Monday, December 27, 2010

“Bahasa Orang Melayu” Vs “Bahasa Orang Putih” Suatu Realiti zaman kini

Semasa menunggu kawan tuah yang sedang melayari internet di CC, sempat jugak Tuah membaca akbar untuk hari ini, dan kebanyakan darinya adalah berkisarkan kemenagan Skuad Harimau kita mengalahkan Garuda. Tuah hanya tersenyum kerana sudah menjangka cerita ini akan menjadi tajuk utama dan buah mulut orang ramai. Tapi kali ni tuah bukan nak cakap pasal Bola tapi Mengenai penggunaan bahasa kita ni.
Dalam akbar Metro hari, ni terdapat rencana mengenai penggunaan bahasa melayu yang semakin “layu”. Tertarik jugak tuah membaca, yang ditekan dalam rencana itu, penggunaan bahasa Melayu semakin lamah dan orang sekarang lebih mengaggungkan bahasa lain dari bahasa ibunda kita semua, itu Tuah tak nafikan, ramai di kalangan kita yang tidak menggunakan bahasa melayu dengan betul. Tuah pun salah seorang daripada mereka. Dan coretan kali ini, merupakan pendapat tuah mengenai isu tersebut.
Bagi Tuah yang juga sebagai seorang mahasiswa, berpendapat semua wajib mengetahui satu bahasa asing dalam hidup mereka, lebih-lebih lagi dalam bahasa Inggeris kerana dalam dunia sekarang, bahasa tersebut di jadikan bahasa komunikasi dunia dengan kemahiran berbahasa yang baik, kita dapat menguasai semua bidang dan meningkatkan kebolehpasaran dan produktiviti kita. Tapi hendak Tuah tekankan disini, bukan Tuah cakap yang bahasa ibunda yang kita sanjung  ini tidak di endahkan atau di sisihkan tetapi mereka sepatutnya wajib tahu, tentang bahasa Melayu dan dari situ lah Slogan “cintailah bahasa kita” benar-benar di fahami. Tuah nampak dari pengalaman Tuah sendiri yang rakyat luar negara  senang mempelajari bahasa melayu dengan alsan mudah menuturkan, maka kita yang lahir sebagai Melayu, tidak malukah kita bila di ajukan persoalan mengenai bahasa ibunda, kita diam seribu bahasa tidak pun kelu lidah tidak terkata. “Tepuk dada tanya selera” jawapannya ada tetapu kita yang tidak mengendahkannya. Memang Tuah tak nafikan salah bagi generasi kita menggunakan bahasa rojak ataupun bahasa campur, kerana ia akan merosakkan bahasa dan akhirnya kita sendiri keliru dengan bahasa itu. Tapi akibat pengaruh persekitaran dan lain-lain menyebabkan lidah kita rajin menyebut perkataan yang tidak pernah di dengar mahupun tercatit dalam Kamus Dewan Bahasa Pustaka. Bagi menagani masalah ini, kerajaan dan badan bukan kerajaan telah mengembeling pelbagai usaha mengani masalah ni. Tapi yang lebih penting adalah penglibatan masayarakat dan lebih-lebih lagi para mahasiswa untuk menjadikan ia sebagai suatu realiti.
Maka tak menjadi persoalan jika kita menguasai bahasa inggeris. Gunakan pada masa yang sesuai, dan lebih penting, utamakanlah bahasa melayu jika di lihat itu yang terbaik .
Tuah suka simpulkan dengan ringkas, belajarlah segala bahasa di dunia ini, tapi jangan lupa daratan yang kita ini bangsa Melayu dan Bahasa Melayu bahasa Bangsa. Tanpa bahasa sapalah kita.
Tuah Pengembara
27 Disember 2010
21 Muharam 1432H

Sunday, December 26, 2010

Malaysia 3 –Indonesia 0



Kali ni Tuah nak cerita pasal bola. Tuah ni bukanlah peminat bola sejati macam kawan-kawan tuah yang lain, tapi situasi kali ni berbeza sedikit, sebab Malaysia lwn Indonesia untuk merebut piala suzuki yang di idam-idamkan oleh semua pasukan di Malaysia. Malam ni malaysia berpesta gol dengan 3 jaringan dalam separuh masa kedua.

Tuah mengucapkan taniah kepada pemain negara, kerana bermain bersungguh-sungguh. Tetapi dalam menyambut keriangan kemengan, terdapat insiden yang mencacatkan keindahan permainan ini. Mana taknya penjaga gok Indonesia di suluh cahaya leser sehinggakan memaksa mereka memberhentikan perlawanan sekejap. Hurm bagi pandangan Tuah, tak bestlah kalo berlaku camni, takder semangat kesukanan langsung, mana aci main gitu, walaupun kita bermain demi kemenangan tapi kita mahu kemengan itu secara sah bukannya kotor. Tuah paham perasaan penyokong Malaysia yang iginkan pasukan kesayangan mereka menjuari perlawana ini, tapi itulah  jangan kita malukan negara di sebabkan insiden kecil ini.

Tapi apa pun, Tuah rasa yang paling mencabar adalah dalam perlawanan kedua nanti, haa...mana takya bermain di padang lawan pula...mari kita berdoa semoga skuad Harimau kita berjaya insyallah.  Maka jumpa kita di sana!
Laungkan MALAYSIA BOLEH! X3

Tuah Pengembara
26 Disembar 2010
20 Muharam 1432H

Saturday, December 25, 2010

Song Lyric-Esier to Lie dan Brielle

Hari ni punya entry tuah nak paparkan dua buah lagu favorite tuah (lirik jer pun) ....dan lagu ni tidak kena mengena dengan sebarang unsur politik kerajaan atau pun pembangkang...haha..



Easier to lie
By: Aqualung


To be in the way
We push into the sky
It's easier to lie
Easier to lie
And on, you sleep
To look you in the eye
It's easier to lie
Easier to lie

To be the one
To be the only one
Someone else to give and love
Something else to give me love
And who am I
To give you what you need
Well, I’m learning
Just learning
Learning how to live and..
To give away
Im pushing to the sky
It's easier to lie
Easier to lie
And on, you sleep
To look you in the eye
It's easier to lie
Easier to lie
To fill the space
The space you made for me
I try to be the one you want
I try to be the way you want
And maybe I
Could be the one you need
If you'll only
Show me
Show me how to live and...
To be in the way
We push into the sky
It's easier to lie
Easier to lie
And too, I try
Well, everything is wrong
It's easier to run
It's easier to...
Never have
To look you in the eye
It's easier to lie
Easier to lie
To be in the way
I’m pushing to the sky
It's easier to lie


Brielle
By: Sky Sailing

There's a handwritten note pressed in the door of her screened in porch
And I am sailing away recalling that day miles from shore
She was still wearing white and robin’s egg blue, Her grandmother's dress
When I left early this year, how I wound up here is anyone's guess
When the new sites grow old and I start to feel cold I'll sail home again

[Chorus:]
Goodbye Brielle
Only whispers can tell
Of the sweet dreams that we knew so well
I'll see you around our dear ocean town
The frozen days we set ablaze
Sent me drifting away
Like a butterfly, you floated by and now you're alone
I wish I knew when I'll be back again
So until then I wish you well
My dear Brielle

Strolling over the sand, cobblestone paths that wind through the trees
Breathing the sweet forest air makes a blue bird aware that she could be free
When the new sites grow old and I start to feel cold I'll sail home again

[Chorus:]
Goodbye Brielle
Only whispers can tell
Of the sweet dreams that we knew so well
I'll see you around our dear ocean town
The frozen days we set ablaze
Sent me drifting away
Like a butterfly, you floated by and now you're alone
I wish I knew when I'll be back again
So until then I wish you well
My dear Brielle
*l love u my darling farewell

Sajer jer Tuah nak ekpresi pasal lagu lak....asyik fakta dan pandangan jer kan...hurm nak tahu lagu dia camna tebgok lah dalam you tube...takpun nanti lain kali Tuah masukkan dalam entry lain kali ..hehe....
Tuah Pengembara
25 Disember 2010

Tuesday, December 21, 2010

Kisah si Tengkujuh

Masuk hari ni dah 3 hari hujan .....tidak lah hujan sentiasa...hujan yang bermula dari tengah malam akan berhenti pada waktu pagi dan  bermula semula pada tengah malam hari yang sama. Otak tuah membuat kesimpulan yang mudah..musim tengkujuh sudah pun bermula..bagi tuah ynag duduk di kawasan tanah tinggi mungkin tidak merasakan masalah banjir, tapi berhadapan dengan masalah sejuk dan kesian kat abah tuah tidak dapat nak turun menoreh dekat kebun. Tapi nak buat camner...bagi tuah inilah yang di namakan ujian daripada Allah..Tuah ingin sentiasa bersangka baik ..dan itu lah yang terbaik.

Semalam sempat juga Tuah bertemu kawan tuah yang tinggal  di Air Papan, dia kata tak dapat tidur nyenyak sebab memikirkan Banjir. Dari sudut hati tuah timbul rasa kesian, bukan apa rumahnya memnag sentiasa mengalami banjir akibat limpahan sungai berdekatan rumahnya. Tuah pun cakap kat dia “sabar jerlah”...

Begitulah delema yang di hadapi oleh penduduk yang duduk di kawasan tanah rendah mereka terdedah dengan masalah banjir bila hujan yang lebat berlaku. Tuah nampak bila berlakunya kejadian seperti semua pihak datang membantu dan menghulurkan sumbangan tak kira tenaga mahupun wang ringgit. Semoga semua pertolongan itu mendapat pahala daripada tuhan yang maha Esa. 

P/s: bagi yang menolong jangan pulak pilih kasih ( Ikut parti@Kaum) nanti kena panggil Racis lak ....hehehehe..biarlah time tu dengan tujuan membantu manusia sesama manusia.

Tuah Pengembara
22 Disember 2010
16 Muharam 1432H

Sunday, December 19, 2010

OPOCOT!!!.......Pemimpin Melatah???


Gelagat Pemimpin yang cepat Melatah

Sejak aku bercuti pada pertengahan semester ini, banyak jugak isu yang berlaku kat luar sana, dan aku paling tertarik dengan isu politik. Aku ni sebenarnya bukannya seorang yang boleh di katakan minat pada dunia politik sebab keranan dalam hati ni masih kukuh ada prinsip “Politik is dirty”, Mungkin ada yang tak suka bila membaca coretan kerana aku nyokong pihak yang berkenaan tapi aku rasa apa yang aku nak tulis ni merupakan apa yang di fikirkan oleh kebanyakan orang yang tidak tahu politik tetapi mengetahui mengenai “kepimpinan”.Aku ni tak lah  nyokong mana-mana pihak tetapi apa yang membuat aku sangat tertarik dengan dunia politik dengan sikap “MELATAH” sestengah ahli politik.

Pada mulanya aku malas nak campur ataupun memberi sebarang komen, tetapi apabila aku terbaca sesetengah status yang agak berat sebelah(memihak pada satu sahaja) aku rasa macm tak puas hati lak. Bukan apa aku rasa tidak adil bagi kita bagi pandangan jika tidak berdasarkan fakta yang yakin dan boleh di percayai. Sebenarnya jika kita tengok kebanyakkan isu yang ada sekarang memerlukan penyelidikan dan tidak boleh menuduh sebarangan tanpa bukti. Kalo tidak boleh di klasifiksikan sebagai fitnah. Sesugguhnya fitnah itu sangat bahaya. Bagi tuah ini sebahagian isu yang harus di kaji dan di bentangkan betul-betul supaya rakyat tidak pening kepala atau membuat keputusan yang melulu

  1.       Penggunaan slogan 1 Malaysia yang di katakan di tiru daripada 1 Yahudi.
  2.       Pembabitan Kerajaan terhadap APCO.
  3.       Kenaikan harga minyak dan harga barang runcit di pasaran. 
  4.    Ketuanan Melayu 
  • mungkin certain isu ini telah  di bincangkan o so cari lah di mana-mana sumber yang di yakini.
Berbalik pada maksud Tuah sikap melatah tu macam tidak mengawal keadaan dan akhirnya kacau bilau dan menampakaan kelemahan pemimpin itu sendiri. Tuah ni bukan lah pandai sangat bab pimpim-pimpin ni, tapi tuah ni sebagai RAKYAT kadang-kadang jelik dan pelik tengok pemimpin senang untuk cepat marah bila di ajukan soalan ataupun masalah. Macam rakyat biasa pulak. Kalo gitu sama jerlah mentaliti rakyat dengan pemimpin, sama je.kalo begini lah keadaanya jangan haraplah Malaysia nak maju. 

Sebenarnya bagi pandangan Tuah isu itu semua boleh di selesaikan jika PEMIMPIN itu pandai berbincang tapi akhir-akhir ni aku tengok PEMIMPIN banyak berkelakuan seperti BUDAK-BUDAK . Bagi aku tiada langsung sifat matang dalam penghujahan mereka, baru-baru ni dalam dewan rakyat aku tengok, PEMIMPIN berteriak sambil bawak sepanduk, kelakuan yang agak kebudak-budakan. Apa gunanya ada dewan rakyat kalau tidak boleh di bawak berbincang. Kalo semua pihak mengetepikan agenda Parti takkan adanya sifat BUDAK-BUDAK dalam dewan. Dewan tu ada bagi membincangkan Masalah rakyat dan menyelesaikan masalah yang timbul. Bukannnya gelanggang nak tunjuk kuasa. Agaknya mereka lupa yang mereka di pilih oleh Rakyat dan jika kalau rakyat tak nak..jawabnya duduk kat rumah jerlah...semua....dan yang paling penting duit yang mereka dapat tu yang beribu-ribu(tuah raserlah tak tahulah elaun diorang tu dapat berapa..paling tidak nya 4 angka)datangnya dari duit rakyat. Nanti kat akhirat kalo di tanya pasal tu...mcm mana pemimpin tu nak jawab.

Tuah harap  pemimpin akan berfikiran lebih matang dan berkelakuan yang sepatutnya, dan jangan jadi bahan lawak kat depan TV ( bagi tuah mcm pelawak yang kat TV tu ). Tuah harap masalah rakyat di bawak lebih penting. Baik bertekak menyelesaikan masalah rakyat daripada bertekak demi kepentingan parti dan diri sendiri. 

P/s : Penulisan ini sekadar pandangan. Luahan rasa seorang rakyat dan seorang Mahasiswa.

Sunday, November 28, 2010

Pencarian dan Perkembangan Idea Menghasilkan Kerja Bermutu

Munkin kalo di lihat secara kasar, penulisan kali ini adalah untuk membincangkan Mengenai Idea....atau dalam bahasa lain kita boleh sebut sebagai ilham....idea ini terhasil daripada aspek yang datangnya dari pentaksiran otak yang di Anugerahkan Allah kepada kita, antara aspek yang terlibat adalah penglihatan dan pengalaman....melalui pengamatan yang di lakukan dan bersandarkan denagan pengalaman sedia ada..ini boleh menghasilkan idea yang bernas lagi bermutu....
Tetapi kadang kala sebahagian Pengalaman dan peglihatan/pengamatan ada side effect (boleh berubah kerana persekitaran dan cara hidup) maka di sebabkan itu, dua aspek ini akan boleh di gunkan dengan effisen dengan bersandarkan fakta yang ada dalam buku mahupun dimana sahaja maklumat itu di temui. Sebagai contoh seorang peguam yang memerlukan idea untuk mempertahankan clientnya, tapi tidak boleh melemparkan sebarang hujah(idea) kalau tidak di sokong oleh fakta atau bukti sedia ada.Secara ringkas kita boleh membuat kesimpulan tanpa fakta idea tidak akan berlaku.
Tetapi harus di ingat juga, kadangkala fakta boleh menyebabkan idea yang di hasilkan terbantut dan tidak menghasilkan yang tebaik, kerana di hadkan oleh fakta, kita kena pandai menggunkan fakta untuk menghasilkan idea yang memberangsangkan.
Dengan terhasilnya idea yang bernas, akan menghasilkan kerja yang bermutu dan malah jika di lakukan dengan cara yang terbaik akan menjadikan mutu kerja kita di pandang tinggi oleh orang lain dan menjadi faktor pendorong orang lain bagi menghasilkan inovasi yang lebih baik.Maka kita harus memperbaiki cara mencari idea, dan jangan kita DI PANDANG RENDAH kerana IDEA YANG BERNAS menunjukkan penampilan kita sebagai manusia yang berlimu...


P/s: Semua Perbincangan yang di laksanakan di atas merupakan cetusan idea dan rasa penulis, sebarang komen atau ulasan kembali boleh di tulis atau di emelkan kepada penulis di alamat farid.tuah@gmail.com. Ilmu pemangkin Ummah Terbilang

Sunday, October 31, 2010

Sebuah Pengajaran......fahami dan insafi...

Tuah ambil dari facebook kawan dan dipostkan kedalam blog ini sebagai ilmu untuk semua.....selamat membaca...dan terima kasih kepada saudara kita ini.....

 

“Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di NERAKA,”jelas seorang manusia yang mempertikaikan hukum aurat dan mencabar ALLAH SWT

by Zameer Fisabilillah on Monday, 04 October 2010 at 18:58
Assalamualaikkum & Salam Peringatan,
Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali,  wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Friday, October 29, 2010

Akhirnya...Product telah di hasilkan...

Ni Lah Hasil yang telah di laksanakan oleh Workbase batch aku.....DRTD bagi Daerah Mersing, Port Dickson dan juga Muar....aku sangat berbangga kerana siap jugak .....mana taknya...buat macm pa..siap jugak..walaupun ada sedikit kecatatan tapi masih juga tersenyum puas...sebab dapat menghasilkan sesuatu yang sepatutnya siap dalm 1 tahun ...tapi dengan semangat satu kumpulan.....dapat siapkan dalam 4 bulan ...kut..haha...sangat berbangga....taniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan...kerja ni...luv U ALL!

Tuesday, October 26, 2010

If we look from the title above…korang mesti pelik (tapi kepelikan ni hanya pada mereka yang tak tahu what is actually Low carbon society. )….pada yang baru mendengar benda meh aku cerita….hurm senang cakap ni tentang ilmu kesedaran tentang pa yang telah berlaku di dunia ni ..berkaitan alam sekitar..korang pernah dengar kan pasal Global Warming, Green Technolgy, Hybrid Car….and also my favourite key word that are IGCS(integrated Gastification system Combine cycle…. CCS(carbon capture and storage)……sedar tak sedar pa sahaja yang kita lakukan seharian boleh effect kepada bumi yang kita duduk atas dia ni ..tanpa terapung dengan bantuan Gravitilah ..haaa….kan aku dah masuk sains da…..

Actually the reason I wrote this blog, are to show you one step on how to make the coal become cleaner….because coal actually can give pollutant to the environment ….and the most common pollutant  environment are the Carbon monoxide that are the byproduct of the process. Hurm after...this I will show ur guys my slide presentation that I do and bentang ….tadi pagi….so enjoy the slide….for those nak cari maklumat Pasal Low carbon Society just type in the internet u will find many article on it..

And today is the last class for LCS and I would like to thanks to Mr Chow Loon Wai and also to Prof Dr Ho for sharing the idea about the concept on low carbon society….it such an honor to get the knowledge from both of this lecture…..

Pas ni..tegok gambar pulaklah k…enjoy all the gambar..

Ni nota key word yang aku tulis











P/s :untuk persoalan diatas..ia takan berakhir..selagi kita hidup di dunia ni…so jangan procrastinating …kalo tak dunia akan berakhir…dan pada waktu itu jangan pulak kita menagis atas penyelasan ..kerana ia tidak berguna..da…