Friday, September 23, 2011

Pusat Islam Ground Zero DI buka...


Semasa aku melayari internet aku terjumpa dengan keratan akhbar yang menarik perhatian...ni mungkin kesan daripada 11/9 yang menggegarkan dunia. 

Dan ini merupakan satu sebab kita perlu memahami agama islam secara mendalam supaya tidak berlaku tanggapan negetif masyarakat....lebih-lebih lagi yang bukan islam.

Pusat Islam Ground Zero dibuka


SEORANG anggota polis berkawal di hadapan pintu masuk ke Pusat Komuniti Islam Park51 dekat Ground Zero di New York, kelmarin. - REUTERS


NEW YORK 22 Sept. - Sebuah pusat budaya Islam berhampiran bekas tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Ground Zero di sini, dibuka secara senyap-senyap semalam walaupun mendapat tentangan hebat daripada penunjuk perasaan berhubung perkara tersebut pada tahun lepas.
Upacara pembukaan pusat yang diberi nama Park51 itu turut dilengkapi dengan pameran gambar bertajuk NYChildren yang mempamerkan lebih 160 potret kanak-kanak dari golongan pendatang di bandar raya New York.
Park51 terletak dua blok dari bekas tapak WTC pada mulanya menimbulkan kekecohan dan perdebatan hebat mengenai kedudukan Islam dalam kepelbagaian agama di Amerika Syarikat (AS).
Tidak mahu mengalah dengan diskriminasi yang melanda, Park51 berikrar untuk menawarkan perkhidmatan sosial dan rekreasi termasuk kesihatan serta kemudahan pendidikan selain isu-isu agama.
"Park51 kini dibuka untuk semua golongan masyarakat di New York," kata sebuah kumpulan di laman web pusat tersebut.
Tahun lepas, beribu-ribu penduduk New York melancarkan protes membantah pelaksanaan projek tersebut.
Selain itu, projek tersebut turut mendapat tentangan daripada pastor Kristian yang mengancam untuk membakar beratus-ratus kitab suci al-Quran sekiranya ia dilaksanakan. - AFP

Sumber uTusan Malaysia Online...

1 comment:

Saifullah Al-Maslul said...

tuah.. ape cerita skrgg.. lame xbace entry hang.. sibuk buat apa.. nk kawin dah ka? hehe