Patut baca

Hari ini aku nak promosi buku....

Beriman Kepada Hari Akhirat


Pengarang : Abdul Hadi Awang
Penerbit : PTS Islamika
Harga : RM 22.00
ISBN : 978-983-192-186-9


Sinopsis
"Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang, tidak ada syak padanya, dan sesungguhnya Allah menghidupkan semula orang yang di dalam kubur.” (Surah al-Hajj, ayat 7).
Beriman kepada hari Akhirat dan segala perkara yang berlaku dalamnya seperti manusia dibangkitkan semula, adanya perbicaraan dan sebagainya adalah sebahagian daripada rukun iman. Ia wajib diyakini dengan sepenuh hati walaupun tidak diketahui bila ia berlaku. Keyakinan ini bersepadu antara akhlak, perundangan dan sistem hidup. Kesemua elemen ini terangkum dalam maksud Islam yang menjadi nikmat yang disempurnakan kepada manusia.
Buku ini mengupas secara terperinci mengenai hari Akhirat dan segala peristiwa berkaitan yang berlaku sebelum kedatangannya. Setiap peristiwa diperincikan dengan mudah dan disertakan dalil daripada al-Quran serta hadis yang autentik. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah:
Tanda-tanda kecil dan besar hari Akhirat

Soalan-soalan mencabar di dalam kubur

Mahkamah Padang Mahsyar

Persinggahan sebelum ke syurga ataupun neraka


Isi Kandungan

Daripada Pengarang
Bahagian 1
Percaya kepada Kewujudan Hari Akhirat
Hari Akhirat dan Hidup Manusia
Mati
Tanda Mati dengan Baik
Ujian Kubur
Soalan Kubur
Jin Juga Mengalami Fitnah Kubur
Dosa dan Azab Kubur
Para Nabi di Alam Barzakh
Orang Mati Syahid di Alam Barzakh
Hubungan Roh Si Mati di dalam Kuburnya
Pertemuan antara Roh
Kedudukan Roh
Ingat Mati

Bahagian 2
Tanda Kiamat
Tanda Kecil Kiamat

Bahagian 3
Kemunculan Imam Mahdi
Kemunculan Dajjal
Nabi Isa Turun
Keluar Yakjuj dan Makjuj
Matahari Terbit Dari Arah Barat
Binatang Keluar dari Perut Bumi
Keluar Asap
Angin Bertiup Lembut
Keluar Api
Masa Semakin Singkat
Berlaku Tiga Gerhana

Bahagian 4
Tiupan Sangkakala
Mahsyar
Keistimewaan Nabi Muhammad di Mahsyar
Perhitungan
Neraca Penimbang Amal
Titian Sirat
Telaga Kauthar
Syafaat


Hijab Sang Pencinta



Harga: RM19.90
Penulis: Ramlee Awang Mursyid
Halaman: 520
ISBN: 978-983-124-385-5


Sinopsis:

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...


kali ni dua buku dulu yanga ku nak sampaikan
trylah baca......
masyuk tu ....
percayalah kataku ini.....


















Comments

Anonymous said…
salam..abg nak pinjam buku karangan tuan guru haji hadi tue..boleh..