Salam satu malaysia!
Dalam entry
terdahulu, saya ada menyebutkan bahawa terdapat beberapa senario yang berlaku
sekiranya mahasiwa terlibat dalam dunia politik. Kali ini pula saya ingin
memberi sedikit pandangan peribadi mengenai mahsiswa dengan sikap biadapnya.
Baru-baru ini kecoh di media massa, bahawa terdapat mahasiswa yang
berkelakuan yang tidak sepatutnya dengan memijak-mijak gambar perdana menteri
kita. Ini menampakkan pemikiran mahsiswa senang untuk diperalatkan dan mudah
melakukan sesuatu yang bukan norma kehidupan mereka. Memang tidak dinafikan
mereka sayangkan negara kita, tapi adakah itu cara menunjukkan cinta akan
negara.?? Kalaulah benar mereka itu semangatnya kental, gunalah jalan yang
lebih bermaruah. Ciptalah rekod dimana pencapaian mereka boleh dibanggakan. Sebagai contoh penerjun kita Pedelela Rinong telah
membanggakan kita dengan pencapaian pingat gansa di Olimpik London 2012
baru-baru ini. Barulah dikatakan itulah tanda kita sayangkan negara, bukannya
kita berkelakuan dengan memijak-mijak gambar pemimpin. Jika mereka
memijak-mijak bendera Israel ataupun lambang Israel, tidak mengapa kerana,
memang kita sudah tahu sejak azali, bahawa Israel itu patut dikeji atas
perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan keatas penduduk Palestin.
Mahsiswa sepatutnya berfikiran lebih matang, dan sekiranya mereka ingin
menunjukkan cinta mereka pada negara mereka boleh terlibat dengan menganjurkan
aktiviti bersifat kenegaraan yang menarik lebih banyak mahsiswa lain untuk
turut serta, barulah ini dikatakan sebagai mahasiswa tunjang negara dan bakal
menggantikan pemimpin kita sekarang pada masa hadapan.
Mungkin semasa membaca ini,
terdapat pembaca yang berfikiran skeptic di mana budak ini pro kerajaan dan
tidak bersetuju dengan pendapat ini. Mereka boleh memberi reaksi sedemikian
kerana mereka ada hak. Biarlah saya dengan pendapat saya kerana aku percaya akan
keamanan yang telah dikecapi dan berterima kasih kepada pemimpin sekarang dan
terdahulu dalam membentuk sebuah negara bangsa Malaysia yang utuh. Terima Kasih
Malaysia!!!
Di sini saya tegaskan mahasiswa punya cara pemikiran tersendiri dan tidak seharusnya di peralatkan demi kepentingan politik mahupun keuntungan orang lain. Mahasiswa harus punya pendirian, cinta terhadap negara perlulah sentiasa mekar dihati mahasiswa. Jangan sampai bila satu hari nanti negara kita diserang kita yang lari meninggalkan negara. Biarlah kita mati secara terhormat demi menyelamatkan negara dari mati dihina menjual negara.
Comments