Wednesday, June 29, 2011

Israq dan Mikraj

 Malam yang penuh hikmah itu
Malam Sang Penghulu memula langkah
Sang Jibrail menjadi peneman
penghilang kekusutan
Menemui Tuhan sang pencipta Alam

Ditunjukkan baginda pelbagai keadaan
Si Jibrail pelerai segala pertanyaan
Melalui 7 pintu langit, si buraq meluncur
Tak tercapai akal, bagi mereka yang tidak bersyukur

 Disyariatkan solat ketika itu,
5 kali sehari semalam,
pahalanya bak melakukan 50 kali sehari semalam
Lalu bermulalah sebuah pengabdian kekal bagi mereka
Yang hidup dan nafasnya kerana Allah

No comments: