Wednesday, December 21, 2011

Wednesday, November 30, 2011

Hati sapa kena Jaga??

BIla kita jaga hati orang....masaLak  orang nak jaga hati kita...??

Orang memberi , kita merasa...
Orang berbudi, kita berbahasa

Tuesday, November 29, 2011

Akta IPTS dipinda sekali dengan pindaan AUKU - Saifuddin


Dari Utusan Malaysia online...

29/11/2011 3:44pm

KUALA LUMPUR 29 Nov. — Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996 serta dua akta berkaitan institusi pengajian tinggi perlu dipinda bagi menjadikan pindaan terhadap Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) lebih komprehensif, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Katanya, dua akta untuk pindaan bersama dengan AUKU ialah Akta Universiti Teknologi MARA 1976 dan Akta Institusi Pendidikan (Disiplin) 1976.
Beliau berkata, pindaan terhadap akta berkenaan perlu bagi membenarkan penuntut IPTS menyertai parti politik seperti mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menerusi pindaan AUKU.
"AUKU hanya melibatkan IPTA dan tidak melibatkan IPTS. IPTS tertakluk di bawah Akta IPTS, yang memperuntukan Seksyen 40 yang hampir sama dengan Seksyen 15 AUKU. Jadi ia harus dibawa sekali, kalau tak kita tak konsisten,” katanya kepada pemberita selepas menghakimi Pertandingan Akhir Pidato Piala Perdana Menteri anjuran Pemuda Barisan Nasional di sini, hari ini.
Saifuddin berkata, kementerian akan mengemukakan cadangan pindaan kepada Jemaah Menteri pada Mac tahun depan selepas proses rundingan dengan pihak-pihak berkaitan.

Menurut beliau, pindaan yang dicadangkan itu bertujuan melindungi hak penyertaan mahasiswa dalam politik dan pada masa yang sama menjaga kepentingan universiti sebagai pusat pengajian. — Bernama

Sunday, November 27, 2011

AUKU DAN MAHASISWA

Di sini aku melampirkan keratan akhbar dari utusan malaysia mengenai isu AUKU ....


Kerajaan iktiraf hak mahasiswa sertai parti politik - Saifuddin

24/11/2011 4:35pm

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Keputusan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 menunjukkan bahawa kerajaan mengiktiraf hak dijamin perlembagaan untuk mahasiswa terlibat dalam politik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata, ia membuktikan kerajaan sentiasa mendengar suara orang muda khususnya mahasiswa yang meminta supaya mereka yang ingin terlibat dalam politik harus dibenarkan.
"Ia membuktikan bahawa kerajaan sentiasa melakukan pembaharuan... pindaan yang awal sudah dibuat pada Feb 2009, dan ini akan berlaku satu lagi pindaan yang lebih besar dan komprehensif,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.
Menurut Saifuddin, Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan dipinda itu membawa perubahan yang lebih bermakna terhadap penglibatan mahasiswa dalam politik negara secara menyeluruh. - Bernama

Di bawah ini pula merupakan rencana yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia.....

AUKU: Seksyen 15(5), mana silapnya?



AKTA Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mula kembali mendapat perhatian umseiring dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan bila-bila masa. Pelbagai ramalan mengenai tarikh sebenarnya PRU-13 dibuat oleh setiap parti politik bagi mengatur strategi yang ampuh dalam memastikan kuasa pemerintah dapat dimiliki untuk kira-kira lima tahun lagi.

Dalam pada itu, demi memastikan kesinambungan survival parti, Sudah pasti, mahasiswa adalah kumpulan yang tepat untuk memberi sumbangan dalam jentera pilihan raya bagi meraih undi daripada pengundi.
Kita sedar bahawa mahasiswa telah dilatih bijak dalam berkomunikasi dan memiliki kematangan diri yang tinggi. Maka, tidak hairanlah ramai pemimpin politik berlumba-lumba mencari jalan membolehkan mahasiswa terlibat dengan dunia politik secara terang-terangan.

Natijahnya, ia menjadi isu perdebatan sejak beberapa bulan lalu sehingga membawa kepada pengumuman bahawa Seksyen 15 AUKU akan dipinda pada 24 November 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang Dewan Rakyat tempoh hari. Pindaan itu dijangka menukar landskap politik negara dan tiada siapa boleh memberi jaminan ia akan dapat membantu meningkatkan kecemerlangan mahasiswa khususnya pencapaian akademik mereka.

Jika kita menyorot kembali sejarah penggubalan AUKU, sudah pasti kita memahami tujuan dan semangat ia diwujudkan dan mengapa pemimpin kita yang lalu bersusah payah menggubal akta ini? Persoalannya, adakah akta ini terutamanya Seksyen 15 menyekat kebebasan mencipta kreativiti dan inovasi dalam dunia kepimpinan? Apa yang pasti seksyen ini sebenarnya menghalang pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi mahasiswa demi agenda politik masing-masing. Banyak percubaan dilakukan dalam usaha memansuhkan akta ini dengan mengerakkan kumpulan mahasiswa yang menamakan mereka sebagai Gerakan Mansuhkan AUKU. Kononnya, akta ini menyukarkan mahasiswa menyuarakan pandangan dan suara terutamanya penglibatan secara langsung dengan parti politik kerana perlu mendapat kelulusan Naib Canselor.

Pihak kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi telah membuktikan sikap keterbukaan kerajaan dalam menghurai kemelut ini dengan membuat pindaan terhadap AUKU ini pada 2009.
Pindaan baru ini juga diyakini akan mampu menjaga kepentingan mahasiswa secara keseluruhan dan bukannya hanya tertumpu kepada golongan minoriti yang juga mempunyai agenda tertentu demi kepentingan peribadi atau parti politik. Apa yang menyedihkan, ramai pihak ingin turut serta berdebat atau berbicara dalam isu AUKU ini tetapi hanya segelintir yang memahami secara mendalam mengenainya. Kesannya, situasi ini mengelirukan ramai pihak terutamanya mahasiswa dan warga kampus. Seolah-olah AUKU ini penyebab utama terhadap mahasiswa lesu dan kurangnya keyakinan diri, yang akhirnya mendorong kepada peningkatan kadar pengangguran di kalangan mahasiswa.

Masyarakat harus memahami dan menghayati peranan penubuhan sesebuah universiti yang bukan hanya melahirkan golongan intelektual yang memiliki kematangan berpolitik tetapi tanggungjawabnya lebih menjurus kepada melahirkan graduan yang memenuhi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Hakikatnya, dunia kemahasiswaan ini berbeza. Mereka memerlukan masa memberi tumpuan kepada proses pemahaman terhadap kursus diikuti terutamanya mahasiswa perubatan dan kejuruteraan. Kadang-kala, masa untuk bersukan dan berkokurikulum agak terhad. Ini adalah suatu kebiasaan untuk mahasiswa memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Pembinaan mahasiswa secara holistik juga dituntut bagi memastikan graduan yang terhasil kelak memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

Persoalannya, adakah pihak industri mahukan mahasiswa yang hanya aktif berpolitik sahaja atau mereka yang bagus dari segi bidang akademik serta mempunyai nilai tambah dalam pelbagai bidang kokurikulum diambil sebagai pekerja?

Inilah cabaran yang harus ditempuhi sekiranya pindaan ini diteruskan dengan membenarkan mahasiswa berusia 21 tahun menyertai parti politik dan kebanyakan mahasiswa yang berumur tersebut berada di pertengahan tempoh pengajian yang menuntut mereka lebih fokus agar dapat menghabiskan pengajian dalam masa yang ditetapkan oleh universiti dengan baik.

Satu perkara harus dipertimbangkan, walaupun, sekatan diwujudkan terhadap parti politik daripada memasuki kampus dan mahasiswa tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik. ika difikirkan kembali, adakah sekatan ini boleh dipatuhi? Bolehkah parti politik dihalang masuk ke dalam kampus? Sedangkan tanpa kebenaran pun parti politik sudah menyelinap ke dalam kampus menerusi agen di kalangan warga kampus.
Inilah yang harus diterima oleh semua bahawa AUKU pindaan 2009 memang tiada silapnya tetapi ia mampu membendung dan menyekat parti politik untuk mengambil peluang ke atas mahasiswa untuk menjadi kuda tunggangan bagi mencapai agenda politik rakus mereka.

Mahasiswa harus didekati dengan memberi peluang menjadi golongan pengimbang kepada sistem politik negara.
Biarlah air mata ibu bapa yang mengiringi mahasiswa adalah air mata kegembiraan dan bukannya kesedihan kerana tiada satu pun, ibu bapa yang menghantar anak mereka ke universiti semata - mata mahukan anak mereka berpolitik berbanding menjadi anak yang berbakti dan merubah nasib keluarga.
Kematangan mahasiswa haruslah dinilai secara 360 darjah bukannya hanya dilihat dari segi umur mereka semata-mata. Jatuh bangun negara di masa hadapan terletak di tangan golongan muda hari ini yakni mahasiswa.

pa pulak kata mahasiswa....ni pula di ambil dari UKM  http://gazebodaily.net/2011/11/28/pinda-ss-15-auku-mpp-aspirasi-ukm-kecewa-tindakan-najib/


Pinda SS 15 AUKU : MPP Aspirasi UKM Kecewa Tindakan Najib

Bangi, 28 Nov : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Aspirasi UKM kelmarin menyatakan pendirian sebulat suara bersetuju menggesa kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib agar melakukan kajian secara terperinci mengenai pindaan ke atas seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
“Pihak kami yakin bahawa hanya segelintir mahasiswa yang cenderung untuk mengamalkan politik kepartian dan angka ini tidak sampai 20-30 peratus dan ianya tidak mengambarkan nilai majoriti.”
“Masyarakat kampus hari ini yang lebih terdedah dengan amalan kesederhanaan, sikap musyawarah yang menolak fahaman ekstrtimis akan lebih selesa untuk mengekalkan apa yang sudah diamalkan sejak pengenalan AUKU sekitar tahun 70 ‘an itu.”
Tolak budaya politik kepartian
Tambah mereka,“Hal ini dapat dilihat apabila temu bual secara lisan MPP Aspirasi bersama beberapa pelajar sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bebeberapa universiti sekitar yang menyatakan bahawa mereka tidak setuju jika seksyen tersebut dipinda.
“Bagi mereka amalan menolak budaya politik kepartian ini harus dipertahankan kerana ianya merupakan jaminan bagi melahirkan pemikiran mahasiswa atau bakal graduan yang lebih merdeka tanpa dipengaruhi oleh idealogi politik kepartian yang disertainya.”
Aspirasi tolak sifat ekstrimis
“Memang benar di universiti ada Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa tetapi ianya setakat ini hanya melaksanakan idealogi pelajar dan bukannya idealogi parti politik luar.
“Aspirasi UKM sebagai contoh yang telah sekian lama menjadi tunjang kesejahteraan politik kampus yang menolak sifat ekstrimis merupakan jambatan politik terunggul dan bukannya politik kepartian luar.”, tegas wakil persatuan pelajar berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan.
Dan mereka menyeru agar kerajaan pertimbangkan semula keputusan pindaan seksyen 15 AUKU demi kesejahteraan kampus dan kelestarian idealogi merdeka mahasiswa tanpa pengaruh budaya politik luar yang tidak sesuai dengan cara hidup mahasiswa. – GZDaily


Album sungai Rengit







Semalam g Pengerang ada site visit so , ni lah gambarnyer..hehe.(tq kak ros )...hehe

Tuesday, November 22, 2011

"Duit Boleh Beli Segalanya"

Aku sangat tertarik dengan statement ini.....ada my bestfriend cakap macam ni...tapi dengan bangganya aku tak sokong 100%.....haha


Tapi aku raser ramai yang sokong...(hurm.......)


Ada sebab aku mengatakan sedemikian.....but before that ni ayat yang  aku jumpa dalam blog orang lain....


Dengan duit anda boleh beli sebuah rumah tapi bukan tempat berteduh/berlindung.
Dengan duit anda boleh beli sebuah jam tetapi bukan masa.
Dengan duit anda boleh beli katil yang selesa tetapi bukan tidur.
Dengan duit anda boleh membeli buku tetapi bukan ilmu.
Dengan duit anda boleh beli kedudukan tetapi bukan kehormatan.
Dengan duit anda boleh beli darah tetapi bukan nyawa.
Dengan duit anda boleh beli seks tetapi bukan cinta.

Dan ini ada tambahan ....

“Dengan duit kita boleh membeli tilam, namun kita tidak dapat membeli tidur yang lena" 
“Dengan wang anda boleh membeli sebuah rumah tetapi bukan kediaman” 


“Dengan wang anda boleh membeli buku, tetapi bukannya pengetahuan.” 
“Dengan wang anda boleh berjumpa doktor, tetapi bukannya kesihatan yang baik.” 


"Wang tidak boleh beli cinta untuk ku”, the Beatles.” 
“Wang adalah punca kepada semua kejahatan.” 


“Bila wang dipinjamkan, musuh telah dicipta”, pepatah Portugis. 
“Hina besi kerana karat hina manusia kerana miskin (tiada berwang)” 
"Wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang."

Sebenarnya persoalan ini merupakan satu pekara yang subjektif....semua orang ada pendapat yang tersendiri....yang penting ideologi yang kita bawa tu sendiri...

"Bagi aku duit itu sebagai mangkin bukan segalanya....duit bagi aku memberikan kesenangan bukan kebahagiaan....."

" Bagi aku duit bukan boleh membeli cinta, tetapi sekadar jalan untuk mendapatkan cinta"

"Sekiranya kita letakan duit di dalam hati...pasti duit yang memandu kita..."

*******************************

Setiap orang ada pandangan orang tersendiri...so kita dengar ...dan yang paling penting jangan kita lukakan hati orang itu dengan kata-kata yang tajam...pada akhirnya.....

Friday, September 23, 2011

Pusat Islam Ground Zero DI buka...


Semasa aku melayari internet aku terjumpa dengan keratan akhbar yang menarik perhatian...ni mungkin kesan daripada 11/9 yang menggegarkan dunia. 

Dan ini merupakan satu sebab kita perlu memahami agama islam secara mendalam supaya tidak berlaku tanggapan negetif masyarakat....lebih-lebih lagi yang bukan islam.

Pusat Islam Ground Zero dibuka


SEORANG anggota polis berkawal di hadapan pintu masuk ke Pusat Komuniti Islam Park51 dekat Ground Zero di New York, kelmarin. - REUTERS


NEW YORK 22 Sept. - Sebuah pusat budaya Islam berhampiran bekas tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Ground Zero di sini, dibuka secara senyap-senyap semalam walaupun mendapat tentangan hebat daripada penunjuk perasaan berhubung perkara tersebut pada tahun lepas.
Upacara pembukaan pusat yang diberi nama Park51 itu turut dilengkapi dengan pameran gambar bertajuk NYChildren yang mempamerkan lebih 160 potret kanak-kanak dari golongan pendatang di bandar raya New York.
Park51 terletak dua blok dari bekas tapak WTC pada mulanya menimbulkan kekecohan dan perdebatan hebat mengenai kedudukan Islam dalam kepelbagaian agama di Amerika Syarikat (AS).
Tidak mahu mengalah dengan diskriminasi yang melanda, Park51 berikrar untuk menawarkan perkhidmatan sosial dan rekreasi termasuk kesihatan serta kemudahan pendidikan selain isu-isu agama.
"Park51 kini dibuka untuk semua golongan masyarakat di New York," kata sebuah kumpulan di laman web pusat tersebut.
Tahun lepas, beribu-ribu penduduk New York melancarkan protes membantah pelaksanaan projek tersebut.
Selain itu, projek tersebut turut mendapat tentangan daripada pastor Kristian yang mengancam untuk membakar beratus-ratus kitab suci al-Quran sekiranya ia dilaksanakan. - AFP

Sumber uTusan Malaysia Online...

Sunday, September 18, 2011

Tak Berkenan......

Aku ni bukan manusia yang baik mahupun menjadi role model dalam sesuatu bidang.....
dan sebagai manusia perasaan tak berkenan pasti jua melekat dalam hati ini.....

1. Perangai yang sentiasakan risau tak tentu pasal
 - Payah kalo ada orang macm ni...bukan pa ..risau kenkdang tak masuk akal....plizlah ....macm lah akan sentiasa berlaku yang buruk.....yang penting jaga diri....
2. Bila berjanji ..hampeh...lewat selalu
- Nilah perangai yang PALING aku benci....bukan pa kalo lewat bersebab tapi cuba bayangkan kalo ada sebab pun tak masuk akai....tapi nak buat macm mana..aku rasa dah jadi macm budaya....hurm ....kalo aku...sorylah .....BYE-BYE lah.....

3. Bila kita tanya elok2, jawapannya ngalahkan cakap ngan budak 3 tahun
- ni pun satu lagi perangai yang aku selalu jumpa......aku berpegang pada falsafah "TAKDER SEBARANG SOALAN YANG BODOH" ......so jganla....sebut soalan tu bodoh....yang memberi jawapan..berilah jawapan yang paling baik...

Friday, September 16, 2011

IMpian SAng Tuah

Tiap orang pasti ada impian bukan..takpun mimpi indah....aku pun jua pasti ada....bnyak impian aku ingin capai tatkala masih berpijak di bumi dan bernafas dalam atmosphera....bumi ini.....

IMpian Yang pertama

Melawat a.k.a Melancong ke Eropah dan Timur Tengah.....


BUkan pa.....kalo aku dengar kenkawan yang beljar nun jauh kat tempat tu.....macm best pulak rasernyer...bukan pa nak merasa tempat orang...melawat tempat sejarah....melawat tempat indah..hurm gitulah....Lagipun kita hidup kat dunia pun hanya sekajap so tambah pengalaman.....kat negara.....ai bila agaknya ya????huhu

Impian Yang Kedua

Belajar main drum muzik....


Eden ni taklah pandai sangat bab seni muzik ni...tapi bila nampak orang main drum mcam menarik lak.....lagipun muzik drum rancak....so leh lah time aku tension aku ketuk drum tu kuat-kuat...tapi masalahnya..kat rumah aku tu tak der bilik serap bunyi..karang takpasai aku kener baling selipar dari rumah sebelah....

IMpian Yang Ketiga.....

Nak Benda yang memang time sekarang emang payah nak dapat......


ni lah impian yang paling best.....contohnya....kemera DSLR. Basikal moutain bike, motosuperbike, PC tuk gamerz....hehe


Sunday, August 14, 2011

Frank Welker..Sapa tu??


Tadi time nak g keja....aku ader terbaca surat khabar dan jumpa artikel menarik 'Pelakon terkaya yang tidak  terkenal"..baca pnya baca rupanya tentang seorang yang bernama Frank Welker...
so sebab nak tahu lebih lanjut aku pun mencari sumber dalam internet dan berjumpa dengan sumber asal berita..ni kat bawah ...linknyer aku dapat dari...sini
NI lah orang nyer
The showbusiness world has not been quite so amazed since Miriam Margoyles was revealed to be the voice behind the sultry babe in the 1970s Manikin cigar TV ads. Hollywood has published its league-table of the top 100 credited actors at the box office since 1980. So who are they? Well, No 3 is Tom Hanks, whose 44 movies grossed $4.4bn (£2.7bn). No 2 is Samuel L Jackson, whose 85 movies earned $5.2bn (£3.2bn). And No 1 is Frank Welker with over $6bn (£3.7bn) for 95 feature film credits.
Huh? Who? Frank Welker is a voice artist, perhaps the king of voices. He's the cat Azrael in the new Smurfs adventure, and all six penguins in Mr Popper's Penguins. He's been the voices of Soundwave and Megatron on the Transformers films. He's been both Fred and Scooby in Scooby-Doo. He's been . . . just about everyone in everything in his time. Unlike the pouting divas of the acting world, he doesn't insist on his own interpretative greatness: he can deliver exactly the effect the director wants in the recording studio – in not too many takes.

Nak bacaan lanjut pergi ke laman ini....http://www.guardian.co.uk/film/2011/aug/09/frank-welker


Komen TP : Tak sangka dengan suara jer dapat duit...so pengajaran jaga suara elok2 mana tahu leh jadi kaya macam mamat ni....untung kot....tapi kena jaga suare gak,,..jagan sebab suara kita dapat dosa..peace!!

Tuesday, August 9, 2011

Que le cheval vive en moi (May the horse live in me)


Art Orienté objet, Que le cheval vive en moi, 2011. Photo: Miha Fras
Asalamualaikum dan salam sejahtera

Art Orienté objet, Que le cheval vive en moi, 2011. Photo: Miha Fras
kalo baca tajuk kat atas, mesti ada yang berfikir sejak bila mamat ni belajar bahasa asing ni...sebenarnya ni aku ambil dari satu laman Que le cheval vive en moi (May the horse live in me) - we make money not art we make money not art: Que le cheval vive en moi (May the horse live in me) /MTIf...

Apa yang aku nampak ini merupakan satu ekperimen yang agak di luar akal fikiran....darah manusia campur darah kuda....kenkadang terpikir gak dalam benak fikiran aku .....dalam zaman teknologi semua benda nak di cuba....tak terfikir ker...diorang yang manusia adalah yang terbaik ciptaan..tak usahlah nak ubah-ubah atas dasar sains...pelik tullah....


komen Tuah; Bila takder kerja, manusia akan mencari kerja...tak kisahlah kerja tu..melanggar perintah Tuhan...semoga Allah menggampunkan dosa mereka ..dan hindari kita dari melakukan pekara sebegini......

Wednesday, August 3, 2011

RIndu..


Terasa nak baca buku ...lak..rindu dengan buku....

Tuesday, August 2, 2011

Flight Of The Navigator - Full Movie


Nak tgok cerita fiksyen zaman 90an sebelum era CGI...sekarang, so tuah cadangakan cerita kat atas...cerita ni sebenarnya khas dari disney channel, pasal alien dan time travel.

Cerita dia mungkin tunjukkan kepada bebudak zaman tu, tapi Tuah tengok jalan cerita dia menarik dan yang penting masej kekeluargaan yang di bawa. Malah penonton di sajikan pandangan masa hadapan. So sesiapa yang berminat tgoklah..Best!

Serlahkan Senyuman...Melalui gambar




Gaya Mutu Keunggulan!!
Dari kiri Abg Yazid, Abg Zul,Abg Emi and Napi
Ok! Senyum!
Baris dapan Dari kiri -Kak Laily,kak su,kak Lin, Kak Zai, Seha dan Kak Susi



Semalam, orang pejabat tuah pakai baju baru rasmi diorang so .....tuah di berikan tugas ambil gambar...maka ini lah hasil....nyer....hehe

Dari kiri Abg Yazid, Abg Zul,Abg Emi and Napi

Monday, August 1, 2011

Jauh di dalam hati


Jauh dalam hatiku ada satu ayat "Bila kita cinta dan sayang kat orang tu, tak semstinya kita akan dapat dia"
Betul jugak kata-kata itu.....Biarlah ...dan
kita harus bersyukur dengan apa yang ada.....

Ku pegang akan ayat itu, Bagi yang membaca jangan membuat andaian awal, pada yang memahami....sekadar senyuman kuberi....

Sekadar dari jauh mengetahui, betapa bahagianya dia, sudah mencukupi ......
percaya yang tuhan telah menetapkan sesuatu pasti ada hikmahnya....

ku besyukur dengan pa yang Kau berikan.....

Thursday, July 28, 2011

Global Outreach--Meh Bergambar Meh...Berha

Lompatan Mantap di Candi Brobodur

Bergambar bersama Mahasiswa Insitut Teknologi Bandung
Di Tangkuban Perahu

Perjalanan yang memenatkan dari Semarang - Bandung (15 jam kut)


Meh beli kacang ,,,meh

Singgah Beli buah duku

Presentation di Universti Diponogero (UNDIP)





Perbincangan workshop bersama Mahasiswa UNDIP


Rehat sekejap



Tuesday, July 19, 2011

Malam sebelum perjalanan....



Malam itu berkumpulah kami di studio bagi mempersiapkan segala kelengkapan terakhir sebelum memulakan perjalanan ke yongjakarta Indonesia, separuh daripadanya mengukuhkan seni dalam gerak tarian rampai dan bakinya berlatih persembahan Boria dan kesemua ini bakal kami persembahkan dihadapan penuntut di Universiti Yongjakarta Indonesia. Malah ada juga yang menyiapkan Slide pembentangan yang akan di bentang di sana nanti. 

Perjalanan ini yang bermula dari UTM ke LCCT Kuala Lumpur dengan menaiki bas dan kemudian menaiki kapal Terbang Air Asia ke Yongjakarta melibatkan seramai 23 orang termasuk 5 pensyarah pengiring. Program yang di kenali sebagai Global Program Outreach (GOP) adalah salahsatu daripada usaha universiti dalam memberi peluang kepada mahasiswa dalam menimba pengalaman di negara orang, dan menikmati pengalaman berada di negara luar. Walaupun perjalanan ini sekadar pergi ke seberang Malaysia. Tapi pengalaman yang akan di timba oleh para pelajar adalah lebih bermakna.

Bagi memberi gambaran semasa perjalan aku dan sahabat aku selama hampir 9 hari perjalanan, aku akan sentiasa mengupdate perjalanan harian melalui blog ini dan melalui facebook(Jika ada kesempatan masa). Semoga perjalan yang di tempuh akan memberi seribu makna kepada aku dan kawanku.

Thursday, July 14, 2011

Perjalanan Yang Jauh

Asalamualaikum dan salam sejahtera para blogger.....
Dalam masa terdekat ini, kaki aku akan melangkah ke tempat yang asing bagi diri akusendiri, walaupun nun hanya di pisahkan dengan selat melaka, aku harapakn perjalanan yang jauh ini, bakal menjadi titik tolak dalam perjalanan hidup akudalam pengembaraan ke negara orang.

walaupun sekadar pergi dalam tempoh masa 9 hari, aku berharap semua yang aku lalui bakal menjadi sejarah hidup yang aku kenang sampai bila-bila.Insyallah jika aku ada kesempatan masa aku akan update pengembaraan ini.....supaya ilmu dapat di kongsikan bersama....

Wednesday, June 29, 2011

Israq dan Mikraj

 Malam yang penuh hikmah itu
Malam Sang Penghulu memula langkah
Sang Jibrail menjadi peneman
penghilang kekusutan
Menemui Tuhan sang pencipta Alam

Ditunjukkan baginda pelbagai keadaan
Si Jibrail pelerai segala pertanyaan
Melalui 7 pintu langit, si buraq meluncur
Tak tercapai akal, bagi mereka yang tidak bersyukur

 Disyariatkan solat ketika itu,
5 kali sehari semalam,
pahalanya bak melakukan 50 kali sehari semalam
Lalu bermulalah sebuah pengabdian kekal bagi mereka
Yang hidup dan nafasnya kerana Allah