[Review Buku] - Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor

 

BACALAH DENGAN HATI TERBUKA & BERLAPANG DADA
Rate Buku 5/5 Bintang.
 
Buku by Hamka
Teguran Hamka ini adalah adalah respond kepada kenyataan Mufti Johor pada kenyataan di dalam Akhbar Semenanjong pada 14 Julai 1958 yg dikatakan banyak mengguris hati sebahagian umat islam ditanah melayu dan negara tetangga islam (Turki, Mesir dan Indonesia).
 
Malah buku ini tidak ramai yang tahu akan adanya penulisan yang dihasilkan oleh Hamka.
 
Penulisan ini bukan untuk membedah isi, cuma aku berikan konteks umum dan ringkas apa yang bakal dihidangkan kepada pembaca sekalian.
 
Antara pekara yang diketengahkan dalam buku ini adalah tentang pemikiran dan tatalaku kaum muda yang berbeza dengan kaum tua malah teguran berkenaan mencintai ahli bait turut dinukilkan. Malah Hamka cuba membedah kemelut yang masih berpusing di kalangan masyarakat kita iaitu begitu mudah kafir mengkafir sesama islam atas pekara yang tidak sepatutnya.
 
Paling menarik adalah olahan gaya bahasa Hamka semasa menulis buku ini. Boleh dikatakan bahasanya lunak tapi tajam. Setiap teguran/maklumbalas disediakan fakta. Bukan sekadar omongan kosong. Jujur aku katakan, penulisannya membuat aku ingin mecari karyanya yang lain.
 
So aku cadangkan baca buku ni untuk melihat pemikiran ulama terdahulu. Tak salah untuk membaca bagi mengembangkan pemikiran kita malah Allah telah berpesan didalam alquran iaitu IQRA!

Comments