Kalau dahulu aku mengembara nun jauh ke Kampung Tanjung Langsat, kali ini akan kubawa kalian ke tempat di mana pahlawan terbilang orang melayu Hang Tuah di lahirkan dan melakarkan sejarahnya tersendiri. Lain tidak lain Melaka Bandar bersejarah atau sekarang lebih di kenali Bandar warisan dunia . Bandar yang dahulunya merupakan simbol kegemilangan zaman kesultanan melayu Melaka dan di sini jualah menyaksikan bagaimana jatuhnya Kegemilangan Melaka pada satu malam sahaja. Dan di sini juga lah tempat menyaksikan jatuhnya darah pahlawan dan hulubalang Melaka ketika itu yang mempertahankan Bandar Melaka dari jatuh ke tangan Portugis.
Tapi kini ia hanya tinggal kenangan, yang masih menjadi ingatan hanyalah monumen bersejarah yang tiada tolok bandingnya harganya, dan tidak mungkin dapat di ganti dengan segunung emas pun. Bangunan yang terkenal seperti A Famosa dan Stadyus masih kekal utuh di pelihara agar generasi sekarang dapat melihat kesan yang di bawa oleh penjajah dahulu kala.
Aktiviti pada waktu malam dan siang sentiasa hidup. Lebih –lebih lagi oleh peniaga yang mencari rezeki demi menyara hidup mereka. Pemandangan waktu malam amat mengasyikkan dengan di terangi dengan lampu neon pelbagai warna menghidupkan lagi suasana malam yang sejuk. Kesibukan peniaga menjual barang, menggamatkan lagi keadaan.
Bila memasuki Bandar Melaka seperti anda memasuki Melaka pada zaman dahulu kerana reka bentuk zaman kolonial masih di kekalkan. Persaan seperti anda pada era kegemilangan Melaka terasa dekat di hati. Tapi yang menyedihkan adalah arus kemodenan yang tidak di kawal telah menyebabkan banyak warisan sejarah yang tiada tolok banding hilang begitu sahaja.
Pada hari terakhir aku bersama rakan-rakan menyiapkan tugasan akhir untuk asigmnent urban design, aku pergi hampir pergi ke semua tempat yang harus yang kami pergi. Aku sangat suka dengan perjalanan ini kerana dapat melihat bangunan yang memang susah nak di dapati lebih-lebih lagi di Johor Bahru. Seni Kolonial masih di kekal. Kedai yang rapat kedudukannya menambahkan perasaan seperti berada di zaman dahulu. Suasana orang berniaga oleh peniaga cina amat menambahkan keselesaan. Perniagaan yang di jalanakan ialah perusahaan antik, makanan, decrtion untuk rumah dan juga persiapan perkhawinan.
Aku paling suka tengok barang antik ada jam bandul yang lama mencecah ribuan ringgit dan tel jenis lama ada juga di jual dan mencapai RM 1200. Tak sangka makin lama makin bernilai. Bangunan di sana mempunyai nilai seni yang berlainan dan mengamalkan perwarnaan bagi menarik perhatian. Sebenarnya kawasan itu di panggil Jonkong street or paling senang cerita china town di Melaka. Tak sangka aku kawasan ini masih hidup di dalam pembangunan moden masa kini. Terfikir aku tentang baik buruknya kawasan ini. Tapi bagi aku baguslah kerana masih ada nilai sejarah yang masih tinggal. Kalo tak bagaimana anak cucu cicit kita nak tengok sejarah lama. Takan nak dengar cerita yang sentisa bertokte zok tambah dan tak tahu kebenaran yang sebenarnya.
Dalam kawasan yang majoriti cina terdapat petempatan orang melayu yang di namakan Kampung Katek. Aku dan kawan-kawan aaku ada juga memasuki rumah penduduk ini. Rupanya rumah ini merupakan salah satu daripada warisan Melaka dan rumah ini telah di ‘renovate’ oleh kerajaan Melaka. Rumah ini kecil dan bagi aku comel, kerana rumahnya kecil.
Bumi melaka ini tak lama lagi akan kami tinggalkan, trip perjalanan ini merupakan antara yang paling best dalam siri perjalanan aku ke seluruh Malaysia. Walupun ia di gabungkan dengan site visit aku tetap berpuas hati dapat merantau ke negeri orang dan merasai kehidupan yang berlainan dengan kehidupan aku yang lain. Rasa seperti di zaman dahulu ada juga kut. Satu hari nanti aku akan pasti ke sini lagi. akan Bernamalah kata-kata pujangga ‘kita akan menghargai sesuatu, jika kita sudah kehilangannya’
Kehilangan nilai sejarah, merupakan pekara yang paling menyedihkan kepada sesiapa pun. Dari sejarah kita menilai siapa diri kita. Dengan sejarah kita hidup lebih bermakna.
waktu malam di Jonker Street...lively
Kapal aku di atas darat!!!
Satu malam kat sungai Melaka
Comments