Malaysia 3 –Indonesia 0



Kali ni Tuah nak cerita pasal bola. Tuah ni bukanlah peminat bola sejati macam kawan-kawan tuah yang lain, tapi situasi kali ni berbeza sedikit, sebab Malaysia lwn Indonesia untuk merebut piala suzuki yang di idam-idamkan oleh semua pasukan di Malaysia. Malam ni malaysia berpesta gol dengan 3 jaringan dalam separuh masa kedua.

Tuah mengucapkan taniah kepada pemain negara, kerana bermain bersungguh-sungguh. Tetapi dalam menyambut keriangan kemengan, terdapat insiden yang mencacatkan keindahan permainan ini. Mana taknya penjaga gok Indonesia di suluh cahaya leser sehinggakan memaksa mereka memberhentikan perlawanan sekejap. Hurm bagi pandangan Tuah, tak bestlah kalo berlaku camni, takder semangat kesukanan langsung, mana aci main gitu, walaupun kita bermain demi kemenangan tapi kita mahu kemengan itu secara sah bukannya kotor. Tuah paham perasaan penyokong Malaysia yang iginkan pasukan kesayangan mereka menjuari perlawana ini, tapi itulah  jangan kita malukan negara di sebabkan insiden kecil ini.

Tapi apa pun, Tuah rasa yang paling mencabar adalah dalam perlawanan kedua nanti, haa...mana takya bermain di padang lawan pula...mari kita berdoa semoga skuad Harimau kita berjaya insyallah.  Maka jumpa kita di sana!
Laungkan MALAYSIA BOLEH! X3

Tuah Pengembara
26 Disembar 2010
20 Muharam 1432H

Comments