"Duit Boleh Beli Segalanya"

Aku sangat tertarik dengan statement ini.....ada my bestfriend cakap macam ni...tapi dengan bangganya aku tak sokong 100%.....haha


Tapi aku raser ramai yang sokong...(hurm.......)


Ada sebab aku mengatakan sedemikian.....but before that ni ayat yang  aku jumpa dalam blog orang lain....


Dengan duit anda boleh beli sebuah rumah tapi bukan tempat berteduh/berlindung.
Dengan duit anda boleh beli sebuah jam tetapi bukan masa.
Dengan duit anda boleh beli katil yang selesa tetapi bukan tidur.
Dengan duit anda boleh membeli buku tetapi bukan ilmu.
Dengan duit anda boleh beli kedudukan tetapi bukan kehormatan.
Dengan duit anda boleh beli darah tetapi bukan nyawa.
Dengan duit anda boleh beli seks tetapi bukan cinta.

Dan ini ada tambahan ....

“Dengan duit kita boleh membeli tilam, namun kita tidak dapat membeli tidur yang lena" 
“Dengan wang anda boleh membeli sebuah rumah tetapi bukan kediaman” 


“Dengan wang anda boleh membeli buku, tetapi bukannya pengetahuan.” 
“Dengan wang anda boleh berjumpa doktor, tetapi bukannya kesihatan yang baik.” 


"Wang tidak boleh beli cinta untuk ku”, the Beatles.” 
“Wang adalah punca kepada semua kejahatan.” 


“Bila wang dipinjamkan, musuh telah dicipta”, pepatah Portugis. 
“Hina besi kerana karat hina manusia kerana miskin (tiada berwang)” 
"Wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang."

Sebenarnya persoalan ini merupakan satu pekara yang subjektif....semua orang ada pendapat yang tersendiri....yang penting ideologi yang kita bawa tu sendiri...

"Bagi aku duit itu sebagai mangkin bukan segalanya....duit bagi aku memberikan kesenangan bukan kebahagiaan....."

" Bagi aku duit bukan boleh membeli cinta, tetapi sekadar jalan untuk mendapatkan cinta"

"Sekiranya kita letakan duit di dalam hati...pasti duit yang memandu kita..."

*******************************

Setiap orang ada pandangan orang tersendiri...so kita dengar ...dan yang paling penting jangan kita lukakan hati orang itu dengan kata-kata yang tajam...pada akhirnya.....

Comments

hinata said…
kalu orang tu leh terima pendapat orang xkan lah akan ada post mcm ni....mcm ne en.tuah..heheheh...emang duit xleh nk beli sume benda atas muka bumi tp kita perlukan duit, kn.....kalu xda duit agak2...dpt x kite nk beli tilam y best spy kite leh tdo ngn nyenyak...kalu kite xda duit leh x kite beli jam supaya kita tau masa y berlalu (so pandai-pandai la kejar masa tu...hehehe...kalu leh kejar la...)...kalu xda duit...(part paling best u remaja sekarang)...kalu xda duit mcm ne nk beli kredit u msj n cll awek...kang awek lari lak kang....hahahaha....jgn mrh...aku gurau je la...
Persoalan yang post tu.....nak menyatakan pendirian yer cik hinata hek hek....

haha itu tak di nafikan ....sebenarnya nyer kan duit hanya leh beli benda fizikal....boleh tak beli yang rohani? yang tak dapat di pegang oleh tangan??hurm...." duit adalah mangkin" bukan "segalanyer" haha....so sebenarnya terpulang pada empunya diri....

Yang penting jangan kita sesat dalam dalam timbunan duit yang banyak suda....
Anonymous said…
kita perlukan duit ??
duit adalah segalanya ??
takde duit tak boleh hidup ??

sebenarnya kita ditipu hidup2 oleh golongan kapitalis

mereka tak suka tengok kita maju lebih maju dari mereka...sebaliknya mereka menanamkan mentaliti 'duit adalah segalanya'...tahap kemajuan dinilai dengan duit.....

hakikatnya.... mana ada tamadun gemilang diangkat sebab duit ? adalah tamadun rom, yunani, mesir, umaiyah, abassiyah, uthmaniyah diangkat sbb mereka ada millionaire dan bilionaire ??

mereka yang menganggap 'duit adalah segalanya' adalah mereka yang berminda funfair.

bayangkan sebuah funfair.... yang mana jika kita nak menggunakan segala servis dan produk di funfair tersebut kena pakai tiket atau kupon......kapitalis menerapkan segalanya mesti pakai kupon.... lalu rakyat2 berminda funfair ini seumur hidup hanya berteraskan kupon/tiket semata2...

gembira lah golongan kapitalis melihat funfair mereka bukan sahaja laris dan maju.. bahkan rakyat berminda funfair ini takkan lebih maju dari mereka....

kenapa kita mesti tutup minda kita dengan duit ??

kenapa mesti mindset... takde duit... tak boleh beli tilam.... tak boleh tidur nyenyak ???
takde duit.... tak boleh beli kredit.... tak boleh msg awek ??

tahukah anda.... adik beradik wright bukanlah kaya raya... mereka mungkin tak mampu nak beli tiket kapal terbang.......tetapi mereka mencipta kapal terbang :-)

saya tak tahu lah graham bell tu kaya ke tak.... tapi dia berjaya mencipta telefon

jika rakyat berminda fun fair merengek2 harga kereta.... henry ford selamba cipta kereta

betul.... graham bell, wright, ford... berada di zaman harga barang murah2.....tapi seharusnya generasi terkini lebih bijak mencipta daripada generasi lama...

tapi kalau dah berminda funfair..... mmg tak kemana la
Anonymous said…
Duit boleh beli makanan yang sedap, tapi tak boleh beli rasa kenyang
Duit boleh beli hiburan yang mengasyikkan, tapi tak boleh beli rasa tenang
Duit boleh beli tilam yang empuk, tapi tak boleh beli tidur yang nyenyak
Duit boleh beli doktor pakar terbaik di dunia, tapi tak boleh beli nyawa
Duit boleh beli air yang sedap, tapi tak boleh beli dahaga
Duit boleh beli 1000 pengikut,tapi tak boleh beli taat setia
Duit boleh beli pengurus syarikat terbaik, tapi tak boleh beli sifat amanah