Tuesday, July 19, 2011

Malam sebelum perjalanan....



Malam itu berkumpulah kami di studio bagi mempersiapkan segala kelengkapan terakhir sebelum memulakan perjalanan ke yongjakarta Indonesia, separuh daripadanya mengukuhkan seni dalam gerak tarian rampai dan bakinya berlatih persembahan Boria dan kesemua ini bakal kami persembahkan dihadapan penuntut di Universiti Yongjakarta Indonesia. Malah ada juga yang menyiapkan Slide pembentangan yang akan di bentang di sana nanti. 

Perjalanan ini yang bermula dari UTM ke LCCT Kuala Lumpur dengan menaiki bas dan kemudian menaiki kapal Terbang Air Asia ke Yongjakarta melibatkan seramai 23 orang termasuk 5 pensyarah pengiring. Program yang di kenali sebagai Global Program Outreach (GOP) adalah salahsatu daripada usaha universiti dalam memberi peluang kepada mahasiswa dalam menimba pengalaman di negara orang, dan menikmati pengalaman berada di negara luar. Walaupun perjalanan ini sekadar pergi ke seberang Malaysia. Tapi pengalaman yang akan di timba oleh para pelajar adalah lebih bermakna.

Bagi memberi gambaran semasa perjalan aku dan sahabat aku selama hampir 9 hari perjalanan, aku akan sentiasa mengupdate perjalanan harian melalui blog ini dan melalui facebook(Jika ada kesempatan masa). Semoga perjalan yang di tempuh akan memberi seribu makna kepada aku dan kawanku.

1 comment:

hinata said...

dh la tinggal aku sorang kt utm....