Saturday, December 20, 2014

Festival Kraf Johor 2014

Ehem--ehem ...dah lama aku tidak update blog ni....
Telah berlangsung satu festival kraf Johor 2014 di Angsana Johor Bahru...
Kat sini pelbagai jenis kraftangan dijual...so aku memang tertarik nak datang...
tapi bukan nak beli pun just nak jalan..cuci mata..
So ditemani isteri tercinta...berjalanlah aku ke sana...
Meh aku belanja gambar....
p/s: tak ambik bnyak gambar pun...dok sibuk tengok barang hehe
Tulisan khat yang cantik
Pentas utama, ada banyak aktiviti yang berlangsung

Replika rumah/chalet...murah jer 16K jer

My wife sedang berinai, katernya da lama tak buat

Nah sapa nak abdikan muka dalam potret..leh mai sini.
..jauh brader neh datang...sarawak tu

Tak ketinggalan pamerean kereta klasik...wow..






Friday, June 13, 2014

Bosan dan Istiqamah

Bila harga melambung naik, mula kita berteriak...
Kenaikan harga itu satu kemestian, kononnya...
Berputar di atas fakta negara memerlukan anda, kononnya...
Jika itu benar aku tak kisah ..aku menyokong 100%
Tp jika sekadar angin...rakyat yang berhangin

********

Tiap perilaku cuba kujalankan dengan istiqmah
jam itu pula dia datang berbisik...BOSAN 
bosan pa?
Bosan dengn istiqamah...
Tertunduk berat mendengar dari berat memikul
Tertunduk dan fikiran jadi kosong

*********

Ahh...perlukah aku untuk sedih...
Positifkan minda..ubah untuk berubah
Amarah hanya memakan diri sendiri 
Wahai Hati tenangla dikau ,,,itu hanya dugaan

**********

Berbalik pada yang Esa
Dia jualah yang tidak pernah bosan dengan gelagat manusia
Tempat bergantung yang tidak pernah kecewakan kita

~~ Monolog dari Dari hati ke hati ~~

Wednesday, June 11, 2014

MONOLOG DARI HATI KE HATI

AKU NAK BERCERITA TAPI MULUT TERKUNCI BICARA,
MONOLOG HATI JADI PERANTARA,
MAKA BIARLAH MONOLOG ITU DARI HATI KE HATI,
CUKUP BAGI YANG MEMAHAMI,
JIKA DIFAHAMI, DI SYUKURI,
JIKA DIBENCI, BIARKAN BERLALU PERGI,
KERNA MONOLOG ITU DARI HATI KE HATI ,
BAGI MEREKA YANG BERHATI.

Satu Cerita

Ada satu cerita....
Cerita itu yang bakal mengubah paksi kehidupan aku
Yang aku tau Sang Pencipta yang menentukannya 
Jauh nun di Luh Mahfuz

Ada satu cerita....
Coretan cerita itu buat aku gembira..
walaupun banyak cabaran yang diltempuhi berliku
tapi aku percaya !!!
Dia akan menunjukkan jalan yang dituju...

 ~~ Monolog Dari hati ke hati

Tuesday, April 15, 2014

Year 2014 everything increase 2

Di bawah ini merupakan keluh kesah sahabatku yang bekerja dalam suasana ekonomi yang tidak menentu..maka di mana tempat nak mengadu..jika pada pihak yang bertanggungjwab pun hanya sekadar menadah telinga tapi tangan tidak melakukan apa-apa...

KIta mahu negara kita maju tapi jangan biarkan rakyat yang hidup didalamnya melarat. Disuruh bersyukur tetapi tiada usaha dalam membantu...bagi saya itu sia-sia. Ini bukan politik tahun 60an yang memilih kasih antara pihak mana yang patut di berikan. Semua perlu dibantu baik penyokong  kerajaan mahupun pembangkang.

Memang benar kita boleh membantah tapi janganlah bantah sampai negara kita tergadai. Yang penting ini kah peninggalan kepada anak cucu kita...sistem politik yang tidak masuk akal yang hanya menguntungkan segelintir pihak...fikir-fikirkan

Bila baca surat khabar, kata golongan siswazah baru bekerja pokai dan tak pandai uruskan duit. Hmm..
Memang betul zaman dulu gaji permulaan utk degree level cuma rm1800, tapi harus diingatkan, dulu tu ialah senario zaman 10 tahun yang lepas. Zaman dulu, RM10 sudah cukup untuk tampung duit makan sehari. Sekarang, makan tengahari pun boleh lebih dari RM10. Tiap2 hari makan nasi bajet.
Zaman dulu banyak peruntukan rumah murah disediakan. Sekarang, most of developers buat rumah untuk orang berpendapatan sederhana tinggi. Harga rumah range 200-350k. Kalau nak sewa rumah pun susah nak dapat RM400 ke bawah.
Siapa yang kerja kat area universiti atau sekolah ok lah, sebab harga makanan masih dikawal, kalau yang stay kat area uptown? takkan tiap2 hari nak makan mi segera? Zaman sekarang semua kos naik. Kalau nak lepaskan diri sendiri je memang boleh. Tapi takkan tak nak hulur duit dekat mak ayah? Pinjaman pendidikan takkan tak nak bayar? Ansuran kereta tiap2 bulan takkan tak nak bayar?
Mostly majikan nak yang berpengalaman, habis macam mana dengan siswazah yang tak ada pengalaman langsung? Mostly they view us as being 'incompetent'. Kalau tak ada siapa beri peluang macam mana nak dapat pengalaman? Most of degree holders yang bekerja sekarang akan buat kerja part time untuk tampung keperluan harian.
Rata-rata member yang bekerja mostly dapat gaji bawah RM2500. Rasa sayu pula bila memikirkan nasib graduan yang baru nak bekerja ni..

Friday, April 11, 2014

kemajuan dan politk part 1

Kemajuan menjadi isu utama yang selalu diperdebatkan di media massa mahupun menjadi topik kajian penyelidikan di intitusi pengajian di seluruh malaysia amnya. Jika dilihat cakap sahaja pembangunan mesti ada pasal kepimpinan. Jika skop ini kepimpinan adalah ahli politik kita yang ada diluar sana.Persoalannya sejauh manakah pembangunan mendatangkan hasil melalui politik. Post kali ini akan berfokuskan kepada kemajuan dan kempimpinan dari prespektif penulis.

Pembangunan yang berlaku banyak melibatkan politik...bukan nak mengata tapi itulah realiti...semakin dekat pilihan raya pelbagai pmbangunan dijanjikab..malah muka pemimpin yg bertanding itu lar yang paling banyak..tapi selapas itu hilang...yang tinggal gmbar poster yang semakin pudar dek mentari..

Tapi nak buat camna...pembangunan nak jalan..pemimpin perlu ada...di Malaysia...kita nampak aman shj..sy bersyukur dengan nikmat itu...tp ada sebahagian kecil yang cuba untuk menggangu gugat keamanan tersebut...itu saya tentang habisan dan perangai itu sgt menjijikan..

Pemimpin perlu larr terbuka dengan teguran dan wajib faham....di Malaysia penduduknya semakin hari bertambah dan terdiri daripada berbilang bangsa..maka jika ada mengeluarkan kata2 kesat..bersabar dan jawablah dengan tenang..cuba kita ambil contoh role model kita rasulullah.cara dia ..rileks shjkan..dan bertindak pada tmpatnya....

Bersambung......

Jika nak dibincangkan banyak lagi nak sy coretkan mengikut prespektif saya...maka sy smbung pada part 2 ...


Jika ada sebarang komen sila tuliskan...dan pada masa yang sama saya akan memperbaikinya..insyallah