Tuesday, September 18, 2012

MAHASISWA BIADAP DAN CINTANYA PADA NEGARA

Salam satu malaysia!



Dalam entry terdahulu, saya ada menyebutkan bahawa terdapat beberapa senario yang berlaku sekiranya mahasiwa terlibat dalam dunia politik. Kali ini pula saya ingin memberi sedikit pandangan peribadi mengenai mahsiswa dengan sikap biadapnya.

Baru-baru ini kecoh di media massa, bahawa terdapat mahasiswa yang berkelakuan yang tidak sepatutnya dengan memijak-mijak gambar perdana menteri kita. Ini menampakkan pemikiran mahsiswa senang untuk diperalatkan dan mudah melakukan sesuatu yang bukan norma kehidupan mereka. Memang tidak dinafikan mereka sayangkan negara kita, tapi adakah itu cara menunjukkan cinta akan negara.?? Kalaulah benar mereka itu semangatnya kental, gunalah jalan yang lebih bermaruah. Ciptalah rekod dimana pencapaian mereka boleh dibanggakan. Sebagai contoh penerjun kita Pedelela Rinong telah membanggakan kita dengan pencapaian pingat gansa di Olimpik London 2012 baru-baru ini. Barulah dikatakan itulah tanda kita sayangkan negara, bukannya kita berkelakuan dengan memijak-mijak gambar pemimpin. Jika mereka memijak-mijak bendera Israel ataupun lambang Israel, tidak mengapa kerana, memang kita sudah tahu sejak azali, bahawa Israel itu patut dikeji atas perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan keatas penduduk Palestin.

Mahsiswa sepatutnya berfikiran lebih matang, dan sekiranya mereka ingin menunjukkan cinta mereka pada negara mereka boleh terlibat dengan menganjurkan aktiviti bersifat kenegaraan yang menarik lebih banyak mahsiswa lain untuk turut serta, barulah ini dikatakan sebagai mahasiswa tunjang negara dan bakal menggantikan pemimpin kita sekarang pada masa hadapan.

 Mungkin semasa membaca ini, terdapat pembaca yang berfikiran skeptic di mana budak ini pro kerajaan dan tidak bersetuju dengan pendapat ini. Mereka boleh memberi reaksi sedemikian kerana mereka ada hak. Biarlah saya dengan pendapat saya kerana aku percaya akan keamanan yang telah dikecapi dan berterima kasih kepada pemimpin sekarang dan terdahulu dalam membentuk sebuah negara bangsa Malaysia yang utuh. Terima Kasih Malaysia!!!

Di sini saya tegaskan mahasiswa punya cara pemikiran tersendiri dan tidak seharusnya di peralatkan demi kepentingan politik mahupun keuntungan orang lain. Mahasiswa harus punya pendirian, cinta terhadap negara perlulah sentiasa mekar dihati mahasiswa. Jangan sampai bila satu hari nanti negara kita diserang kita yang lari meninggalkan negara. Biarlah kita mati secara terhormat demi menyelamatkan negara dari mati dihina menjual negara.


No comments: