Di sini aku melampirkan keratan akhbar dari utusan malaysia mengenai isu AUKU ....
AKTA Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mula kembali mendapat perhatian umseiring dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan bila-bila masa. Pelbagai ramalan mengenai tarikh sebenarnya PRU-13 dibuat oleh setiap parti politik bagi mengatur strategi yang ampuh dalam memastikan kuasa pemerintah dapat dimiliki untuk kira-kira lima tahun lagi.
Dalam pada itu, demi memastikan kesinambungan survival parti, Sudah pasti, mahasiswa adalah kumpulan yang tepat untuk memberi sumbangan dalam jentera pilihan raya bagi meraih undi daripada pengundi.
Kita sedar bahawa mahasiswa telah dilatih bijak dalam berkomunikasi dan memiliki kematangan diri yang tinggi. Maka, tidak hairanlah ramai pemimpin politik berlumba-lumba mencari jalan membolehkan mahasiswa terlibat dengan dunia politik secara terang-terangan.
Natijahnya, ia menjadi isu perdebatan sejak beberapa bulan lalu sehingga membawa kepada pengumuman bahawa Seksyen 15 AUKU akan dipinda pada 24 November 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang Dewan Rakyat tempoh hari. Pindaan itu dijangka menukar landskap politik negara dan tiada siapa boleh memberi jaminan ia akan dapat membantu meningkatkan kecemerlangan mahasiswa khususnya pencapaian akademik mereka.
Jika kita menyorot kembali sejarah penggubalan AUKU, sudah pasti kita memahami tujuan dan semangat ia diwujudkan dan mengapa pemimpin kita yang lalu bersusah payah menggubal akta ini? Persoalannya, adakah akta ini terutamanya Seksyen 15 menyekat kebebasan mencipta kreativiti dan inovasi dalam dunia kepimpinan? Apa yang pasti seksyen ini sebenarnya menghalang pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi mahasiswa demi agenda politik masing-masing. Banyak percubaan dilakukan dalam usaha memansuhkan akta ini dengan mengerakkan kumpulan mahasiswa yang menamakan mereka sebagai Gerakan Mansuhkan AUKU. Kononnya, akta ini menyukarkan mahasiswa menyuarakan pandangan dan suara terutamanya penglibatan secara langsung dengan parti politik kerana perlu mendapat kelulusan Naib Canselor.
Pihak kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi telah membuktikan sikap keterbukaan kerajaan dalam menghurai kemelut ini dengan membuat pindaan terhadap AUKU ini pada 2009.
Pindaan baru ini juga diyakini akan mampu menjaga kepentingan mahasiswa secara keseluruhan dan bukannya hanya tertumpu kepada golongan minoriti yang juga mempunyai agenda tertentu demi kepentingan peribadi atau parti politik. Apa yang menyedihkan, ramai pihak ingin turut serta berdebat atau berbicara dalam isu AUKU ini tetapi hanya segelintir yang memahami secara mendalam mengenainya. Kesannya, situasi ini mengelirukan ramai pihak terutamanya mahasiswa dan warga kampus. Seolah-olah AUKU ini penyebab utama terhadap mahasiswa lesu dan kurangnya keyakinan diri, yang akhirnya mendorong kepada peningkatan kadar pengangguran di kalangan mahasiswa.
Masyarakat harus memahami dan menghayati peranan penubuhan sesebuah universiti yang bukan hanya melahirkan golongan intelektual yang memiliki kematangan berpolitik tetapi tanggungjawabnya lebih menjurus kepada melahirkan graduan yang memenuhi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
Hakikatnya, dunia kemahasiswaan ini berbeza. Mereka memerlukan masa memberi tumpuan kepada proses pemahaman terhadap kursus diikuti terutamanya mahasiswa perubatan dan kejuruteraan. Kadang-kala, masa untuk bersukan dan berkokurikulum agak terhad. Ini adalah suatu kebiasaan untuk mahasiswa memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Pembinaan mahasiswa secara holistik juga dituntut bagi memastikan graduan yang terhasil kelak memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.
Persoalannya, adakah pihak industri mahukan mahasiswa yang hanya aktif berpolitik sahaja atau mereka yang bagus dari segi bidang akademik serta mempunyai nilai tambah dalam pelbagai bidang kokurikulum diambil sebagai pekerja?
Inilah cabaran yang harus ditempuhi sekiranya pindaan ini diteruskan dengan membenarkan mahasiswa berusia 21 tahun menyertai parti politik dan kebanyakan mahasiswa yang berumur tersebut berada di pertengahan tempoh pengajian yang menuntut mereka lebih fokus agar dapat menghabiskan pengajian dalam masa yang ditetapkan oleh universiti dengan baik.
Satu perkara harus dipertimbangkan, walaupun, sekatan diwujudkan terhadap parti politik daripada memasuki kampus dan mahasiswa tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik. ika difikirkan kembali, adakah sekatan ini boleh dipatuhi? Bolehkah parti politik dihalang masuk ke dalam kampus? Sedangkan tanpa kebenaran pun parti politik sudah menyelinap ke dalam kampus menerusi agen di kalangan warga kampus.
Inilah yang harus diterima oleh semua bahawa AUKU pindaan 2009 memang tiada silapnya tetapi ia mampu membendung dan menyekat parti politik untuk mengambil peluang ke atas mahasiswa untuk menjadi kuda tunggangan bagi mencapai agenda politik rakus mereka.
Mahasiswa harus didekati dengan memberi peluang menjadi golongan pengimbang kepada sistem politik negara.
Biarlah air mata ibu bapa yang mengiringi mahasiswa adalah air mata kegembiraan dan bukannya kesedihan kerana tiada satu pun, ibu bapa yang menghantar anak mereka ke universiti semata - mata mahukan anak mereka berpolitik berbanding menjadi anak yang berbakti dan merubah nasib keluarga.
Kematangan mahasiswa haruslah dinilai secara 360 darjah bukannya hanya dilihat dari segi umur mereka semata-mata. Jatuh bangun negara di masa hadapan terletak di tangan golongan muda hari ini yakni mahasiswa.
pa pulak kata mahasiswa....ni pula di ambil dari UKM http://gazebodaily.net/2011/11/28/pinda-ss-15-auku-mpp-aspirasi-ukm-kecewa-tindakan-najib/
Kerajaan iktiraf hak mahasiswa sertai parti politik - Saifuddin
24/11/2011 4:35pm
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Keputusan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 menunjukkan bahawa kerajaan mengiktiraf hak dijamin perlembagaan untuk mahasiswa terlibat dalam politik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata, ia membuktikan kerajaan sentiasa mendengar suara orang muda khususnya mahasiswa yang meminta supaya mereka yang ingin terlibat dalam politik harus dibenarkan.
"Ia membuktikan bahawa kerajaan sentiasa melakukan pembaharuan... pindaan yang awal sudah dibuat pada Feb 2009, dan ini akan berlaku satu lagi pindaan yang lebih besar dan komprehensif,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.
Menurut Saifuddin, Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan dipinda itu membawa perubahan yang lebih bermakna terhadap penglibatan mahasiswa dalam politik negara secara menyeluruh. - Bernama
Di bawah ini pula merupakan rencana yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia.....
AUKU: Seksyen 15(5), mana silapnya?
AKTA Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mula kembali mendapat perhatian umseiring dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan bila-bila masa. Pelbagai ramalan mengenai tarikh sebenarnya PRU-13 dibuat oleh setiap parti politik bagi mengatur strategi yang ampuh dalam memastikan kuasa pemerintah dapat dimiliki untuk kira-kira lima tahun lagi.
Dalam pada itu, demi memastikan kesinambungan survival parti, Sudah pasti, mahasiswa adalah kumpulan yang tepat untuk memberi sumbangan dalam jentera pilihan raya bagi meraih undi daripada pengundi.
Kita sedar bahawa mahasiswa telah dilatih bijak dalam berkomunikasi dan memiliki kematangan diri yang tinggi. Maka, tidak hairanlah ramai pemimpin politik berlumba-lumba mencari jalan membolehkan mahasiswa terlibat dengan dunia politik secara terang-terangan.
Natijahnya, ia menjadi isu perdebatan sejak beberapa bulan lalu sehingga membawa kepada pengumuman bahawa Seksyen 15 AUKU akan dipinda pada 24 November 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang Dewan Rakyat tempoh hari. Pindaan itu dijangka menukar landskap politik negara dan tiada siapa boleh memberi jaminan ia akan dapat membantu meningkatkan kecemerlangan mahasiswa khususnya pencapaian akademik mereka.
Jika kita menyorot kembali sejarah penggubalan AUKU, sudah pasti kita memahami tujuan dan semangat ia diwujudkan dan mengapa pemimpin kita yang lalu bersusah payah menggubal akta ini? Persoalannya, adakah akta ini terutamanya Seksyen 15 menyekat kebebasan mencipta kreativiti dan inovasi dalam dunia kepimpinan? Apa yang pasti seksyen ini sebenarnya menghalang pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi mahasiswa demi agenda politik masing-masing. Banyak percubaan dilakukan dalam usaha memansuhkan akta ini dengan mengerakkan kumpulan mahasiswa yang menamakan mereka sebagai Gerakan Mansuhkan AUKU. Kononnya, akta ini menyukarkan mahasiswa menyuarakan pandangan dan suara terutamanya penglibatan secara langsung dengan parti politik kerana perlu mendapat kelulusan Naib Canselor.
Pihak kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi telah membuktikan sikap keterbukaan kerajaan dalam menghurai kemelut ini dengan membuat pindaan terhadap AUKU ini pada 2009.
Pindaan baru ini juga diyakini akan mampu menjaga kepentingan mahasiswa secara keseluruhan dan bukannya hanya tertumpu kepada golongan minoriti yang juga mempunyai agenda tertentu demi kepentingan peribadi atau parti politik. Apa yang menyedihkan, ramai pihak ingin turut serta berdebat atau berbicara dalam isu AUKU ini tetapi hanya segelintir yang memahami secara mendalam mengenainya. Kesannya, situasi ini mengelirukan ramai pihak terutamanya mahasiswa dan warga kampus. Seolah-olah AUKU ini penyebab utama terhadap mahasiswa lesu dan kurangnya keyakinan diri, yang akhirnya mendorong kepada peningkatan kadar pengangguran di kalangan mahasiswa.
Masyarakat harus memahami dan menghayati peranan penubuhan sesebuah universiti yang bukan hanya melahirkan golongan intelektual yang memiliki kematangan berpolitik tetapi tanggungjawabnya lebih menjurus kepada melahirkan graduan yang memenuhi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
Hakikatnya, dunia kemahasiswaan ini berbeza. Mereka memerlukan masa memberi tumpuan kepada proses pemahaman terhadap kursus diikuti terutamanya mahasiswa perubatan dan kejuruteraan. Kadang-kala, masa untuk bersukan dan berkokurikulum agak terhad. Ini adalah suatu kebiasaan untuk mahasiswa memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Pembinaan mahasiswa secara holistik juga dituntut bagi memastikan graduan yang terhasil kelak memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.
Persoalannya, adakah pihak industri mahukan mahasiswa yang hanya aktif berpolitik sahaja atau mereka yang bagus dari segi bidang akademik serta mempunyai nilai tambah dalam pelbagai bidang kokurikulum diambil sebagai pekerja?
Inilah cabaran yang harus ditempuhi sekiranya pindaan ini diteruskan dengan membenarkan mahasiswa berusia 21 tahun menyertai parti politik dan kebanyakan mahasiswa yang berumur tersebut berada di pertengahan tempoh pengajian yang menuntut mereka lebih fokus agar dapat menghabiskan pengajian dalam masa yang ditetapkan oleh universiti dengan baik.
Satu perkara harus dipertimbangkan, walaupun, sekatan diwujudkan terhadap parti politik daripada memasuki kampus dan mahasiswa tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik. ika difikirkan kembali, adakah sekatan ini boleh dipatuhi? Bolehkah parti politik dihalang masuk ke dalam kampus? Sedangkan tanpa kebenaran pun parti politik sudah menyelinap ke dalam kampus menerusi agen di kalangan warga kampus.
Inilah yang harus diterima oleh semua bahawa AUKU pindaan 2009 memang tiada silapnya tetapi ia mampu membendung dan menyekat parti politik untuk mengambil peluang ke atas mahasiswa untuk menjadi kuda tunggangan bagi mencapai agenda politik rakus mereka.
Mahasiswa harus didekati dengan memberi peluang menjadi golongan pengimbang kepada sistem politik negara.
Biarlah air mata ibu bapa yang mengiringi mahasiswa adalah air mata kegembiraan dan bukannya kesedihan kerana tiada satu pun, ibu bapa yang menghantar anak mereka ke universiti semata - mata mahukan anak mereka berpolitik berbanding menjadi anak yang berbakti dan merubah nasib keluarga.
Kematangan mahasiswa haruslah dinilai secara 360 darjah bukannya hanya dilihat dari segi umur mereka semata-mata. Jatuh bangun negara di masa hadapan terletak di tangan golongan muda hari ini yakni mahasiswa.
pa pulak kata mahasiswa....ni pula di ambil dari UKM http://gazebodaily.net/2011/11/28/pinda-ss-15-auku-mpp-aspirasi-ukm-kecewa-tindakan-najib/
Pinda SS 15 AUKU : MPP Aspirasi UKM Kecewa Tindakan Najib
Bangi, 28 Nov : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Aspirasi UKM kelmarin menyatakan pendirian sebulat suara bersetuju menggesa kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib agar melakukan kajian secara terperinci mengenai pindaan ke atas seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
“Pihak kami yakin bahawa hanya segelintir mahasiswa yang cenderung untuk mengamalkan politik kepartian dan angka ini tidak sampai 20-30 peratus dan ianya tidak mengambarkan nilai majoriti.”
“Masyarakat kampus hari ini yang lebih terdedah dengan amalan kesederhanaan, sikap musyawarah yang menolak fahaman ekstrtimis akan lebih selesa untuk mengekalkan apa yang sudah diamalkan sejak pengenalan AUKU sekitar tahun 70 ‘an itu.”
Tolak budaya politik kepartian
Tambah mereka,“Hal ini dapat dilihat apabila temu bual secara lisan MPP Aspirasi bersama beberapa pelajar sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bebeberapa universiti sekitar yang menyatakan bahawa mereka tidak setuju jika seksyen tersebut dipinda.
“Bagi mereka amalan menolak budaya politik kepartian ini harus dipertahankan kerana ianya merupakan jaminan bagi melahirkan pemikiran mahasiswa atau bakal graduan yang lebih merdeka tanpa dipengaruhi oleh idealogi politik kepartian yang disertainya.”
Aspirasi tolak sifat ekstrimis
“Memang benar di universiti ada Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa tetapi ianya setakat ini hanya melaksanakan idealogi pelajar dan bukannya idealogi parti politik luar.
“Aspirasi UKM sebagai contoh yang telah sekian lama menjadi tunjang kesejahteraan politik kampus yang menolak sifat ekstrimis merupakan jambatan politik terunggul dan bukannya politik kepartian luar.”, tegas wakil persatuan pelajar berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan.
Dan mereka menyeru agar kerajaan pertimbangkan semula keputusan pindaan seksyen 15 AUKU demi kesejahteraan kampus dan kelestarian idealogi merdeka mahasiswa tanpa pengaruh budaya politik luar yang tidak sesuai dengan cara hidup mahasiswa. – GZDaily
Comments