Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk menerobos bidang — bidang yang lain akan menjadi lebih mudah.
Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara.
Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia.
Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh disaksikan dengan insiden-insiden dan trend berikut:
- Pakaian jenama barat.
- Makanan segera keluaran barat.
- Minuman global yang ditaja oleh barat.
- Hiburan yang menonjolkan budaya barat.
- Media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda.
- Rekreasi yang meniru ala barat.
- Dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat
- Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat.
- Produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.
Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur.
Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu
UTUSAN PENGGUNA, NOVEMBER 1997, M/S 2
komen tuah
Di dada remaja alaf baru ini,perasaan ingin mencuba kuat di sanubari mereka.Pada tahap ini kita melihat mereka sedang begerak ke alan kematangan.Mungkin sebilangan orang ramai akan menagatakan ini adalah salah satu jalan untuk menjadi dewasa. Tetapi bagi remaja ini tidak mengnggap begitu kerna globalisasi itu, di rasakan bagi mereka sebagai jalan mereka menikmati hidup tanpa memikirkan hala tuju mereka. kalo keadaan ini berterusan pembangunan sassiah sosial itu akan hancur bagaikan beluncas yang memakan daun.sedikit demi sedikit akan menghabiskan dan meosakkan sturktur daun itu, tapi dari konsep ini kita lihat dari aspek sosial.
Adakah kita mampu menggantikan Perdana Menteri yang lama dan baru pada masa hadapan jika remaja yang dikatakan tunjang belakang negara .Hanya pandai mencari hiburan tanpa mengetahui apa yang berlaku.Apa yang di kesalkan, bila hanya di tanya berapa lamakah kita sudah mencapai kemerdekaan ,mereka dengan rase tidak malu mengatakan "hentah tak tahulah, time sambut nak tengok bunga api jer"
mereka tidak ada raser bersalah...
fikirkan lah ....bagaimana kita sebagai remaja menepis serangan globlisasi
jangan mudah melatah..
kita cuba jadikan globalisasi sebagai kemudahan memahami dunia yang kian singkat ini
kerana akhirat jualah yang kekal selamannya
janagn kita tertipu denagn permainan dunia..
Comments
nice opinion bob.. :)