Malam peralihan tampok kepimpinan JKM Kolej Rahman Putera


Malam semalam Tuah sempat pergi ke satu majlis yang di anjurkan oleh pihak kolej. Majlis yang bertujuan memperkenalkan JKM yang baru di lantik bagi menggantikan tampok kepimpinan yang lama. Turut di raikan JKM lama iaitu 2009/2010 yang telah berjasa. Mereka telah di berikan sijil pengharagaan atas jasa dan sumbangan mereka dalam mengharumkan nama kolej tak kira dalam apa jua acara.

Dalam ucapan aluan oleh pengetua kolej Dr Mohad Anizu, beliau telah menerangkan serba sedikit mengenai kepentingan dalam menyertai JKM itu sendiri malah menerangkan kelebihan yang ada bila menyertainya. Beliau juga sempat memberi khabar-khabar angin yang mengatakan blok peremuan di bawah kolej akan di ambil oleh pihak universiti untuk di jadikan sebagai bagunan baru bagi post graduate. Kesasihan berita itu masih tidak di ketahui.

Tuah rasa JKM merupakan jalan alternatif bagi mahasiswa yang ingin menceburkan diri dalam bidang kepimpinan, mereka dapat mengasah bakat mereka supaya lebih terserlah dan dapat menjadi insan yang berdaya saing. Malah ini merupakan platform yang terbaik bagi melangkah lebih jauh seperti MPP Universiti. Mereka akan di beri peluang menguruskan program dan majlis, supaya mereka tidak kekok bila keluar nanti. Malah barulah mereka akan berpeluang merasa kerenah yang akan di hadapi bagi memastikan program yang mereka mahu laksanakan.


Antara VIP yang hadir

Mantan JKM 2009/2010

JKM  baru JKM 2010/2011

Ayahanda Pengetua KRP Dr Mohad Anizu

Sesi Ikrar JKM baru

Tuah Pengembara
5 Januari 2010

Comments