Tuesday, June 7, 2011

Pengharaman Rasuah dan Mahasiswa

Mungkin soalan di atas agak berat ditanya dan susah di jawab (melainkan jawapan tersebut sekadar melepaskan batuk di tangga).Tuah juga merupkan seorang mahasiswa, so dengan senang Tuah akan jawab "Say No To Rasuah!" .Sekarang isu rasuah semakin menjadi-jadi sebagai contoh terpampang di surat khabar harian melaporkan ahli sukan juga ada yang berasuah dengan alasan gaji yang di terima selama ini tidak mencukupi.


Baru-Baru ini Tuah sengaja memberi satu soalan rambang kepada sahabat Tuah dalam laman sosial Facebook.Soalannya berbunyi jika ada menjadi seorang planner...Adakah anda akan menerima duit suapan bagi mempercepatkan satu proses kelulusan. 


Majoriti yang menjawab tidak dan tidak kurang yang berseloroh. Bagi yang menjawab tidak, satu persoalan adakah benar mereka tidak akan menerima sedangkan pekara belum pernah berlaku dalam hidup mereka. Duit yang mereka pakai sekarang adalah datangnya dari kedua-ibubapa mereka. Tapi bila mereka sudah memasuki alam pekerjaan mampukah mereka menolak pujukan duit dalam pada masa yang sama mereka terdesak memerlukan duit?

Pikirkan....dan ketika itu iman dan  nafsu akan bergelut dan syaitan pun akan berbisik dan hanya mereka yang benar-benar kuat sahaja yang mampu menolak semua godaan itu. Semoga semua sahabat Tuah termasuk di dalam golongan yang berjaya menolak Rasuah.


Dalam islam menegaskan hukumnya haram seorang muslim mengambil rasuah. 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) diantara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” – (Al-Baqarah: 188)



Firman Allah yang bermaksud: “Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakansegala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Al-Ma’idah: 42)




Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang
mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum- hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamumenjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.” – (Al-Ma’idah: 44)



Begitulah betapa Allah  menekankan tidak mengambil  rasuah. Maka kita sebagai umat  islam harus ingat akan bahana mengambil rasuah.Pada  zaman sekarang isitilah duit  kopi  sering di gunakan bagi menggantikan nama rasuah, sedangkan dalam  islam jika asalnya tidak boleh ,kekallah ia tidak boleh.



Hukum memberi duit kopi atau disebut sebagai upah dalam keadaan dan situasi seperti di atas adalah haram dan dikira sebagai rasuah.

Ini kerana antara takrif rasuah ialah “Memberikan apa jua bentuk pemberian seperti hadiah dan wang tunai untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan , pertolongan , diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan dan sebagainya dengan jalan yang salah.
Ini kerana , dalam situasi seperti di atas , seseorang pekerja tersebut telah pun mendapat gaji atau upah terhadap pekerjaannya.Maka ia tidak boleh mengambil apa sahaja bentuk upah yang lain selain daripada ganjaran yang sepatutnya , iaitu gaji.

Ini jelas diterangkan oleh Baginda saw dalam sebuah hadisnya yang bermaksud :
“Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan)”
(HR Abu Daud : 2943, Dinilai oleh Albani sebagai SAHIH ; Ma’alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 , Dar Kutub Ilmiah)

Begitu juga dengan sebuah riwayat yang menceritakan bagaimana Rasulullah saw pernah mengutus seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Rawahah ke Khaibar untuk melakukan penilaian dan pembahagian hasil tanaman buah kurma kerana Rasulullah saw telah menetapkan bahawa hasil tanaman kurma tersebut mestilah dibahagi kepada dua bahagian : Setengah daripadanya untuk Kaum yahudi dan setengah lagi diberikan kepada kaum muslimin.
Apabila Abdullah sedang sibuk menjalankan tugasnya , maka datanglah orang-orang yahudi membawakan kepadanya pelbagai hadiah dari barang-barang perhiasan dan sebagainya serta berkata kepada Abdullah :
“Perhiasan ini untuk kamu wahai Abdullah, Maka ringankanlah kami dan berikanlah kepada kami hasil kurma itu lebih dari separuh,” Lalu dijawab oleh Abdullah menjawab, “Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!” Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, “Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!”
[Imam Malik, Al Muwattha':1450].



 Sebagai tambahan  dalil Pengharaman Rasuah

1. Allah SWT berfirman
Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya) (Surah al Maidah : 42)
Al Hassan dan Sa’id bin Jubair RA berkata bahawa “Segala yang haram” yang disebut di dalam ayat ini bermaksud rasuah. ( Wizarah al Auqaf Kuwait, al Mausu’ah al Fiqhiyah al Kuwaitiah, cet ke 2, Maktabah Darul Salasil, 1404-1427 H, bahagian 22, ms 221 )


2. Allah SWT berfirman
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Surah al Baqarah : 188)
Dr Wahbah Zuhaili berkata bahawa maksud “makan harta dengan jalan yang salah” ialah melalui apa cara sekalipun. Antaranya riba, rasuah menipu dalam perniagaan dan sebagainya. ( az Zuhaili, at Tafsir al Munir, Dr Wahbah Zuhaili, cet ke 2, 1418 H, Darul Fikr Damsyik, tafsir Surah al Baqarah ayat 188, bah. 2, ms 164 )

 
3. Hadis Nabi SAW
لَعَنَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ
Rasulullah SAW melaknat orang yang memberi rasuah, dan penerima rasuah
( Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, Muhammad bin Hibban bin Ahmad Abu Hatim at Tamimi, cet Mu’assasah ar Risalah Beirut 1414 H, tahqiq keluarga Arnauth, no. 5076, bah. 11, ms 467 )
 
 
Mengikut penulisan dari Ustaz  Zaharuddin rasuah secara umum di bahagikan kepada ;
 
  • Meminta / Menerima Rasuah. Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta / menerima / bersetuju menerima suapan rasuah (wang / benda / perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal / majikan berkenaan.
  • Menawar / Memberi Rasuah. Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta / menerima / bersetuju menerima suapan rasuah (wang / benda / perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal / majikan berkenaan.
  • Membuat Tuntutan Palsu. Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal / majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan dengan tujuan untuk mengeliru / memperdayakan prinsipal / majikannya.
  • Menyalahguna Jawatan / Kedudukan. Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan agar membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara-maranya atau sekutunya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.
 Jika kita kaji dan meneliti kehidupan harian kita, kita sebenarnya tidak terlepas daripada pekara ini. Lebih-Lebih lagi yang terlibat dalam bidang yang berkaitan dengan politik dan malah keewangan. Yang menjadi pendinding mereka adalah iman dan amal yang mereka simpan selama ini.
 
Maka tepuk dada tanyalah iman! tanyalah di mana letaknya diri kita dan pabila kita menemui tuhan pencipta alam...bagaimanakah kita hendak menjawabnya? Sedangkan hidup kita bergelumang dari rezeki yang tidak halal.! 


No comments: