Penulisan kali ini Tuah dapatkan dari web Berita Harian On line dan Tuah berasa sanagt penting kita membacanya dan memahmi....dan bagi mereka yang berfikir...Kita sebagai orang islam dan apa yang kita boleh lakukan....
Menangkis penghinaan terhadap Islam
Oleh Shamrahayu A Aziz
2011/06/07
PENGHINAAN terhadap agama Islam berlaku lagi. Seperti dilaporkan akhbar semalam, pengendali laman sosial Twitter yang mengaku beragama Islam dikatakan telah menghina Islam. Sementara itu beberapa keping gambar lucah telah diselitkan dalam surah Yasin bacaan jemaah lelaki di sebuah masjid di utara tanah air.
Kedua-dua kejadian itu sungguh mengejutkan kerana saya anggap masyarakat kita sudah memahami kesan buruk perlakuan sebegini. Walaupun pihak berkuasa belum mengenal pasti siapa pelakunya atau motif perlakuan itu, saya percaya kita tidak mahu lagi mendengar berita sebegini. Ia sudah tentu memualkan.
Sudah beberapa kali saya menulis mengenai undang-undang berkaitan menghina Islam di ruangan ini. Ia mungkin akan membosankan pembaca sekiranya saya mengulanginya. Oleh itu, cukuplah sekadar saya sebut bahawa, dalam aspek perundangan (secara tersuratnya), kita mempunyai undang-undang yang agak mencukupi dalam menangani masalah penghinaan terhadap agama.
Namun, saya sering menyebut bahawa atas beberapa faktor, undang-undang adakalanya tidak dapat menyelesaikan semua masalah yang kita hadapi, terutama perkara berkaitan sensitiviti keagamaan seumpama penghinaan terhadap agama. Kita tidak boleh hanya berharap kepada undang-undang semata-mata dalam menangani masalah ini.
Saya bukan bermaksud merendahkan sistem perundangan kita, tetapi ia adalah hakikat kerana undang-undang yang kita ada adakalanya tidak dapat menerapkan rasa tanggungjawab ke dalam diri setiap individu. Walaupun kita boleh mendakwa seterusnya mahkamah boleh menghukum pelakunya, ia mungkin tidak dapat mengawal daripada berlaku seterusnya. Saya tidak nafikan perundangan adalah antara mekanisme penting dalam menangani perkara ini, tetapi ia juga perlu disokong beberapa faktor lain. Perkara berkaitan sensitiviti agama memerlukan kematangan dan strategi untuk menghadapinya.
Kita mungkin tidak begitu pasti mengenai motif penghinaan terhadap agama Islam. Lebih-lebih lagi sekiranya kenyataan berupa penghinaan itu datang daripada mereka yang mengaku beragama Islam sendiri. Adakah ia bertujuan mengelirukan orang Islam dari segi akidah dan syariatnya atau adakah penghinaan itu bertujuan menjatuhkan agama Islam itu sendiri?
Walaupun kita belum dapat pastikan motifnya, apa yang jelas ialah umat Islam perlu menghadapinya. Umat Islam perlu menjadi sensitif mengenai perkara ini dan kita tidak boleh membiarkannya berterusan berlaku begitu saja. Oleh itu, dalam menangani perkara sebegini umat Islam hendaklah sentiasa berada di barisan hadapan dengan mengambil pendekatan yang bersesuaian. Ia memerlukan sifat berani sebagai penentu, bukan semata-semata sebagai pemerhati, berdiam diri dan pasif tanpa sebarang tindak balas. Seperti ajaran agama Islam itu sendiri, umat Islam hendaklah sentiasa memajukan diri dalam semua bidang dan tidak membiarkan agama Islam diperkotak-katik sewenang-wenangnya.
Mungkin apa yang saya perkatakan ini hanya satu ulang siar kepada pembaca tetapi sebagai peringatan, kita harus hargai pandangan ini dan tidak memandang sepi terhadap kepentingan untuk sentiasa berada di barisan hadapan.
Selain itu, walau apa pun motif penghinaan terhadap Islam, umat Islam harus lebih mengenali agama dan syariatnya serta sifat kerohaniannya. Umat Islam hendaklah sentiasa memperkukuh pengetahuan dan amalan berkaitan agamanya. Hanya pengetahuan yang lengkap mengenai sifat agama ini dan nilai kerohaniannya dapat menangkis apa juga cabaran penghinaan terhadap agama. Melalui teori yang agak mudah, sekiranya kita tidak mengenali agama ini dan tidak memahami nilai kerohaniannya, maka agak mustahil untuk kita berdepan dengan penghinaan ini.
Pengetahuan dan pemahaman mengenai agama akan dapat menyelamatkan umat Islam daripada diperolok-olok oleh mereka yang berniat jahat. Dalam era teknologi maklumat, langit terbuka dan kebebasan bersuara ini umat Islam perlu mengukuhkan pemahaman dan hujah mengenai nilai agama serta aspek kerohanian agama Islam dengan berguru kepada mereka yang betul-betul memahami Islam. Ini akan menjadikan umat Islam lebih gagah dan berwibawa menghadapi cabaran dan penghinaan terhadap agama sehingga dapat menghalangnya.
Sekiranya rapuh pengetahuan terhadap agama, sudah tentu dengan sendirinya agama itu akan turut rapuh - akibatnya agama itu akan mudah dipatah-patah dan dipijak-pijak. Kita tidak boleh membiarkan kecetekan pengetahuan agama menggagalkan kita untuk mempertahankannya. Andainya ini berlaku, ia akan menjadikan kita golongan yang rugi.
Sekiranya umat Islam benar-benar mengenali Islam, maka sudah tentu sebarang penghinaan terhadap agama akan dapat dihalang - walau apa atau sejahat mana motif penghinaan itu – sama ada bertujuan melemahkan atau memecahbelahkan umatnya. Semakin hebat penghinaan terhadap Islam, seharusnya pengetahuan umat Islam mengenai agamanya semakin tebal dan semakin kukuh. Ini menjadikan sumber pertahanan umat Islam semakin teguh dan umat Islam tidak mudah ditambat atau dijerut lehernya.
Oleh yang demikian, kekuatan dalaman umat Islam mengenai agamanya dan kesungguhan menjaga agamanya adalah antara resipi utama untuk menangani penghinaan terhadap agama Islam.
Penulis ialah Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Comments