Apa lagi teruk dari penyakit COVID19?

Asalamualaikum pembaca sekalian

Memerangi disinformasi dan berita palsu

Hari ini terpanggil lagi aku untuk menulis coretan. Kali ini aku nak berceloteh berkenaan penyebaran berita palsu. Baru-baru ini satu pusat membeli belah di Johor Bahru kecoh, terdapat  seorang staff bukan warganegara telah positif COVID19.

Nak dipendekkan kes ini adalah benar, staff tersebut yang telah tamat kontrak perlu menjalani ujian SWAB TEST sebelum pulang kenegara asal beliau dan telah didapati positif. 

Selepas tu, baru all hell break loose. Maka tersebarlah di dalam whatapps dan segala platform media sosial yang pusat membeli belah tersebut tidak selamat untuk dikunjungi.Sharing itu aku rasa semua group yang aku ade pasti ada pasal tu. Malah terdapat juga sharing berkenaan maklumat pesakit berkenaan. (Omaaiiii..sampai ketahap tu detail maklumat boleh terlepas)

Menurut sumber sebenar, pekerja itu sudah tidak berkerja dan hanya menetap di hostel yang disediakan. Maka pihak KKM telah menjalankan sanitasi bagi kawasan tersebut dan kontak rapat telah dikuarantinkan. Malah KKM tidak memberi sebarang arahan untuk menutup premis kerana pesakit hanya di dalam hostel. Ok tamat cerita ringkas.

Ok ini beberapa pekara yang nak aku fokuskan & aku harap penulisan ini tidak mendatangkan salah faham kepada sesiapa pun. 

1. Isu penyebaran cerita - OK, nak dapatkan cerita tu, boleh tapi pastikan berita itu betul dan yang penting janganlah nak nokok nambah lak dalam cerita. Banyak effect pada semua orang. Ko bayangkan tetiba ada Mass panic, mcm dalam cerita filem-filem tu camne, orang yang tak tahu menahu pun jadi panik....ko raser???

2. Maklumat peribadi - Kalau anda semua nak tahu, setiap maklumat peribadi anda telah dilindungi oleh undang-undang, so takda sorang manusia ataupun kerajaan boleh guna sesuka hati, maklumat peribadi anda. semuanya adalah rahsia dan sekiranya ada pihak yang gunakan atau salahgunakan, individu tersebut boleh didakwa ok. ..haa nampak tak...lagi pun ko bayangkan kalo yang disebarkan tu, maklumat korang..takker malu & jatuh maruah korang...fikirkanlah

4. Aku tak marahkan orang yang percaya bulat-bulat cerita tu,,sebab penyakit COVID19 ni bahaya so mestilah semua ambik precaution untuk tidak dijangkiti. Tapi yang kelakor tahap dewa, ko tak pergi pusat beli belah tu, tapi ko pergi tempat lain dengan takpakai facemasknya atau daftar nama ko eehh..pastu ko takut dapat covid..eheheh..aku takleh nak brain perangai camni..😡😡

3.  Yang paling penting yang aku nak sebut adalah..kalo tak pasti, jangan kongsi, jangan nak gatal-gatal tekan butang share tu...ko igt ko reporter nak jadi orang pertama nak share. Kalo nak jugak share.. bersiap sedia dengan segala kemungkinan.  

ok dah aku dah hbis bebel...dah lama da pendam..sekarang baru nak cerita...hope yang baca jangan salah faham maksud aku k...fokus utama aku nak cakap "Jangan sebarkan Kalau Tak Sahih"

Kalo nak boleh komen kat ruangan di bawah...ok.. 

 

Home | COVID-19 MALAYSIA 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA | Facebook

Comments