Semasa menunggu kawan tuah yang sedang melayari internet di CC, sempat jugak Tuah membaca akbar untuk hari ini, dan kebanyakan darinya adalah berkisarkan kemenagan Skuad Harimau kita mengalahkan Garuda. Tuah hanya tersenyum kerana sudah menjangka cerita ini akan menjadi tajuk utama dan buah mulut orang ramai. Tapi kali ni tuah bukan nak cakap pasal Bola tapi Mengenai penggunaan bahasa kita ni.
Dalam akbar Metro hari, ni terdapat rencana mengenai penggunaan bahasa melayu yang semakin “layu”. Tertarik jugak tuah membaca, yang ditekan dalam rencana itu, penggunaan bahasa Melayu semakin lamah dan orang sekarang lebih mengaggungkan bahasa lain dari bahasa ibunda kita semua, itu Tuah tak nafikan, ramai di kalangan kita yang tidak menggunakan bahasa melayu dengan betul. Tuah pun salah seorang daripada mereka. Dan coretan kali ini, merupakan pendapat tuah mengenai isu tersebut.
Bagi Tuah yang juga sebagai seorang mahasiswa, berpendapat semua wajib mengetahui satu bahasa asing dalam hidup mereka, lebih-lebih lagi dalam bahasa Inggeris kerana dalam dunia sekarang, bahasa tersebut di jadikan bahasa komunikasi dunia dengan kemahiran berbahasa yang baik, kita dapat menguasai semua bidang dan meningkatkan kebolehpasaran dan produktiviti kita. Tapi hendak Tuah tekankan disini, bukan Tuah cakap yang bahasa ibunda yang kita sanjung ini tidak di endahkan atau di sisihkan tetapi mereka sepatutnya wajib tahu, tentang bahasa Melayu dan dari situ lah Slogan “cintailah bahasa kita” benar-benar di fahami. Tuah nampak dari pengalaman Tuah sendiri yang rakyat luar negara senang mempelajari bahasa melayu dengan alsan mudah menuturkan, maka kita yang lahir sebagai Melayu, tidak malukah kita bila di ajukan persoalan mengenai bahasa ibunda, kita diam seribu bahasa tidak pun kelu lidah tidak terkata. “Tepuk dada tanya selera” jawapannya ada tetapu kita yang tidak mengendahkannya. Memang Tuah tak nafikan salah bagi generasi kita menggunakan bahasa rojak ataupun bahasa campur, kerana ia akan merosakkan bahasa dan akhirnya kita sendiri keliru dengan bahasa itu. Tapi akibat pengaruh persekitaran dan lain-lain menyebabkan lidah kita rajin menyebut perkataan yang tidak pernah di dengar mahupun tercatit dalam Kamus Dewan Bahasa Pustaka. Bagi menagani masalah ini, kerajaan dan badan bukan kerajaan telah mengembeling pelbagai usaha mengani masalah ni. Tapi yang lebih penting adalah penglibatan masayarakat dan lebih-lebih lagi para mahasiswa untuk menjadikan ia sebagai suatu realiti.
Maka tak menjadi persoalan jika kita menguasai bahasa inggeris. Gunakan pada masa yang sesuai, dan lebih penting, utamakanlah bahasa melayu jika di lihat itu yang terbaik .
Tuah suka simpulkan dengan ringkas, belajarlah segala bahasa di dunia ini, tapi jangan lupa daratan yang kita ini bangsa Melayu dan Bahasa Melayu bahasa Bangsa. Tanpa bahasa sapalah kita.
Tuah Pengembara
27 Disember 2010
21 Muharam 1432H
Comments
Sejak bila tuan hamba menjadi aktivis bahasa?
Hehehe...
;p