Di bawah ini merupakan keluh kesah sahabatku yang bekerja dalam suasana ekonomi yang tidak menentu..maka di mana tempat nak mengadu..jika pada pihak yang bertanggungjwab pun hanya sekadar menadah telinga tapi tangan tidak melakukan apa-apa...
KIta mahu negara kita maju tapi jangan biarkan rakyat yang hidup didalamnya melarat. Disuruh bersyukur tetapi tiada usaha dalam membantu...bagi saya itu sia-sia. Ini bukan politik tahun 60an yang memilih kasih antara pihak mana yang patut di berikan. Semua perlu dibantu baik penyokong kerajaan mahupun pembangkang.
Memang benar kita boleh membantah tapi janganlah bantah sampai negara kita tergadai. Yang penting ini kah peninggalan kepada anak cucu kita...sistem politik yang tidak masuk akal yang hanya menguntungkan segelintir pihak...fikir-fikirkan
Memang benar kita boleh membantah tapi janganlah bantah sampai negara kita tergadai. Yang penting ini kah peninggalan kepada anak cucu kita...sistem politik yang tidak masuk akal yang hanya menguntungkan segelintir pihak...fikir-fikirkan
Bila baca surat khabar, kata golongan siswazah baru bekerja pokai dan tak pandai uruskan duit. Hmm..
Memang betul zaman dulu gaji permulaan utk degree level cuma rm1800, tapi harus diingatkan, dulu tu ialah senario zaman 10 tahun yang lepas. Zaman dulu, RM10 sudah cukup untuk tampung duit makan sehari. Sekarang, makan tengahari pun boleh lebih dari RM10. Tiap2 hari makan nasi bajet.
Zaman dulu banyak peruntukan rumah murah disediakan. Sekarang, most of developers buat rumah untuk orang berpendapatan sederhana tinggi. Harga rumah range 200-350k. Kalau nak sewa rumah pun susah nak dapat RM400 ke bawah.
Siapa yang kerja kat area universiti atau sekolah ok lah, sebab harga makanan masih dikawal, kalau yang stay kat area uptown? takkan tiap2 hari nak makan mi segera? Zaman sekarang semua kos naik. Kalau nak lepaskan diri sendiri je memang boleh. Tapi takkan tak nak hulur duit dekat mak ayah? Pinjaman pendidikan takkan tak nak bayar? Ansuran kereta tiap2 bulan takkan tak nak bayar?
Mostly majikan nak yang berpengalaman, habis macam mana dengan siswazah yang tak ada pengalaman langsung? Mostly they view us as being 'incompetent'. Kalau tak ada siapa beri peluang macam mana nak dapat pengalaman? Most of degree holders yang bekerja sekarang akan buat kerja part time untuk tampung keperluan harian.
Rata-rata member yang bekerja mostly dapat gaji bawah RM2500. Rasa sayu pula bila memikirkan nasib graduan yang baru nak bekerja ni..
Comments