Aku jarang untuk share cerita/artikel tapi kali ini aku share adalah untuk mengingatkan diri aku dan juga sekalian sahabat. Ada pekara yang boleh dijadikan iktibar dan renungan
Betapa Allah berkuasa menentukan hala tuju kehidupan kita, setinggi mana pun kite berada, sejauh mana pun kite mengembara, tetapi jika Allah berkehendakan sesuatu, terjadilah. Apa yang berlaku pada masa hadapan tidaklah ada sesiapa yang mengetahui. Sekiranya ada mahluk-mahluk yang dia mengetahui apa yang berlaku esok, maka lihatlah dalam diri dan amalam mahluk tersebut.
Kisah yang belaku pada hari esok hanya sekadar penceritaan fiksyen semata. Sekiranya ada yang mengetahui masa hadapan, tidak perlulah nabi-nabi kita bersusah payah berdakwah dan menyampaikan ajaran Islam. Ini sangatlah bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh agam kita. Setiap manusia seharusnya hanya bersiap untuk hari esok, mana tahu esok merupakan hari terakhir kita di dunia ini. Mari kita bermohon supaya Allah menempatkan kita dalam keadaan terbaik
dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Ujian Allah pasti ada,
sediakan hati yang tabah dalam menghadapinya.
Jika sebahagian pihak hanya tahu "Itu bukan Tanggungjawab kami". Maka sepatutnya keluarlah daripada memakai "jubah kami" maka pakailah "jubah aku". Maka ayat seperti "Sekiranya 'kami' tak membantu, biarlah aku yang menolong".
Tidakkah ini amalan yang diajarkan oleh Nabi semasa kaum Ansar dan Muhajirin menjadi satu. MAKA JANGANLAH SESENANG HATI MENGATAKAN AKU MENGAMALKAN SUNNAH NABI, TETAPI BILA TIBA MASA ENGKAU BERPALING DENGAN MENGATAKAN "TIADA KAITAN DENGAN AKU". SUNGGUH MALU!
Kenyataan ini sekadar pandangan
peribadi, sekiranya ada yang tidak berpuas hati, tidak mengapa ini
adalah hak anda untuk bersuara. Cuma sebagai peringatan kau dan aku, kawal emosi dan bersuara pada konteks mengikut isu yang diperbincangkan.
TUAH PENGEMBARA
Comments