Asalamualaikum pembaca sekalian,
Sekali lagi bersiaran, memang kali ini target untuk menulis setiap hari, bukan apa sekadar untuk melatih diri ini mengarang, setelah lama tidak menulis. Sejak berkeluarga ni, memang jarang sekali untuk aku menulis. Kebajetan masa adalah salah satu faktornya, so sekarang dengan iltizam dan keyakinan aku cuba untuk menulis kembali. Maafkan aku sekiranya lengok bahasa masih kaku. Terasa juga kekangan idea bila nak menulis ini.
Oklah, terus ke topik utama
Aku nak cerita suatu karya dari salah seorang penulis thriller no1 di Malaysia, dengan izinNya, maka terhasilah karya seperti siri Tombiruo dan Siri Laksamana Sunan. Siapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid. Seorang karyawan yang bagi aku terletak pada tahap yang tersendiri. Namanya takperlu diperkenalkan, sebut sahaja dan kebanyakkan daripada anda semua tahu siapa beliau. Salah satu novelnya Tombiruo (Buku Siri Pertama) telah diadaptasikan ke layar perak (dan aku sempat tengok.... 4/5 bintang aku kasi beb..berbaloi duit aku kuarkan g panggungwayang....haha..lagipun aku memang payah nak tengok wayang cerita melayu,,kerana selalu kecewa dengan plot cerita)
P/S - Satu bintang hilang disebabkan aku tak puas nak tengok lagi.Ha2
Malah buku pertama yang aku baca adalah Tombirou: Semangat hutan sejak itu sehabis baik aku mengikuti penulisan beliau. Bila ada ura-ura filem hendak dilakukan, aku memang excited. Dipendekkan cerita sejak aku berkahwin, memang tak sempat nak baca buku baru beliau dari tahun 2018 sehinggalah kini..semalam bila aku ternampak dalam playbook google aku novel terbaru dia, so terus cari berapa banyak aku terlepas baca; so inilah hasilnya.
P/s - Tiap tahun pasti ade novel baru. Style penulis luar negara ada ja novel dikeluarkan. (Seperti Watak Jack Reacher oleh Lee Child)
1. Legasi Tombiruo (2017)
Comments