[Kenali Tokoh] - Ibn Sinna Bapa Perubatan Moden

The Islamic Golden Age - The Prolific Ibn Sina
Ibn Sina

Ringkasan Latar Belakang Ibn Sina

Nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Hasan Ibn Ali Ibn Sina, dikenali sebagai Ibnu Sina atau Avicenna di dunia Barat, merupakan salah seorang pakar sains dari Uzbekistan yang hidup antara tahun 980 hingga 1037 M. 

Pada umur 10 tahun beliau telah berjaya menghafaz Al-quran dan fasih dalam bahasa arab dan sastera klasik. Pada umur 13 tahun beliau telah mula belajar sains perubatan dan menjelang 18 tahun beliau telah dikenali sebagai seorang doktor yang disegani dan namanya sedang meningkat naik dikalangan orang ramai pada dizamannya.

Peristiwa yang menyebabkan namanya semakin terkenal adalah ;

selepas berjaya menyembuhkan penyakit Sultan Bukhara pada waktu itu iaitu Nuh Ibn Mansour yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama). Sebagai ganjarannya sultan memberi kebenaran kepada beliau menggunakan perpustakaan diraja yang membolehkan beliau membaca manuskrip dan buku yang jarang di dapati pada zaman tersebut. Ini membuka peluang kepada beliau untuk mendalami pelbagai ilmu seperti ilmu astronomi, logik dan falasah.

Karya 

Antara karya yang terkenal yang ditulis oleh Ibn Sina

Qanun fi al-Tibb atau ‘The Canon of Medicine’ 

Mula diterbitkan di Rom pada tahun 1593 dan kemudiannya dialihbahasakan ke bahasa Inggeris dengan tajuk Precepts Of Medicine. Ia menjadi buku paling berpengaruh yang ditulis oleh sarjana Islam pada waktu tersebut dan menjadi ensklipedia perubatan utama berkenaan perubatan arab - greek dengan tacapan Ibn Sina sendiri. Tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak kedalam 15 bahasa dan pada abad ke 17 menjadi bahan rujukan asas universiti di Itali dan Prancis dan masih digunakan sehingga abad ke 19. 

Kanun Perubatan merupakan sebuah ensiklopedia yang besar dan menyeluruh dan karangannya mengambil masa yang lama. Ia mengandungi lebih sejuta perkataan dan dibahagikan kepada lima "buku":

  1. Prinsip Am Amalan Perubatan
  2. Rawatan Ringkas
  3. Penyakit Setempat
  4. Penyakit Am
  5. Pengubatan Campuran ("Formulari")[1]
Sumber : [1] Richard Dean Smith. "Avicenna and the Canon of Medicine: A Millennial Tribute" (PDF). Western Journal of Medicine, 133:367-370, Oct 1980. Dicapai pada 17 September 2012.

 Al-Adwiyat al-Qalbiyyah atau "The Remedies of the Heart"

Buku ini mengandungi sajak-sajak perubatan yang menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya.

 ‘Kitab al Shifa’ atau ‘The Book of Healing’ - 

Buku ini adalah hasil daripada ilmu kefalsafahan Ibn Sina yang banyak terpengarih dengan Falasah Yunani dan Muslim teologi berkenaan matematik, fizik, metafizik dan politik.

Akibat daripada pengaruh falsafah tersebut Ibn Sina telah banyak mengeluarkan pandangan yang jangal yang jauh daripada ajaran islam. Malah ada yang mengatakan beliau termasuk dalam golongan Syiah. Bagi membahas isu ini, aku ambil terus daripada laman sesawang  Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Al -Afkar).

AL-AFKAR #108: BENARKAH IBNU SINA SEORANG SYIAH? 

Pandangan Ulama Terhadap Ibnu Sina

Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah merupakan antara ulama yang sangat keras pandangannya terhadap Ibnu Sina. Menurut beliau, Ibnu Sina berpegang kepada aqidah Qaramitah Bathiniyyah yang tidak beriman kepada asas-asas Islam, hari kebangkitan, tidak percaya kepada Allah SWT sebagai Pencipta dan dengan Rasulullah sebagai utusan yang diutuskan oleh Allah. (Rujuk Ighasah al-Lahafan 2/266) Bahkan para ulama Syiah sendiri seperti Qadi Nurullah Mar’asyi melalui dalam karangannya Majalis al-Mu’minin menyatakan bahawa mazhab Ibnu Sina adalah Syiah Ismailiyah. (Rujuk A’yan al-Syi’ah 1/160)

Beliau juga pernah ditanya  berkenaan Ibnu Sina, dan beliau berfatwa bahawa tidak boleh kita menggolongkan beliau sebagai salah seorang daripada ulama’ Islam, tidak boleh seseorang itu membaca buku-bukunya kerana ia hanya akan membawa fitnah dan keraguan terhadap kefahaman agamanya; bahkan beliau adalah seorang syaitan manusia. Tambah beliau lagi, Ibnu Sina merupakan ketua kepada golongan-golongan mulhid. (Rujuk al-Sowa’iq al-Mursalah 3/1105)

Ibnu Hajar al-‘Asqalani pula mewajibkan kita berlepas diri daripada kekufurannya, serta berhati-hati terhadap bida’ah dan kesesatannya. Para ulama pada zamannya dan selepasnya telah menetapkan akan kekufurannya dan kekufuran Al-Farabi. Adapun pandangan yang menyebut bahawa Ibnu Sina telah bertaubat, maka kita mendoakan agar beliau memang sempat bertaubat kepada Allah SWT dan diampuni dosa-dosa beliau. (Rujuk Lisan al-Mizan 2/293)

Al-Imam Hujjah al-Islam al-Ghazzali telah mengarang sebuah kitab khusus dalam menerangkan kesesatan dan kekufuran sebahagian doktrin falsafah yang dibawa oleh ahli falsafah Muslim seperti al-Farabi dan Ibnu Sina. Beliau menyenaraikan 17 aqidah falsafah yang dinilai bidaah, dan 3 aqidah yang membawa kepada kekufuran, iaitu:

  • Kepercayaan bahawa Allah SWT hanya mengetahui perkara-perkara kulliyyat (universal), dan tidak mengetahui perkara-perkara juz’iyyat.
  • Kepercayaan bahawa alam ini bersifat qadim, dan telah wujud sejak azali, bercanggah dengan aqidah Islam yang menetapkan bahawa alam ini bersifat hadith (baharu).
  • Kepercayaan bahawa manusia akan dibangkitkan pada Hari Kebangkitan dalam bentuk roh sahaja tanpa fizikal jasmani. (Rujuk Tahafut al-Falasifah 1/307-308)

Manakala al-Imam al-Zahabi mencatatkan bahawa bapa Ibnu Sina adalah seorang penulis mazhab Syi’ah Isma’iliyyah, banyak mengarang ilmu perubatan, falsafah dan mantiq. Namu, beliau turut menukilkan pandangan Ibn Khallikan bahawa Ibnu Sina telah bertaubat daripada kesalahan-kesalahannya, bersedeqah kepada faqir miskin, memberikan hak-hak orang yang dizalimi, membebaskan hamba-hambanya, mengkhatamkan al-Qur’an setiap tiga hari, dan meninggal dunia pada hari Jumaat pada bulan Ramadhan. Diriwayatkan bahawa beliau pernah bermadah:

“Sebaik-baik pergerakan ialah solat, sebaik-baik diam ialah puasa, kebaikan paling bermanfaat ialah sedekah, sesuci-suci hati ialah yang bersangka baik, perbuatan yang paling bathil ialah riyaa’, dan kamu tidak akan sesekali menyucikan jiwa kamu selagimana kamu menyibukkan diri dengan perdebatan, sebaik-baik amal ialah yang bersumber daripada niat yang ikhlas, dan niat yang terbaik ialah yang datang dengan ilmu.” )Rujuk Siyar A'lam Al-Nubala' 17/531-535)

Al-Imam Al-Syahrastani pula- seorang pakar dalam bidang aqidah dan pemikiran- mengiktiraf Ibnu Sina sebagai ahli falsafah mazhab Aristotelian yang terbaik, paling mendalam dari sudut metodologi dan teori. (Rujuk Al-Milal wa al-Nihal 2/157)

Al-Imam Ibnu Kathir pula mengiktiraf beliau sebagai seorang yang mahir dalam bidang perubatan pada zamannya. Mempelajari dan menguasai pengajian al-Qur’an sewaktu berumur sepuluh tahun, kemudian mempelajari dan menguasai ilmu matematik, algebra, idea-idea Euclides dan Ptolemy. Masyarakat pada zaman beliau mengiktiraf keilmuan dan belajar daripada beliau sewaktu berumur 16 tahun.

Kemudiannya beliau menguasai pula ilmu metafizik (ilahiyyat / ilmu ketuhanan) dan fizik.

 Kesimpulannya

1. Ketokohan dan sumbangan Ibn Sina dalam bidang kedoktoran & falsafah berserta ilmu sains tidak dapat disangkal oleh mana2 pihak.

2. Apa sahaja kelemahan beliau dalam kehidupannya tidak dapat memadamkan sumbangan yang besar dalam islam.

3. Kita berlepas diri daripada segala falsafah ketuhanan yang jauh dari ajaran islam. Namun kita bersangka baik yang beliau telah bertaubat kerana kita tidak tahu pengakhiran sebenar beliau. Kita memohon agar Allah mengampuni segala dosanya.

4. Umat islam perlu menguasai ilmu agama dan sains agar Islam itu dipandang tinggi bukan sekadar membawa mesej ukhrawi tetapi lebih luas iaitu mencakupi duniawi. 

Sekian.

Comments