Semua adalah pinjaman!

Sedang isteriku melihat facebook, die ada terbaca mengenai seorang bayi kecil meninggal dunia di tempat asuhan kanak-kanak. 

"Macam manalah mak die, boleh terima ke anak dia da takda?" Aku diam dan melihat anakku. 

Benakku mencari jawapan untuk membalas kepada isteriku kerana pekara ini penting untuk difahamkan. Lantas aku mengatakan "Anak itu satu pinjaman daripada Allah, bahkan semua benda yang ada ini adalah milik Allah".  Isteriku menganguk tanda faham.dan meneruskan  membaca Facebook. 

Teringat aku pada satu artikel yang aku baca. Kita jarang melihat dan meneliti sejauh mana iman kita. Orang beriman wajib menyakini bahawa di sebalik setiap aturan Allah dalam kehidupan ini adalah hikmahnya. Ini adalah selari dengan maksud Ayat Al-Quran:


"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi serta apa-apa yang ada di antara keduanya dengan sia-sia. Kami tidak menciptakan kedua-duanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (Surah Al-Dukhan Ayat 38-39).

Maka untuk melihat setakat mana iman kita, Allah berikan ujian. Ujian itu datang dengan pelbagai cara. Allah berikan kita kemiskinan untuk meilhat kita sejauh mana kita bersabar dan Allah berikan kit kekayaan untuk melihat kita sejauhmana kita gunakan harta itu digunakan di jalan Allah.

Hakikat Qada' dan Qadar
Dalam menempuhi kehidupan seharian pasti ada kejadian yang mungkin akan menggangu jiwa dan raga kita dan akan menyebabkan kita berasa lemah dan kecewa. Mari kita ambil pengajaran daripada ayat Al-Quran:

 "Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai yang diusahakan. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang di usahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakan....."(Surah Al-Baqarah Ayat 286)
 "
Ini menandakan bahawa betapa Allah sayangkan mahluknya. Setiap dugaan yang diberikan adalah mengikut apa yang mampu di terima oleh mahluknya. Tapi bagaimana pula mereka yang bunuh diri?.Adakah kerana kejamnya tuhan?.Tidak  sama sekali tidak. Kebanyakan daripada mereka yang terlibat adalah mereka yang kurangnya pengetahuan agama dan melihat dunia pada prespektif yang sempit. Malah mereka mendapat balasan azab dari Allah S.W.T. Ini digambarkan dalam hadis nabi yang berbunyi;

Dari Tsabit bin adl-Dlohak radliyallahu anhu dari Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Dan barangsiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu maka ia akan diadzab dengannya di dalam neraka Jahannam”. [HR al-Bukhoriy: 1363, 6047, 6105, 6652, Muslim: 110, at-Turmudziy: 2636. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Shahih]


Semoga kita dijauhkan daripada bersifat dan bersikap sedemikian. Insyallah.

Setiap Qada' dan Qadar perlu di terima tetapi untuk menerimanya adalah perlu bagi seseorang mendidik hati itu kearah tersebut. Kata-kata kosong tanpa mendidik hati adalah tidak berguna kerana setiap perbuatan adalah cerminan kepada dalaman diri tersebut iaitu hati. Sekiranya hati itu bersih maka terserlah sikap yang terbaik dalam diri.

Berdoalah semoga Allah memberikan hati yang reda dan tabah menghadapi Qada' dan Qadar Allah. Sentiasa mewujudkan bersangka baik terhadap Allah, kerana janji Allah itu pasti!. Marilah kita bersama-sama melihat dan meneliti siapa diri kita.


Comments