Perancangan, orang awam dan ahli politik

Sudah diketahui umum dalam sesuatu pembangunan memerlukan perancangan rapi bagi membolehkan sesebuah negara mahupun tamdun bergerak kearah yang lebih maju. Suasana alaf baru yang mencabar, politik menjadi agenda penting, kerana tanpa mereka sesuatu pembangunan tidak akan berjalan. Dalam kertas kerja oleh Chong Chee Kit (1999) dia mengatakan bahawa aktiviti perancangan pada asasnya adalah aktiviti politik (J.M.Simmie 1974).


Peranan orang awam didalam perancangan merupakan suatu yang penting dimana dalam Seksyen 9 Bahagian III, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) menyatakan bahawa 

"(1) Apabila menyediakan rancangan struktur pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengambil langkah-langkah yang pada pendapatnya akan mempastikan 
(a) bahawa seranta adalah diberi…perkara-perkara yang dicadangkannya untuk dimasukan dalam rancangan itu, dan 
(b) bahawa orang-orang yang dijangka mungkin ingin mendapat peluang untuk membuat rayuan kepada pihak berkuasa perancangan tempatan itu berkenaan dengan perkara-perkara itu adalah diberi faham bahawa mereka adalah berhak mendapat, dan adalah diberi peluang untuk berbuat demikian; dan pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menimbangkan tiap-tiap rayuan yang dibuat kepadanya dalam tempoh yang ditetapkan."

Melalui akta 172 penyediaan RTD dan RSN memerlukan penyertaan awam dimana tiap pendapat yang dikemukan diambil kira dalam pembuatan kedua-dua perancangan. Tetapi jika dilihat dari Jadual 1 peratusan yang terlibat adalah terlalu kecil. Jadual yang di tunjukkan merupakan situasi yang berlaku pada awal akhir 90an dan ini tidak semestinya melambangkan apa yang berlaku pada masa sekarang. Pekara utama yang ingin dibawa adalah penyertaan orang awam dalam sesuatu perancangan adalah masih kecil.




Jadual 1: Peratusan Peserta di Pameran Laporan Pemeriksaan daripada Jumlah Penduduk di Kawasan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan


Pihak berkuasa perancang tempatan kawasan

Tempoh Pameran (minggu)

Jumlah Penduduk ppt/kawasan

Bilangan peserta pameran

Peratusan peserta daripada jumlah penduduk ppt/kawasan (%)

Majlis Perbandaran Kota Bharu1

4

197,720*

4,159

2.1

Majlis Perbandaran Ipoh2

4

373,325*

11,991

3.2

Majlis Perbandaran Kelang3

4

316,500**

14,000

4.4

Majlis Perbandaran Johor Bahru4

6

450,772*

10,400

2.3

Majlis Perbandaran Pulau Pinang5

4

523,600**

4,620

0.9
* Jumlah Penduduk pada tahun 1984
** Jumlah penduduk pada tahun 1985
(Sumber Jadual:chong Chee Kit, 1999)


Pengaruh politik dalam perancangan 

Sama ada kita suka atau tidak, perancangan tidak boleh dipisahkan daripada pengaruh politik kerana perancangan pada asasnya adalah aktiviti politik. Perbezaan antara ahli politik dengan perancang bandar ialah ahli politik adalah diundi oleh rakyat manakala perancang bandar adalah dilantik. Tempoh perkhidmatan perancang bandar adalah lebih panjang, oleh itu perancang bandar harus berfikiran jauh berbanding dengan tempoh perkhidmatan ahli politik bergantung kepada kejayaan beliau diundi semula, tetapi kita tidak boleh menafikan terdapat sesetengah ahli politik yang mempunyai misi dan berfikiran jauh. Sememangnya peranan politik dalam perancangan adalah lebih ketara. Ahli politik misalnya ahli parlimen (komponen perundangan) perlu menetapkan polisi, menggubal undang-undang, ordinan, belanjawan, peraturan yang mempunyai kesan lebih kepada rakyat. Komponen eksekutif seperti pihak berkuasa tempatan pula bertanggungjawab mencadang polisi, melaksanakan polisi melalui pelan, program, projek manakala komponen kehakiman pula menguruskan konflik berkaitan undang-undang.

Dalam perancangan pembangunan, model dominan eksekutif (executive dominance model) adalah penjelasan baik untuk menerangkan peranan politk dalam perancangan. Perancang bandar melapor terus kepada ketua eksekutif (contoh Yang Dipertua Majlis tempatan) dan sekali-kala melapor kepada ketua perancang. Ketua eksekutif yang memainkan peranan yang kritikal. Beliau berperanan mempertimbangkan cadangan dan nasihat daripada perancang bandar, dan membuat keputusan pembangunan. Dalam model dominan eksekutif memerlukan ketua eksekutif memikul tanggungjawab untuk keputusan perancangan dan dalam hal ini perancang bandar hanya berada di belakang.

Walaupun ketua eksekutif memainkan peranan dalam keputusan perancangan, sering kali ahli politik komponen perundangan mencampur tangan dalam proses ini, terutamanya bagi negara yang mempunyai pengasingan kuasa yang tidak jelas, seperti Malaysia. Ahli politik komponen perundangan adalah diundi oleh rakyat, manakala ketua eksekutif adalah dilantik oleh kerajaan yang terdiri daripada ahli politik perundangan. Oleh itu ketua eksekutif harus mempunyai unsur taat setia kepada kerajaan. Sering kali badan perundangan mesti meluluskan cadangan daripada kebenaran merancang yang berkaitan dengan pengezonan dan kawalan gunatanah, projek kapital, fungsi dan komprehensif pelan. Dengan kata lain kerajaan mempunyai kuasa (political manouvering) mempengaruhi proses perancangan sebelum tindakan sampai kepada ketua eksekutif. Jika ketua eksekutif bukan seorang pemimpin yang kuat dan berkeupayaan, maka beliau hanya berfungsi sebagai boneka kerajaan.


Perubahan dalam perancangan

Perancangan harus berubah kepada sesuatu yang dapat menghubungkan kerjasama antara perancang bandar dengan swasta. Perubahan ini memerlukan kerjasama dan sokongan daripada kerajaan. Perubahan berikut dicadangkan oleh Catanese A.J. (1984) :

     1.Jangan mengambil masa terlalu lama

Proses perancangan dikatakan mengambil masa terlalu lama sehingga melambatkan proses pembangunan. Perancangan bandar harus dijalankan dengan cepat dengan menggunakan teknologi baru seperti teknologi maklumat, rekabentuk bantuan komputer dan Sistem Maklumat Geografi (GIS).

  1. Jangan terlalu kabur

  2. Perancangan dikatakan terlalu kabur dan tidak mengambil kira keadaan sebenar ataupun sudah ketinggalam zaman. Perancangan yang tidak jelas dianggap oleh pemaju dan ahli politik sebagai tidak bererti. Pelan perancangan harus sentiasa disemak, diperbaharui, dan sesuai dengan konteks semasa. Pelan yang kabur akan disalah guna oleh ahli politik dan pemaju. Pelan harus dibuat dalam bentuk yang dapat difahami oleh orang awam (layman).

  3. Jangan cuba mengurus kerja yang lebih

  4. Adalah menjadi asas perancangan komprehensif mengkaji masalah khusus dan diintegrasikan dalam pelan komprehensif. Walau bagaimanapun, adalah tidak mungkin perancang bandar mengendalikan terlalu banyak masalah. Perancang bandar tidak mungkin dapat menyelesaikan semua masalah berkaitan dengan sosial, ekonomi, fizikal dan alam sekitar. Oleh itu, perancangan yang berjaya adalah mengendalikan masalah yang paling kritikal dan penyelesaian masalah dibuat secara berperingkat mengikut kepentingan. Aaron B. Wildavsky pernah berkata bahawa "If planning is everything, Maybe It’s Nothing".

  5. Jangan memberi banyak janji

  6. Masalah yang timbul ialah perancangan memberi janji yang banyak sehinggakan tidak dapat menunaikan janji, tidak dapat melakukan apa yang diharap oleh orang awam. Pada hakikatnya perancangan tidak dapat menyelesaikan semua masalah sosial. Perancangan hanya mampu membantu terhadap sebahagian masalah dalam masyarakat dan menigkatkan kualiti alam sekitar dengan hubungan erat bersama tindakan politik dan pemaju swasta. Perancangan tidak menjanjikan keadilan sosial dan menjaga keseimbangan. Perancangan dapat mendidik dan menganalisis masalah yang berkaitan dengan matlamat masyarakat.

  7. Jangan hanya mempersembahkan satu alternatif

  8. Perancangan yang baik dapat memberi alternatif penyelesaian kepada masalah diikuti dengan penilaian alternatif dan cadangan. Apabila perancang hanya memberi satu alternatif sahaja, ini akan mengurangkan pilihan kepada pembuat keputusan seperti ahli politik. Dengan kata lain, perancang telah mengehadkan peranan yang dapat dimainkan oleh pembuat keputusan.

  9. Jangan bergantung sangat kepada sektor awam

  10. Perancangan cenderung membuat kesimpulan bahawa sektor awam hendaklah mengangani semua masalah. Tren sepatutnya berubah kepada sektor swasta dalam soal pembangunan dan peluang pekerjaan. Perancangan harus membentuk hubungan dengan sektor swasta. Perhatian diberi kepada pemaju swasta dalam pelan pembangunan kerana kawalan pembangunan masih dikekalkan.

  11. Mengakui pemikiran optimistik politik

Sering kali perancang bandar dikatakan bersifat pesimis dan sinis. Dicadangkan bahawa tugas perancangan dilakukan dengan baik bersama sifat optimis politik. Ini bermakna pandangan optimis masa depan dan perwatakan yang kuat adalah sesuatu yang diperlukan untuk menjalankan tugas perancangan. Perancangan harus dipraktiskan oleh orang yang berfikiran optimis. Seperti dikatakan "The great cities of America were built by optimistic men dan women who saw the future as better than today. They were willing to sacrifice now for a better tomorrow".(Catanes A.J.,1984)

Selain cadangan yang disarankan oleh Catanese, cadangan untuk memperbaiki perancangan adalah :

8) Peningkatan penyertaan awam

Peningkatan penyertaan awam harus dilaksanakan oleh kerajaan dengan bantuan perancang bandar. Walau bagaimanapun, kekurangan penyertaan awam adalah disebabkan oleh taraf pendidikan yang rendah, kekurangan motivasi dan semangat komuniti yang rendah. Tren masa depan akan berubah kepada taraf pendidikan penduduk yang tinggi tetapi disusuli dengan semangat komuniti yang lagi rendah. Perancang bandar harus bersedia menghadapi perubahan ini.

Nota Kaki: Segala maklumat yang ada diambil dari kertas kerja oleh Chong Chee Kit yang bertajuk 
Konflik Perancang Bandar, Ahli Politik dan Orang Awam dalam menjaga Kepentingan Awam dari USM. Jika hendak membaca dengan lebih terang dan jelas boleh melawat laman sesawang 
http://www.hbp.usm.my/methods/RPK534/RPK534Kertas%20KerjaChongCheeKit.html.

Penulisan adalah sekadar bagi perkongsi ilmu...tiada niat untuk menciplak...credit kepada penulis Chong Chee Kit (1999) .




Comments