Sedar tak sedar kita sekarang berada di satu masa yang dekat dengan bulan yang penuh dengan kemulian, iaitu bulan Ramadhan....sebahgian post sahabat tuah dalam Facebook pun sudah memulakan langkah untuk menyambut bulan Ramdhan. Sekarang kalo nak tahu kita berada di bulan Rejab dan pada masa yang sama ketika Tuah melayari laman sesawang untuk mencari info mengenai bulan Rejab terjumpalah Tuah suatu pemceritaan tentang puasa di bulan rejab...
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.
Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.
Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.
Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).
Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)
Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.
Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.
begitulah bacaan yang Tuah dapat semoga kita dapat berkongsi ilmu ya..kalo ada yang silap minta di perbetulkan. Kita berkongsi ilmu...dan sebenarnya masih banyak keisimewaan yang ada dalam bulan ni..bersama- samalah kita mencari dan berkongsi.....amin...
Maklumat didapati dari : http://al-islam.wikidot.com/bulan-rejab

Comments