku nak promosi buku....

Beriman Kepada Hari Akhirat


Pengarang : Abdul Hadi Awang
Penerbit : PTS Islamika
Harga : RM 22.00
ISBN : 978-983-192-186-9


Sinopsis
"Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang, tidak ada syak padanya, dan sesungguhnya Allah menghidupkan semula orang yang di dalam kubur.” (Surah al-Hajj, ayat 7).
Beriman kepada hari Akhirat dan segala perkara yang berlaku dalamnya seperti manusia dibangkitkan semula, adanya perbicaraan dan sebagainya adalah sebahagian daripada rukun iman. Ia wajib diyakini dengan sepenuh hati walaupun tidak diketahui bila ia berlaku. Keyakinan ini bersepadu antara akhlak, perundangan dan sistem hidup. Kesemua elemen ini terangkum dalam maksud Islam yang menjadi nikmat yang disempurnakan kepada manusia.
Buku ini mengupas secara terperinci mengenai hari Akhirat dan segala peristiwa berkaitan yang berlaku sebelum kedatangannya. Setiap peristiwa diperincikan dengan mudah dan disertakan dalil daripada al-Quran serta hadis yang autentik. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah:
Tanda-tanda kecil dan besar hari Akhirat

Soalan-soalan mencabar di dalam kubur

Mahkamah Padang Mahsyar

Persinggahan sebelum ke syurga ataupun neraka


Isi Kandungan

Daripada Pengarang
Bahagian 1
Percaya kepada Kewujudan Hari Akhirat
Hari Akhirat dan Hidup Manusia
Mati
Tanda Mati dengan Baik
Ujian Kubur
Soalan Kubur
Jin Juga Mengalami Fitnah Kubur
Dosa dan Azab Kubur
Para Nabi di Alam Barzakh
Orang Mati Syahid di Alam Barzakh
Hubungan Roh Si Mati di dalam Kuburnya
Pertemuan antara Roh
Kedudukan Roh
Ingat Mati

Bahagian 2
Tanda Kiamat
Tanda Kecil Kiamat

Bahagian 3
Kemunculan Imam Mahdi
Kemunculan Dajjal
Nabi Isa Turun
Keluar Yakjuj dan Makjuj
Matahari Terbit Dari Arah Barat
Binatang Keluar dari Perut Bumi
Keluar Asap
Angin Bertiup Lembut
Keluar Api
Masa Semakin Singkat
Berlaku Tiga Gerhana

Bahagian 4
Tiupan Sangkakala
Mahsyar
Keistimewaan Nabi Muhammad di Mahsyar
Perhitungan
Neraca Penimbang Amal
Titian Sirat
Telaga Kauthar
Syafaat


Hijab Sang Pencinta



Harga: RM19.90
Penulis: Ramlee Awang Mursyid
Halaman: 520
ISBN: 978-983-124-385-5


Sinopsis:

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...


kali ni dua buku dulu yanga ku nak sampaikan
trylah baca......
masyuk tu ....
percayalah kataku ini.....


















Friday, April 24, 2009

Berita Gempar

Yakjuj & Makjuj (Berita Gempar Dari NASA!!!)

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.

“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”. “Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu.

“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”

“Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”.

“Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”. Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

“Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

“Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

~ Terjermahan bebas ke Bahasa Melayu.. Sumber asal Derro Found Living Under The Earth“

Asal-usul dajal

Asal-Usul Keluarganya:

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada duaertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

artikel ini di ambil bagi tujuan penyebaran ilmu......
ini bukan hasil penulisan ku...
cuma ambil iktibar.....
dari kisah ini.....

Thursday, April 16, 2009

PENTING NI.....

HOW EMBRASSING ...

 A new survey reveals our top 5 most awkward social situations.....

  1. Wardrobe Malfunctions
  2. Lost of word
  3. Mistaken baby bump
  4. Romantic mishap
  5. Looking foolish.... 
Just for relax ...huhuhuhuhu
Try to think why it is called emberessed
 nape ek???
fikirkan....

QOUTE

Asalamaualaikum
salam perpaduan,
malam ni aku menghabiskan mase aku mengkaji blog dan cuma certain gadjet je aku tambah...hehehe aku main letak je sebenarnya......

Petang tadi aku ade meeting JKM,dalam cibuk meeting tu aku terbaca buku reder digest...jadi aku pun selak
lah buku tu ..ngan penuh teliti da aku berjumpa dengan satu halaman yang ade banyak qoute...so ari ni aku nak kongsi qoute dengan korang .....benda alah ni diambil dari kata kata orang yang famous.....

Qoute yang pertama berbunyi:
"Dogs look up to you,cats look down on you,pigs treat you as an equal"

Qoute yang kedua berbunyi:
"A horse gallopse with his lungs,preserve with his heart and wins with his character"

sebenarnya aku pun tak paham maksudnya hehehehe......tu je aku nak cerita..hehehehe

aku nak nambah entry je.....

gud luck untuk exam.....

Tuesday, April 14, 2009

Boringnya

Huhuhu...rase borang lah pulak tetiba petang ni...pe nak buat pun tak tahu nasib baik ade mood nak buat entry kalo tak ..tak menyentuhlah benda alah ni.....minggu study week ni macam tak study rasenay terasa kebosanannya......lagi menyampah aku buat janji ngan kawan dia lak tak datang
Sakit hati betul ..kalo nak buat janji ..buat lah betul-betul..penat aku tunggu...
sabo jelah..........rasenak joging tapi malas nak pegi..hentahlah mood aku rosak macam tu je....aish....
bagi fakulti aku minggu exam dia orang buat dek je..sebab markagh bnayk kat studio ....macam aku baudak plner ambik 4 paper je ...tu pun subjek wajib universiti...titas ,bi comunication....so nantilah study hehehe....
Hahaha tak baik amalkan cara aku ni..nanti mengundang masalah mase depan....aku palaing risau subjek urban development.banyak kena baca macam bukak buka bio lah pulak(terinagt mase kat matrik johor dulu).....pasal ni mengingatkan aku masa SPM..time malm peksa bio boleh lagi main2 keja keja satu sekolah...dulu aku sekolah kat sbp so jadi in the night is my port hahaha.......dalam banyak kenagan aku paling suka kenagana pada waktu kat sarama...nagn perangai kawan -kawan aku yang gila-gila huhuhu
Meriah hidup huhuhu,sekarang semuakawan aku dah pegi u ade yang kat luar negara ade yang kat malaysia.rindunya aku.bila lah agaknya nak buat reuonion...hehehe.nantilah kalo semua dah berjaya baru buat lagi sepuluh tahun pesalahnay ,mane lah atuahyu ade yang dah kawin boleh aku kacau anak diorang hehehe..kau suka budak...nanti aku nak anak kembar ...hehehe
ok lah pada kawan kawan -kawan gau nanti kita bertemu kembali satu hari nanti...
wasalam.

Sunday, April 12, 2009

miniggu peperiksaaan semakin hampir..budak2 u semua cbuk ngan buku ,ade yang tidur macam tak tidur,makan macam tak makan.de pulak yang jadi macam zombi hidup alah macam zombi kampung pisang tu ..hahaha tapi yamg ni lagi advance,pandai baca buku jawab kalkulus yang panjang macam pe..hahaha.
budak macam aku lak .tak tido sebab buat projek...makn iagt projek ,tido ingat projek haha
kadang igat awek hehehe....tu yang best...hehehe..jagan marah...bila awek senyum fuyooo.....manis tu.....kalh susu pekat manis..hehehe
pe yang aku merepek ni.....alah aku sebenarnya tengah bosan .tak tahu nak letak entry pe....idea jam lah.....huhuhu
sespae yang ade idae boleh bgai sumbangan ......aiseh nanitlah aku nak sambung beteri latop nak habis daaaaa

Friday, April 10, 2009

Asal usul dinar emas dan dinar perak....



ASALAMUALAIKUM

Hari ni aku nak bebel pasal dinar emas,bukan pe tadi aku g usrah pastu aku nya ketua bukak cerita pasal penggunaan duit emas so aku rase nak nulis sikit pasal benda ni dan cari maklumat pe yang patut kat dalm internet dan sumber lain dan berkongsi dengan yang lain,
aku mintak maap jika sebhgian mkalumat kurang atau terlebih nanti ,tegurlah aku kalo salah ..hanya nak berkongsi pe yang tahu then memberi pendapat yang ade dalam benak fikiran ku...hu hu..huh...
Mula mula aku nak cerita pasal sajarahnya penggunaan dinar emas>>>>>>>>>>>>>>

Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.


Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 9166 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Artikel ini aku ambil daripada sumber yang ade di internet,menurut pe yang aku tahu dan pandangan aku jika dinar emas di perkenalkan dan di gunkan secara meluas ,mungkin masalah ekonomi yang di hadapi mungkin dapat di atasi...aku ni pun bukan pandai bab ekonomi,mate pun lemah hanya sekadar pandangan.so pe kate kita sebagi umat islam cari maklumat pasal dinar emas ni pastu kita sebarkan kat sape2 saje manelah tahu satu hari nanti suara kita di dengari.kalo ekonomi dah mantap...senanglah mahasiswa macam kita cari keja...huhuhu
pandai fikirlah..kita kan dah besar...huhuhu

Thursday, April 9, 2009

muka baru


Asalamualaikum
Selamat bertemu sekali lagi setelah lame menyepi kini aku kembali hehe..ari ni aku nak bebel pasal pe lak ye biar aku pikir dulu pe yang nak aku bebel kan ye.....hehehe
rasenya aku nak bangkit sikit pasal isu semasa lah ,walaupun aku tak berapa arif dalam hal ini tapi aku try kasi pe yang aku tahu.
Buat pengetahuan korang Malaysia dah ada perdana menteri yang baru...bak kate orang melayu patah tumbuh hilang berganti ..siapa agak nya yang menjadi penganti pak lah..hahaha mesti dah tahu...mestilah Dato Najib yang ....jap lagi aku kasi senarai  kabinet yang akan memimpin Malaysia selama lima tahun sehigga pilihan raya sekali lagi ,ini merupakan satu cabaran kepada pemimipin sekarang untuk mengubah tanggapan orang ramai sekarang mengenai kepimpinan barisan kerajaan dan bagaiman caranya mereka hendak menepis serangan daripada kata-kata pedas pembangkang???
Itu hanya diketahui oleh mereka yang terlibat dalam politik ..saya hanya seorang pemerhati dan masih belum layak untuk memberi pandangan dan mengundi lagi lah hehehe

SENARAI PENUH KABINET 2009

PUTRAJAYA: Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:
PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M.Saravanan