OPOCOT!!!.......Pemimpin Melatah???


Gelagat Pemimpin yang cepat Melatah

Sejak aku bercuti pada pertengahan semester ini, banyak jugak isu yang berlaku kat luar sana, dan aku paling tertarik dengan isu politik. Aku ni sebenarnya bukannya seorang yang boleh di katakan minat pada dunia politik sebab keranan dalam hati ni masih kukuh ada prinsip “Politik is dirty”, Mungkin ada yang tak suka bila membaca coretan kerana aku nyokong pihak yang berkenaan tapi aku rasa apa yang aku nak tulis ni merupakan apa yang di fikirkan oleh kebanyakan orang yang tidak tahu politik tetapi mengetahui mengenai “kepimpinan”.Aku ni tak lah  nyokong mana-mana pihak tetapi apa yang membuat aku sangat tertarik dengan dunia politik dengan sikap “MELATAH” sestengah ahli politik.

Pada mulanya aku malas nak campur ataupun memberi sebarang komen, tetapi apabila aku terbaca sesetengah status yang agak berat sebelah(memihak pada satu sahaja) aku rasa macm tak puas hati lak. Bukan apa aku rasa tidak adil bagi kita bagi pandangan jika tidak berdasarkan fakta yang yakin dan boleh di percayai. Sebenarnya jika kita tengok kebanyakkan isu yang ada sekarang memerlukan penyelidikan dan tidak boleh menuduh sebarangan tanpa bukti. Kalo tidak boleh di klasifiksikan sebagai fitnah. Sesugguhnya fitnah itu sangat bahaya. Bagi tuah ini sebahagian isu yang harus di kaji dan di bentangkan betul-betul supaya rakyat tidak pening kepala atau membuat keputusan yang melulu

  1.       Penggunaan slogan 1 Malaysia yang di katakan di tiru daripada 1 Yahudi.
  2.       Pembabitan Kerajaan terhadap APCO.
  3.       Kenaikan harga minyak dan harga barang runcit di pasaran. 
  4.    Ketuanan Melayu 
  • mungkin certain isu ini telah  di bincangkan o so cari lah di mana-mana sumber yang di yakini.
Berbalik pada maksud Tuah sikap melatah tu macam tidak mengawal keadaan dan akhirnya kacau bilau dan menampakaan kelemahan pemimpin itu sendiri. Tuah ni bukan lah pandai sangat bab pimpim-pimpin ni, tapi tuah ni sebagai RAKYAT kadang-kadang jelik dan pelik tengok pemimpin senang untuk cepat marah bila di ajukan soalan ataupun masalah. Macam rakyat biasa pulak. Kalo gitu sama jerlah mentaliti rakyat dengan pemimpin, sama je.kalo begini lah keadaanya jangan haraplah Malaysia nak maju. 

Sebenarnya bagi pandangan Tuah isu itu semua boleh di selesaikan jika PEMIMPIN itu pandai berbincang tapi akhir-akhir ni aku tengok PEMIMPIN banyak berkelakuan seperti BUDAK-BUDAK . Bagi aku tiada langsung sifat matang dalam penghujahan mereka, baru-baru ni dalam dewan rakyat aku tengok, PEMIMPIN berteriak sambil bawak sepanduk, kelakuan yang agak kebudak-budakan. Apa gunanya ada dewan rakyat kalau tidak boleh di bawak berbincang. Kalo semua pihak mengetepikan agenda Parti takkan adanya sifat BUDAK-BUDAK dalam dewan. Dewan tu ada bagi membincangkan Masalah rakyat dan menyelesaikan masalah yang timbul. Bukannnya gelanggang nak tunjuk kuasa. Agaknya mereka lupa yang mereka di pilih oleh Rakyat dan jika kalau rakyat tak nak..jawabnya duduk kat rumah jerlah...semua....dan yang paling penting duit yang mereka dapat tu yang beribu-ribu(tuah raserlah tak tahulah elaun diorang tu dapat berapa..paling tidak nya 4 angka)datangnya dari duit rakyat. Nanti kat akhirat kalo di tanya pasal tu...mcm mana pemimpin tu nak jawab.

Tuah harap  pemimpin akan berfikiran lebih matang dan berkelakuan yang sepatutnya, dan jangan jadi bahan lawak kat depan TV ( bagi tuah mcm pelawak yang kat TV tu ). Tuah harap masalah rakyat di bawak lebih penting. Baik bertekak menyelesaikan masalah rakyat daripada bertekak demi kepentingan parti dan diri sendiri. 

P/s : Penulisan ini sekadar pandangan. Luahan rasa seorang rakyat dan seorang Mahasiswa.

Comments