5 Tips untuk doa diterima

3 Doa Menyambut Bulan Ramadan 

 

Aku kongsikan beberapa tip yang aku rasa berguna dan sumber daripada pembacaan dan pengalaman diri sendiri. Tips  untuk doa kita dimakbulkan adalah banyak kerana perlu kita ingat bahawa Allah SWT itu sangat hampir dengan kita. Kita tidak perlu bergantung kepada apapun sebagai pengantara untuk doa kita sampai kepada Allah SWT. Hubungan terus ini telah termaktub dalam Firman Allah ayat 186 Surah Al-Baqarah;

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah), sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

Maka doanya itu mudah untuk sampai dan dimakbulkan,yang gagal adalah kita. Gagal untuk mengambil peluang yang Allah berikan kepada kita.

Suka aku ingatkan diri aku dan pada pembaca. Kita berdoa adalah untuk memohon kepada Rabb sebagaiTuan”yang memiliki segalanya dan kita pula adalah “Hamba” yang serba kekurangan. Maka wajiblah kita semasa berdoa sentiasa beradab kerana kita memohon kepada tuhan yang Maha Besar.  

Apa jua, bahasa yang diungkapkan ketika berdoa, Allah akan memahaminya.(kecuali pada ibadah-ibadah tertentu seperti solat).Maka berdoalah.

Jangan diharapkan segala doa yang kita pinta akan dimakbulkan sekelip mata (Wal hal boleh berlaku kerana kuasanya Allah tidak dapat di tahan oleh sesiapa pun), cuma perlu di tanam dijiwa kita bahawa Allah akan beri menjawab semua doa kita pada waktu yang paling tepat. Perancangan Allah tidak pernah salah!.

Abu Hurairah radiallahuanhu meriwayatkan Rasulullah sallallahualaihi wasallam bersabda: Akan dijawab doa salah seorang daripada kalian selagi mana dia tidak tergesa-gesa, iaitu dengan berkata: Aku telah berdoa, tetapi tidak dimakbulkan 

[Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5892]

Kadangkala keterjawaban sesuatu doa itu, kita sendiri tidak perasan yang doa itu telah dimakbulkan. Kebanyakan daripada doa yang dimakbulkan pada hari ni mungkin telah kita pohon 10 tahun yang lepas dan kadangkala kita doa yang lain, dapat yang lain. Mengapa ini berlaku?. Jawapannya yang pasti adalah kerana Allah SWT maha mengetahui tiap apa yang terbaik untuk hambaNya. Kita sahaja yang tidak mengetahui hikmah disebalik sesuatu kejadian. Sehinggakan kita mempersoalkan ketentuan takdir. Moga kita dijauhkan daripada mempunyai sikap seperti itu.

Maka yang terpenting adalah untuk terus berdoa dan sentiasa bersabar dalam tiap apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita. Janganlah berputus asa. Terus yakin bahawa Allah akan menjawab doa kita pada waktu yang paling tepat dalam hidup kita. 

Ada satu kata-kata pujanga yang sangat menyentuh aku  

“ Without Allah We Are Nothing ” 

(Kita bukan siapa-siapa tanpa Allah)

Maka teruskan berdoa untuk apa sahaja. Sesungguhnya Allah SWT tidak memerlukan doa kita,sebaliknya kita yang amat memerlukannya untuk perjalanan hidup sebelum bertemu denganNya di akhirat kelak. 

Antara tips untuk doa kita diterima. 

  • Mulakan doa dengan memuji tuhan. Allah SWT suka untuk dipuji.Pujilah dengan menyebut namaNya. Gunakanlah 99 nama yang masyhur moga dengan asbab kita banyak menyebut namanya, Allah akan mengkabulkan segala permintaan hati kita.Carilah pujian yang terbaik dan di dalam Al- Quran terdapatnya pujian yang terbaik. 
  • Pilihlah doa yang terbaik daripada Al- Quran  Antara doa yang terbaik adalah yang telah Allah turunkan didalam AL-Quran. Tadaburlah tiap ayat. Pasti kita akan mendapatkan doa yang sesuai untuk mengubati dan menggembirakan hati.Malah seharusnya kita mengamalkan segala doa tersebut supaya Allah memakbulkannya. 
  • Pilihlah doa yang terbaik daripada Hadis, terutamanya yang sahih. Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita doa-doa yang terbaik untuk kita amalkan, malah sekiranya kita beramal dengan doa tersebut kita telah menghidupkan sunnahnya dan mendapat pahala atas perbuatan tersebut. 
  • Berdoalah pada waktu dan tempat yang mustajab doanya.Telah Allah anugerhkan waktu dan tempat tersebut adalah untuk memberi harapan dan mamanfaatkan peluang yang Allah berikan kepada HambaNya. Antara waktu dan tempat yang paling mudah antaranya 
    1. Waktu antara azan dan iqamah  
    2. Semasa turunnya hujan 
    3. Doa selapas waktu asar pada hari jumaat 
    4. Sepertiga akhir malam
    • Sentiasa beristiqfar. Pohonlah keampunan kepada Allah SWT. Keampunan ini akan memudahkan doa kita untuk diterima. Malah Allah sangat suka kepada hambanya yang sentiasa memohon ampun. Isitigfar ini buka setakat memohon ampun tetapi menutup doasa daripada diketahui umum. Keajaibannya boleh dilihat pada orang yang betul-betul yakin dan sentiasa mengamalkan. 

Moga perkongsian ringkas ini dapat jadi panduan kita bersama. Saling ingat mengingati. Selamat Beramal!

Comments