Masuk hari ni dah 3 hari hujan .....tidak lah hujan sentiasa...hujan yang bermula dari tengah malam akan berhenti pada waktu pagi dan bermula semula pada tengah malam hari yang sama. Otak tuah membuat kesimpulan yang mudah..musim tengkujuh sudah pun bermula..bagi tuah ynag duduk di kawasan tanah tinggi mungkin tidak merasakan masalah banjir, tapi berhadapan dengan masalah sejuk dan kesian kat abah tuah tidak dapat nak turun menoreh dekat kebun. Tapi nak buat camner...bagi tuah inilah yang di namakan ujian daripada Allah..Tuah ingin sentiasa bersangka baik ..dan itu lah yang terbaik.
Semalam sempat juga Tuah bertemu kawan tuah yang tinggal di Air Papan, dia kata tak dapat tidur nyenyak sebab memikirkan Banjir. Dari sudut hati tuah timbul rasa kesian, bukan apa rumahnya memnag sentiasa mengalami banjir akibat limpahan sungai berdekatan rumahnya. Tuah pun cakap kat dia “sabar jerlah”...
Begitulah delema yang di hadapi oleh penduduk yang duduk di kawasan tanah rendah mereka terdedah dengan masalah banjir bila hujan yang lebat berlaku. Tuah nampak bila berlakunya kejadian seperti semua pihak datang membantu dan menghulurkan sumbangan tak kira tenaga mahupun wang ringgit. Semoga semua pertolongan itu mendapat pahala daripada tuhan yang maha Esa.
P/s: bagi yang menolong jangan pulak pilih kasih ( Ikut parti@Kaum) nanti kena panggil Racis lak ....hehehehe..biarlah time tu dengan tujuan membantu manusia sesama manusia.
Tuah Pengembara
22 Disember 2010
16 Muharam 1432H
Comments